Posts

Showing posts with the label qada dan qadar

Qada Dan Qadar Membina Kegemilangan

Image
"Saya ada satu persoalan yang berkaitan dengan isi usrah kita malam ini iaitu Qada dan Qadar. Mungkin boleh menghangatkan perbincangan usrah kita." Hafiz Bai memulakan bicara. Semua mata tertumpu pada Hafiz Bai. Malam ini merupakan malam bagi usrah kedua kami bersama naqib baru, Dr. Sani Izan, pensyarah bidang kejuruteraan. Hafiz Bai menyambung, "Semasa kecil saya selalu berfikir-fikir tentang Qada dan Qadar. Bagaimana Allah menetapkan segala sesuatu tetapi dalam masa yang sama juga kita diberi untuk membuat pilihan." "Satu persoalan yang menarik untuk usrah kita hari ini. Ada sesiapa punya jawapan untuk persoalan ini?" ujar abang Sani. Saya baru teringat permintaan seorang pengunjung blog terhadap persoalan Qada dan Qadar. Masih belum saya beri jawapan yang sesuai. Mungkin perbincangan dalam usrah pada malam ini memberikan saya jawapan dalam bentuk yang paling mudah difahami. "Biar saya sambung lagi ..." Hafiz Bai mencelah apabila yang lain seka...

Qada dan Qadar. Bagaimana Usaha Hamba?

Image
www.iLuvislam.com buluh* editor: kasihsayang PENGENALAN Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam. Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah. ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq. Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan t...