Posts

Showing posts from September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Image
More AIDILFITRI graphics p/s : sorry to my dear friend that i accidentally displayed your card here. ana asfeh.

Dedah rahsia qari muda

Image
More AIDILFITRI graphics PUTRAJAYA: Johan kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12, di Dubai, Muhammad Ahmad Zahid, 13, dibawa ke masjid sejak berusia empat tahun untuk menenangkan jiwanya sebelum didedahkan dengan hafazan Al-Quran. Bapanya, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41, berkata dia dan isterinya, Dr Siti Khadijah Fadzil, 42, berbuat demikian bagi memastikan mereka mampu memberi sumbangan berguna kepada umat Islam dengan melahirkan seorang hafiz al-Quran. “Melihat kepada kekurangan dan kelemahan diri sendiri, saya dan isteri bertekad membesarkan anak sebagai seorang hafiz yang boleh memberi sumbangan ilmu dan berdakwah kepada umat Islam lain. “Berikutan itu, saya mula buat kajian menerusi pembacaan dan bertanyakan pakar pendidikan, sebelum mendapati anak perlu dididik dengan al-Quran dan dibudayakan dengan persekitaran masjid. “Itulah yang saya lakukan terhadap anak sulung saya, Muhammad serta empat adiknya,” katanya pada sidang media sele

A good question deserves a good answer...

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics Question : "...kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang tengok dunia,aku jumpa orang yang tunjuk baik,pijak semut pun tak mati..aku jadi menyampah.aku rasa orang tu berpura-pura.dan aku lagi pening.terus hilang..adakah aku terlalu banyak berfikir? aku dah cuba untuk baiki iman aku ni,tapi nikmatnya kau tak dapat rasa.aku rasa maca hati aku ni dah beku.ada something yang bloc! dan aku tak tahu apa tu? aku seorang manusia biasa.tapi masalahnya luaran aku jaga,tapi dalaman aku macam meronta-ronta.aku taknak malaikat yang ditugaskan catat amalan aku saban hari catat benda2 yang tak ikhlas yang aku buat.aku nak jadi baik dan aku useha jadi baik,masalahnya aku tak dapat rasa nikmat dia.oleh itu aku buat kesimpulan yang aku tak cukup ikhlas! salam.." Answer : buat renungan pd sejadah_usang, diri sndiri & sahabat2 ln.. A man went to a barber shop to have his hair and his beard cut as always. He started to have a good conversation with the ba

Teliti dalam Memberi & Menerima Khabar

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics (sebagai respon kepada tabloid, majalah dan mailing list yang menyebarkan cerita mistik dan tahyul) Oleh : Ahmad Faidhi Mohd Zaini, Islamic Renaissance Front (IRF) “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (al-Hujurat, 6) “Sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritalah daripada Bani Israil tapi jangan pegang (percaya sepenuhnya). Dan barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka bersedialah tempat duduknya dari api neraka.” (al-Bukhari, No. 3227 JK) “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta, apabila dia bercerita akan segala perkara yang dia telah dengari” (Muslim, No. 6 JK) Islam, agama mempunyai rekod perkembangan lebih 1420 tahun, adalah agama yang menyeru umatnya amanah, jujur dan bertanggungjawab dal

Memikirkan Rasulullah Yang Selalu Tidak Makan...

Image
More RAMADHAN graphics Oleh : Dinsman Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah dokumentari video mengenai "Puasa Ramadan di Malaysia". Hari ini saya tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul bahan dokumentari itu. Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan. Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang. Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besa

Rezeki melimpah ketika Ramadan

Image
More AIDILFITRI graphics JAM menunjukkan 6 petang di Kaherah dan setiap orang bergegas pulang berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga, menikmati hidangan enak selepas seharian menahan lapar dan dahaga di bulan yang mulia ini. Suasana di jalanan riuh rendah dengan bunyi hon kereta dan deruman motosikal berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing sebelum azan solat Maghrib bergema dari menara tinggi di ibu kota Mesir itu. Begitupun, suara qari mengalunkan ayat suci al-Quran menjelang Maghrib turut mengambil tempat dan setiap orang di jalanan mendengarnya, sama ada melalui pembesar suara atau radio, sekali gus dapat mengingatkan mereka puasa makin hampir berakhir. Di tengah kota Kaherah, terdapat sebuah pasar at-Tawfikkia di sebatang jalan, menjadi tumpuan orang ramai - tersedia meja dengan pinggan mangkuk berwarna warni tersusun bersama hidangan yang akan membuka selera orang berpuasa. Meja terbabit disediakan untuk kemudahan orang miskin dan kaya. Sesetengah mereka yang sudah

Hayati kemaafan Aidilfitri

Image
More AIDILFITRI graphics BULAN Ramadan adalah bulan kemaafan dan bulan keampunan. Kita digesa supaya banyak bertaubat atas segala dosa sebab bulan ini memang Allah buka pintu taubat dan keampunan dengan seluas-luasnya. Amatlah rugi sesiapa yang apabila berakhirnya bulan Ramadan sedangkan dosa-dosanya tidak diampunkan Allah dan nanti tidak berapa lama lagi akan tiba hari raya. Dengan dendangan lagu-lagu raya yang sudah mula berkumandang, perkataan ‘ampunkan dosa’, ‘mencuci dosa’ dan lain-lain mendorong kita untuk bermaafan. Namun yang ingin penulis uar-uarkan di sini ialah permohonan maaf yang berlaku itu kadangkala secara sambil lewa, tanpa keikhlasan mahupun kesedaran di dalam hati mana-mana pihak. Perbuatan saling bermaafan itu dilakukan hanya kerana ‘masa’ sudah tiba dan bukannya kerana keinsafan serta kemahuan untuk mensucikan diri, mahupun untuk memaafkan orang lain. Amat malang sekali apabila permohonan dan pemberian maaf - sesuatu yang amat dituntut - hanya menjadi satu budaya d

Mencari Lailatul Qadar

Image
More RAMADHAN graphics "SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5) Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran. Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat. Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghaya

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics KATA-KATA ALUAN Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam ini. Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan aka] fikiran, keaipan yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam. Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak yang buruk. Saya berdoa semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam usaha mengenal akan hati masing-masing, mengenal

Nilai Tudung Wanita

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Perasaan Yang Membunuh Perbahasan

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics Oleh ustaz Hasrizal http://saifulislam.com/?p=940 “Saya memang pandai buat benda ni. Ia speciality saya”, kata seorang lelaki. Jika yang menyebut ayat sedemikian adalah seorang warga US, ia suatu yang biasa. Tetapi jika yang menyebutnya adalah seorang orang kita, maka macam-macam tanggapan yang akan timbul. “Hek eleh, macam bagus je dia tu”, sinis seorang dengan wajah yang sengaja disengetkan. “Riya’ le tu. Siap ujub dengan takabbur lagi!”, balas seorang yang lain. Mungkin kerana dalam agama kita ada banyak perkataan yang sedap dimartabatkan sebagai label penjatuh, maka kita sering menjadi pengguna paling aktif label tersebut. Faham atau tidak maksud kalimah ‘ujub, riya’, takabbur dan sebagainya itu pun, tidak begitu diendahkan. GARIS PEMISAH Apa yang pasti, kalimah itu mudah keluar kerana “what you see is what you get“. Kalau kita berfikiran negatif, maka kita akan suka memandang secara negatif. Apabila kita memandang secara negatif, maka yang buru

Siksaan Alam Kubur

Image
More RELIGIOUS & ADVICE graphics Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wah