Posts

Showing posts with the label aidilfitri

Memahami makna Aidilfitri

Image
Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia. Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraa...

Ganjaran puasa enam

Image
PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan. Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu. Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.” Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib...

Kekalkan semangat Ramadan

Image
More AIDILFITRI graphics RAMADAN 1429 berlalu meninggalkan kita tetapi tidak bererti amal ibadat sepanjang bulan mulia itu turut ditinggalkan, sebaliknya perlu diteruskan sehinggalah kehadiran Ramadan akan datang. Jika pada Ramadan kita dilatih tidak mengata nista, mengumpat dan menabur fitnah, sepatutnya pada bulan lain juga begitu. Malah, atas kesinambungan ibadat puasa fardu pada Ramadan digalakkan umat Islam meneruskan lagi selama enam hari pada Syawal, sebagai satu ibadat sunat yang menyucikan jiwa. Rugi bagi mereka yang berjaya mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadan sehingga menjadi pemuja Rabbul Jalil, tetapi selepas Ramadan semuanya hilang sekelip mata, kembali semula kepada tabiat lama. Justeru, bagi memastikan roh Ramadan dibawa ke bulan seterusnya, sentiasalah menghidupkannya dengan perkara yang diredai Allah. Bersesuaian hari raya sebagai hari kemenangan untuk meraikan kejayaan mengekang nafsu sepanjang Ramadan, janganlah diri dikotorkan kembali dengan maksiat sehingga te...

Hari rai kemenangan

Image
http://testi.iluvislam.com JIKA ketika Ramadan umat Islam bermujahadah mendisiplinkan diri dengan menahan makan minum sepanjang hari, tetapi apabila Syawal semua bergembira dan menikmati juadah aneka jenis kerana menyambut kemenangan selepas berperang dengan nafsu selama sebulan. Aidilfitri pada 1 Syawal amat bermakna, kerana ia hari kemenangan umat Islam selepas berpuasa dan disebabkan itu ia disebut juga Hari Raya Puasa. Ia disyariatkan Allah kepada umat Islam untuk merayakannya dengan penuh kesyukuran dan amal bakti yang diredai. Aidilfitri atau dalam bahasa Arab, ‘Idulfitri’ adalah rangkai kata id dan al-fitr. Kata `id’ (hari raya) dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan ‘aud’ ertinya yang berulang-ulang, iaitu peristiwa berulang-ulang pada setiap tahun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam, manakala fitr bermakna fitrah atau semula jadi. Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri...

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Image
www.iluvislam.com Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan. Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada se...

Kemaafan dan Terima Kasih

Image
www.iluvislam.com oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi* Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU. Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahaba...