Posts

Showing posts with the label ifc

FAHAM DAN ANCAM PENUBUHAN IFC (INTERFAITH COMMISSION)

Image
PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION 1. Apakah Interfaith Commission (IFC)? IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh. 3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? Majlis Pegu...