Posts

Showing posts with the label dakwah

Dasar-dasar dalam Berdakwah kepada Allah

Image
Sesungguhnya berdakwah kepada Allah adalah jalannya Rasulullah dan para pengikutnya, sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang artinya): "Katakanlah: Inilah jalan (Dien)-ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah di atas hujjah yang nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (Yuusuf:108) Bahkan berdakwah kepada Allah adalah sesuatu yang paling dipentingkan oleh para Rasul dan pengikut-pengikutny a semuanya, yang bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kekufuran kepada iman, dari kesyirikan kepada tauhid dan dari neraka menuju surga. Yang dakwah ini harus bersandar di atas tonggak-tonggak dan berdiri di atas dasar-dasar Islam yang kokoh. Maka kalau dakwah tersebut kosong dari salah satu saja dari tonggak-tonggak dan dasar-dasar Islam tersebut maka tidak akan terwujud dakwah yang benar dan tidak akan menghasilkan buah yang diharapkan meskipun dengan mengeluarkan segala daya upaya dan menghab...

Muslim tak boleh elak tanggungjawab berdakwah

Image
USAHA dakwah adalah tanggungjawab semua umat Islam dan menjadi kewajipan mereka mengambil kerja serta amanah ini dengan bersungguh-sungguh mengambil kira kadar kemampuan diri sebagai umat pertengahan yang akan menjadi saksi nanti. Justeru, usaha dakwah perlu dilaksanakan mengikut jalan yang dilalui Rasulullah SAW sebagai panduan kerana cara itu adalah lebih baik dan berkesan. Selain melaksanakan tanggungjawab dakwah, kita juga perlu bertanya apakah tujuan sebenar menjalankan misi dakwah dan pada masa sama berfikir tugas hakiki kita sebagai seorang Muslim. Pasti jawapannya ialah untuk mencari reda Allah. Persoalannya adakah dengan menunaikan ibadat wajib dan sunat sudah memenuhi matlamat mencapai reda Allah, adakah mencari rezeki menanggung keluarga sudah memadai atau membantu masyarakat dengan kerja amal sudah mencukupi. Hakikatnya, tugas seorang Muslim begitu luas dan jika tidak difahami dengan sebenar-benarnya, mereka akan tersasar daripada jalan lurus yang sepatutnya diikuti. Jika ...

Hilang halatuju, tenggelam dalam isu

Dalam seminggu, negara kita yang tidak sebesar mana ini timbul berbagai-bagai isu seakan dunia hampir runtuh. Rakyat makin pening dan mual. Paling mendukacitakan, isu-isu yang tertonjol kebelakangan ini adalah isu-isu peribadi tokoh-tokoh politik. Seakan masalah mereka dipaksa untuk rakyat menanggungnya sehingga melupai kenaikan harga barang, tarif elektrik dan tekanan kehidupan seharian rakyat bawahan. Entah berapa ribu jam masa rakyat dihabiskan untuk bertekak dan berbalah mengenai hal dalam kain orang politik. Ada yang tidak setuju dengan mubahalah, katanya itu bukan cara penyelesaian Islam dalam kes-kes berkenaan. Sehingga ada tokoh agama yang kata dia tidak pernah dengar perkataan mubahalah. Itu lagi satu masalah kekontangan pengetahuan. Mubahalah telah saya jelaskan minggu lepas dalam ruangan ini. Ia ada dalam al-Quran dan diamalkan oleh Nabi SAW dan para ulama bagi menghadapi sikap keras kepala pihak-pihak yang enggan menerima hujah secara baik. Ia bukan proses mahkamah. Tidak p...