Posts

Showing posts from July, 2008

AFTER 10 YEARS OF ATHEISM: DR JEFFREY LANG DISCOVERS ISLAM

Image
(Picture is for display purpose only) For those whom Islam has embraced, the greatest witness to God’s unremitting, pursuing, sustaining, and guiding love is the Qur’an. Like a vast and magnificent ocean, it lures you deeper and deeper into its dazzling waves until you are swept into it. But instead of drowning in a sea of darkness, you find yourself immersed in an ocean of divine light and mercy… as I read the Qur’an and read the Islamic prayers, a door to my heart was unsealed and I was immersed in an overwhelming tenderness. Love became more permanent and real than the earth beneath my feet; its power restored me and made it so that even I could feel love… I was happy enough to have found faith in a sensible religion. But I never expected to be touched by such intoxicating mercy. “Dad, do you believe in heaven?” When young Jeffrey asked his father about the existence of heaven as they walked their dog along the beach, it was apparent that this child possessed a highly inquisitive mi

Terima Hidayah

Image
Muhammad Azhar bersyukur isteri, anak terima hidayah Oleh ZUARIDA MOHYIN PASANGAN Muhammad Azhar dan Nur Liyana gembira hidayah Allah bertamu dalam diri anak-anak mereka. Lantaran itu, cabaran yang mendatang mampu ditangani hasil kesepakatan mereka sekeluarga. APABILA berlaku pengislaman, acap kali yang diambil perhatian ialah dari sudut penerimaan hidayah serta cabaran empunya diri. Manakala bagi yang sudah berkeluarga, persoalan yang sering dibangkitkan, apakah reaksi pasangan dan keluarga mereka? Jarang terlintas di fikiran kita bertanyakan bagaimana penerimaan anak-anak kesan tindakan orang tua mereka yang mengambil keputusan memeluk Islam. Apa yang dilalui oleh pasangan kembar, Nur Dayana dan Nur Diyana, 9, serta adik lelaki mereka, Muhammad Adam, 7, sejurus pengislaman ibu bapa mereka, Muhammad Azhar Abdullah dan Nur Liyana Abdullah pada awal tahun turut diakui mencabar, apatah lagi bagi kanak-kanak seusia mereka. Kata Azhar, jika dibandingkan apa yang beliau dan isteri hadapi am

Pesanan Penting

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquataillabillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillahiwainnailaihirajiun : jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. src : http://qamariah_89.blogs.friendster.com/lavender_85/

Doa (Akademi Islam Kota Bharu)

DOA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ MUHAMAD MUSTAFA DARI AKADEMI ISLAM KOTA BHARU(DARI BUKU AMALAN SEPANJANG HAYAT) Baca bismillah dan pembuka doa Baca : Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.w. dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah s.a.w. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka. Bacalah - Lahaulawala quwataillabillahia'liyilazim Ya Allah Ya Tuhan kami, engaku sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, ber

Pemakanan Anak-anak Tahfiz kami

Image
Petikan dari : Tepak Sireh Mak Teh Assalamualaikum! Pada suatu ketika dahulu ada seorang rakan blogger berkata beliau ingin tahu apa anak-anak tahfiz kami makan. Jadi hari ini saya nak beritahulah. Sarapan pagi mereka diberi hidangan roti dan telur western style setiap hari ( supaya mereka cergas tidak mengantuk ) Kemudian mereka diberi makan 7-10 biji kismis seorang (untuk tajam minda) dan juga minyak ikan plus ( vitamins B complex n iron for girls )untuk kesihatan badan melawan penyakit. Makan waktu rehat jam 10.30 mereka diberi makanan yang mengeyangkan (carbohydrates) seperti, mee, bihun, nasi lemak, nasi goreng, bubur nasi, roti arab, koay teow, roti jala atau sphgetti. Pada masakan tersebut dimasukkan daging ayam, sotong or udang dan sayuran. Ini adalah untuk tenaga dan mereka tidak berasa lapar hingga kelas tamat pada jam 2.00 petang. Makan tengah hari, mereka di sajikan nasi dengan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging dan sayuran serta buah-buahan. Mereka makan jam 2.30 petan

Wanita Solehah : Elak Hidang Nasi Bungkus

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga. Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga. Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun. “Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” katanya di majlis ceramah sempena Hari Ibu, baru-baru ini. Ceramah itu bertemakan ‘Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni' dianjurkan Biro Muslimah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, dekat Rawang, Selangor. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena m

Mencari Pemimpin Pilihan Tuhan di Akhir Zaman (1)

Sebuah kebangkitan dan kemajuan sebuah bangsa selalu dirintis oleh seorang pemimpin. Baik itu pemimpin yang hak ataupun pemimpin yang batil. Tanpa pemimpin maka kemuajuan dan kebangkitan tidak akan berlaku. Ini adalah sunnatullah yang sudah Allah gariskan. Pemimpin yang haq yang adalah para Rasul, Mujaddid, atau minimal orang yang bertaqwa. Pemimpin yang haq ini membawa manusia yang dipimpinnya menuju Tuhan. Pemimpin yang haq ini mempunyai misi menyelamatkan manusia di dunia maupun di akhirat. Pemimpin yang batil adalah pemimpin-pemimpin yang semata-mata hanya berpikir mengenai kemajuan di dunia dan mengesampingkan keselamatan di akhirat. Menurut pemimpin yang batil ini, keselamatan di akhirat itu urusan pribadi rakyatnya. Yang lebih parah lagi, ada pemimpin yang batil yang sampai menghalangi rakyatnya untuk selamat di akhirat. Contoh Firaun dan Namrud. Untuk menentukan apakah seorang pemimpin itu pemimpin yang haq ataupun pemimpin yang batil maka contoh kasus berikut dapat kita jadi

Tanda Kedatangan Pemimpin Akhir Zaman (3)

Abu Said al-Khudri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan penyelewengan. Ketika itulah seorang lelaki dari kaum kerabatku akan muncul dan memerintah dunia. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan, (tempo pemerintahannya) selama tujuh atau sembilan tahun.” (Imam Ahmad) Huru-hara yang dimaksud di sini bukan semata-mata peperangan. Huru-hara akibat kerusakan akhlak lebih parah dan berpanjangan. Sebab itulah dikatakan huru-hara, bukan peperangan. Semua ini berlaku akibat manusia sudah tidak mengenal Tuhan, tidak sayang kepada Tuhan, meninggalkan Tuhan, sangat tamak dengan dunia yang sementara ini, mengejar dunia, berebut dunia, dan sangat takut mati. Akibat dari itu semua, timbullah berbagai masalah dalam diri dan masyarakat, kemudian merebak ke seluruh negara, dan akhirnya sampai ke seluruh dunia. Allah SWT yang Maha Penyayang tidak akan membiarkan hal ini berterusan. Ketika manusia sedang hanyut itulah diturunkan orang-Nya un

SyurgaMu by Ungu

SyrgaMu by Ungu Segala yang ada dalam hidupku… Kusadari semua milikMu… Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa… Tunjukkan aku jalan lurusMu… Untuk menggapai surgaMu… Terangiku dalam setiap langkah hidupku… Karena kutahu hanya kau Tuhanku… Allahu Akbar…Allah Maha Besar… Ku memujaMu disetiap waktu… Hanyalah padaMu tempatku berteduh… Memohon redha dan ampunanMu… Allahu Akbar…Allah Maha Besar… Ku memujaMu disetiap waktu… Hanyalah padaMu tempatku berteduh… Memohon redha dan ampunanMu…

Taubat boleh hapus catatan dosa manusia

DUNIA diumpamakan seperti ladang untuk mencari bekalan kehidupan di akhirat yang kekal abdi. Bekalan yang perlu dikumpulkan adalah amalan kebaikan atau pahala serta mengelak amalan buruk atau dosa. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah masa sampainya ajal. Apabila tiba masa ajal, tidak ada siapa pun dapat menangguhnya. Kita tetap menghadap Allah biarpun bekalan kebaikan masih belum mencukupi, dosa pula belum sempat bertaubat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi setiap umat ada tempoh masanya (yang ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.” (Surah al-Araf, ayat 34) Oleh itu, kita perlu sentiasa menyegerakan melakukan kebaikan. Anggaplah masa yang ada adalah peluang terakhir. Beribadatlah seperti akan mati esok, dilakukan dengan tekun dan ikhlas. Rasulullah SAW menjelaskan supaya ‘rebut’ beberapa perkara sebelum tiba perkara lain. Perkataan rebut menunjukkan perkara itu perlu dilakukan

3 faktor perosak manusia

Bersama Mohd Zawawi Jusoh SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan melakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, ke sejahteraan dan keharmonian. Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain. Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa. Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak. Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.” Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu d

Cabaran perbetul imej Islam

TERGANGGU dengan kebangkitan sentimen antiIslam sejak serangan 9/11, Samina Ahmed memulakan misi men didik warga Amerika Syarikat mengenai Islam, sekali gus mengikis salah faham mereka. “(Orang ramai) kerap kali mengajukan pertanyaan,” kata Samina kepada akhbar Springfield News-Sun baru-baru ini, sambil menambah: “Dan saya membuatkan mereka berasa cukup selesa, jadi mereka dapat mengajukan pertanyaan.” Sejak 9/11, Samina, 35, mengadakan seminar dua kali setahun untuk memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai ajaran Islam. Baru-baru ini, penceramah kelahiran Pakistan ini me ngadakan seminar berjudul Pelaksanaan Ajaran Islam di Clark County di sebuah perpustakaan awam. Dia juga mengedarkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris secara percuma kepada hadirin. Pada seminar lalu, Samina membincangkan pelbagai topik dalam ajaran Islam, termasuk ibadat puasa dan zakat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Samina, yang berhijrah bersama ibu bapanya ke Kanada pada usia lima tahun d

Hukum Menggugurkan Kandungan Hasil Pemerkosaan (Bosnia Herzegovina)

Saturday, 17 March 2007 Dr. Yusuf Qardhawi Pengantar Pertanyaan penting ini saya terima ketika buku ini telah siap untuk dicetak. Yang mengajukan pertanyaan adalah Saudara Dr.Musthafa Siratisy, Ketua Muktamar Alami untuk Pemeliharaan Hak-hak Asasi Manusia di Bosnia Herzegovina, yang diselenggarakan di Zagreb ibu kota Kroasia, pada 18 dan 19 September 1992. Saya juga mengikuti kegiatan tersebut bersama Fadhilatus-Syekh Muhammad al-Ghazali dan sejumlah ulama serta juru dakwah kaum muslim dari seluruh penjuru dunia Islam. Pertanyaan Dr. Musthafa berkata, "Sejumlah saudara kaum muslim di Republik Bosnia Herzegovina ketika mengetahui kedatangan Syekh Muhammad al-Ghazali dan Syekh al-Qardhawi, mendorong saya untuk mengajukan pertanyaan yang menyakitkan dan membingungkan yang disampaikan secara malu-malu oleh lisan para remaja putri kita yang diperkosa oleh tentara Serbia yang durhaka dan bengis, yang tidak memelihara hubungan kekerabatan dengan orang

Sembahyang bukan ibadat mudah

MUSLIM sejati mentaati segala perintah Allah dan me melihara diri daripada perkara ditegah, malah berhati-hati dalam beribadat termasuk solat yang menjadi tiang agama. Apabila bersolat, golongan ini mengerjakannya dengan ikhlas dan khusyuk, sama ada secara bersendirian atau berjemaah, dengan penuh adab serta tertib. Tetapi sekiranya seseorang Muslim itu tiada pengetahuan, sudah tentu solat tidak dapat dikerjakan dengan sempurna, malah gagal mencapai darjat khusyuk yang sebenar. Penceramah bebas, Omar Abdul Rahman, berkata solat bukanlah ibadat mudah seperti disangkakan sesetengah pi hak, sebaliknya ia memerlukan kekuatan ilmu supaya dapat dilakukan dengan baik. “Ramai antara kita tidak khusyuk ketika mengerjakan solat, malah ada yang solat sambil lewa, hilang tumpuan, banyak angan-angan dalam solat, salah mengangkat takbir dan cara berdiri. “Ada juga yang bersolat dengan menggoyangkan badan dan menggerakkan anggota badan dengan berlebihan. “Walaupun ada sesetengahnya boleh dimaafkan, i

Ulasan Buku: Solat tonggak dalam Islam

Tajuk: Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (2) Pengarang: Rohidzir Rais Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd (www.telagabiru.net.my) Harga: RM19.90 (Semenanjung), RM21.90 (Sabah & Sa rawak) SABDA Rasulullah s.a.w bermaksud: “Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibni Majah pada bab Iman: Mengenai Keutamaan Solat) Demikian besarnya kepentingan solat dalam Islam sehingga Rasulullah s.a.w menggambarkan ia sebagai tonggak utama agama dan sesiapa yang mengerjakannya bererti dia mem perteguhkan agama. Al-Mubarakfuri dalam bukunya Tuhfatul-Ahwazi yang menjelaskan mengenai solat sebagai tiang agama, menyatakan Islam tanpa tiangnya sudah tentu menjadikan agama terbabit tidak kuat dan mudah runtuh seperti rumah tidak bertiang. Justeru, melaksanakan kewajipan solat fardu diibaratkan membina tiang untuk memperkukuhkan agama. Orang Islam yang mengabaikan tuntutan solat tidak mungkin dapat menin

Was-was bisikan syaitan seru kejahatan

MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia. Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu: # Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi serangannya. # Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya. # Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah. Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Was-was adalah an

Mengingati peristiwa berdarah Muslim Bosnia

MENANGIS, meratap tersedu-sedu kerana tidak dapat menahan sebak. Berpuluh ribu Muslim Bosnia menyambut ulang tahun memperingati peristiwa berdarah pembunuhan kejam ribuan Muslim oleh tentera Serb di Srebrenica, Bosnia Herzegovina, Jumaat lalu. "Setiap tahun pada waktu ini kami meratapi peristiwa terbabit. Ia seperti berulang kembali," kata seorang penduduk di Srebrenica, Nafija Alic. Dia seperti beribu-ribu wanita Muslim lain, dipaksa keluar dari bandar itu selepas ia dikuasai pihak Serb pada 11 Julai 1995. Sejak itu, dia tidak pernah melihat ahli keluarganya. Bapanya yang turut menjadi mangsa pembunuhan itu sudah ditemui dan disemadikan dua tahun lalu, tetapi suami, ibu dan adiknya yang berusia 17 tahun ketika peristiwa itu, malah lebih 20 sanak saudaranya masih gagal dijejakinya. Zina Huremovic, 49, hamil pada kali terakhir melihat suaminya, Izet, sebelum dia terlepas daripada kepungan di bandar itu pada 1993. Sejak itu dia berusaha mencari suaminya, malah dia turut meningg

Sangat kurang orang bersyukur

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. “Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.” Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Malah, kita sendiri hendakkan ramai kawan di sekeliling kita. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan: “Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud: “...sedikit saja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berharap dan berdoa supaya menjadi orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, Allah memberitahu sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Sangat sedikit manusia berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa y

Ulasan Buku: Paparan lengkap rahsia kehidupan syaitan

Tajuk: Syaitan Musuh Kita Penulis: Badrulhisham Shaari dan Zakaria Sungib Tebal: 110 halaman Harga: RM21.90 Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd Cetakan Pertama: April 2008 KEWUJUDANNYA dikatakan dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Satu ketika diberikan kedudukan, tetapi apabila diciptakan Nabi Adam a.s, ia menjadi makhluk yang bongkak dan derhaka, lalu disisihkan dari sisi Allah. Itulah iblis, kerana dengki dan jahatnya, tidak sudah-sudah mahu menyesatkan umat manusia. Ada saja tipu dayanya terhadap manusia, supaya sama-sama dimurkai Tuhan. Buku ini memaparkan fakta dan riwayat hidup makhluk terlaknat itu yang diberi 'lesen besar' untuk menyesatkan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat. Menariknya, buku ini bukan saja memaparkan gaya penyampaian yang begitu santai dan ringkas, malah keseluruhan buku dihiasi ilustrasi memikat dan gambar foto yang relevan. Penampilannya dalam warna-warni, dengan jenis kertas yang berkualiti. Inilah satu-satunya buku yang membo

Perbezaan ‘khouf’, ‘khosy-yah’

EII, takutnya! Kita biasa mendengar ayat ini, sama ada dari mulut kanak-kanak atau orang dewasa. “Aku takutlah...nasib baik aku tidak terlibat, kalau tidak, tidak tahulah apa akan jadi.” Memang fitrah manusia ada perasaan takut, kerana takutlah manusia selamat daripada bahaya. Tidak berani berlumba haram, tidak berani ambil rasuah dan tidak berani menelan racun. Berani tidak bertempat mengakibatkan nyawa melayang, anggota badan jadi cacat, diri diseret ke penjara, maruah tercalar, malah macam-macam risiko dan derita. Berani kerana benar dan kerana betullah kita menikmati kejayaan. Berani melabur, berani mencuba, berani memimpin dan berani membangunkan negara menjadi maju. Takut adalah satu perasaan yang timbul kerana kesan dan akibat yang diketahui atau tidak, sama ada melalui pe ngalaman sendiri ataupun orang lain. Takut adalah lawan bagi perkataan ‘aman’, digunakan sama ada berkaitan hal ehwal duniawi atau ukhrawi. Apabila takut, perasaan menjadi bergetar , tak menentu gerakannya ata

Ibadat solat dikira doa

SAIDINA Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam aga ma. Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaan, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.” Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda dalam hadis bermaksud: “Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.” Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dalam solat terhimpun berbagai-bagai jenis ibad

WAKTU MAKBUL (MUSTAJAB) UNTUK BERDOA

1) Saat adzan hingga iqamah. 2) Saat sujud 3) Sesaat setelah selesai melakukan shalat fardhu 4) Pada sepertiga malam terakhir Setiap Malam 5) Pada pagi hari Jum’at sebelum Shalat Shubuh 6) Ketika khatib duduk antara Dua Khutbah Shalat Jum’at sampai shalat selesai 7) Pada Akhir Malam Jum’at menjelang Maghrib 8) Ketika berbuka Puasa 9) Ketika Bulan Ramadhan 10) Saat Lailatul Qadar 11) Pada 10 hari pertama Bulan Dzulhijjah 12) Pada Hari Arafah 13) Ketika Dalam Perjalanan 14) Ketika turun hujan 15) Ketika Perang Berkecamuk src : http://dody006.multiply.com/journal/item/50

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah (takutlah) engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.” Maka m