Posts

Showing posts with the label takbur. sombong

Angkuh

Image
Masih lagi berlegar di dalam kepalaku fiil ketua jabatan yang menjadi moderator untuk memberi penilaian tesisku. Pantang dicuit sedikit, cepat betul melatah. Tidak boleh ada manusia memberi pendapat yang berbeza. Semua pendapat salah kecuali pendapatnya. Sungguh angkuh. Memanglah dia berjaya menjawat jawatan tertinggi, semua staff terpaksa patuh dan tunduk padanya. Mentang-mentanglah ada pangkat Prof. Dato’ Dr., seperti sudah memberikannya lesen untuk menidakkan keupayaan dan pendapat orang lain. Sentiasa mengugut dengan jawatan yang dimiliki, malah sering mencari pasal dengan pensyarah lain di fakulti tersebut. Hebat. Kurang ajar. Mungkin inilah ajaran bersama yang dibawa pulang apabila belajar di luar negeri dahulu. Bukan hanya ilmu yang dibawa pulang, tapi lengkap dengan cara hidup Barat yang sememangnya telah rosak itu turut dibawa sama. Orang Barat memang dah rosak. Tapi masyarakat kita masih lagi mengagung-agungkannya. Menganggapnya sebagai satu manifestasi terbaik untuk menjalan...

Takbur, Hasad & Riak

Image
Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim) Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah. Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaik...

Perasaan Yang Membunuh Perbahasan

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics Oleh ustaz Hasrizal http://saifulislam.com/?p=940 “Saya memang pandai buat benda ni. Ia speciality saya”, kata seorang lelaki. Jika yang menyebut ayat sedemikian adalah seorang warga US, ia suatu yang biasa. Tetapi jika yang menyebutnya adalah seorang orang kita, maka macam-macam tanggapan yang akan timbul. “Hek eleh, macam bagus je dia tu”, sinis seorang dengan wajah yang sengaja disengetkan. “Riya’ le tu. Siap ujub dengan takabbur lagi!”, balas seorang yang lain. Mungkin kerana dalam agama kita ada banyak perkataan yang sedap dimartabatkan sebagai label penjatuh, maka kita sering menjadi pengguna paling aktif label tersebut. Faham atau tidak maksud kalimah ‘ujub, riya’, takabbur dan sebagainya itu pun, tidak begitu diendahkan. GARIS PEMISAH Apa yang pasti, kalimah itu mudah keluar kerana “what you see is what you get“. Kalau kita berfikiran negatif, maka kita akan suka memandang secara negatif. Apabila kita memandang secara negatif, maka yang buru...