Posts

Showing posts with the label mayat

Suara yang didengar Mayat

Image
Assalamu'alaikum, Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini. SUARA YANG DIDENGAR MAYAT Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu · Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu · Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu · Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.' Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... · Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa ...

Mayat Bangun Dari Kubur

Image
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya. Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. "Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh." Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : "Silakan pilih mayat sekehendakmu," jawabnya. "Cuba hidupkan Sam dan Nuh," kata mereka. Kemudian Nabi Isa pergi ke makam Sam dan Nuh. Setelah bersembahyang di atas kuburnya, Isa berdoa kepada Allah meminta Allah menghidupkan mayat itu. Atas kekuasaan Allah kedua mayat yang sudah lama meninggal it bangkit kembali dari kuburnya. Rambut di kepala dan rambutnya sud...

Kisah berpisahnya roh dari jasad

Selimut Putih - Hijjaz Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa ...

MAYAT JADI HITAM LEGAM

Kejadian itu berlaku kira-kira setahun lalu. Pada suatu hari, kira-kira jam 4 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada pentadbir berkenaan meminta saya menuruskan mayat seorang pemuda. Saya dimaklumkan pemuda itu sudah lebih seminggu meninggal dunia namun tidak ada sesiapa yang menuntut mayatnya. Saya pun bergegas ke sana (hospital). Sampai di sana saya terus ke bilik mayat dan membuka laci (peti) yang menempatkan mayat pemuda tersebut. Ini bukan kali pertama saya menguruskan mayat di situ. Saya masih ingaat, laci yang menempatkan mayat itu bernombor 313. Saya agak usianya awal 20-an. Saya renung mayat itu. Pada mulanya wajah pemuda itu nampak biasa sahaja, agak pucat sama seperti mayat-mayat lain juga. Bagaimanapun selepas kira-kira 5 minit saya begitu terkejut apabila mendapati mukanya tiba - tiba berubah menjadi hitam legam. Saya panik dan terus berlari keluar. Pada masa itu saya seorang diri. Jaga berketurunan India yang memang selalu bertugas di situ sudah menghilang entah ...