Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
Isu Miss Malaysia Pahang : http://www.youtube.com/watch?v=n3MCeamGShE Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita s...