Posts

Showing posts with the label jodoh

Warkah Buat Calon Suami

Image
Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya… “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Calon zaujku, ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya a...

Jodoh Yang Baik

Image
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, ...

Memang ALLAH sengaja...

Image
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. * me...

Soal Jawab : Jodoh Dan Takdir

Image
Assalamu’alaikum warahmatullah Ustaz, saya ada soalan seperti di bawah : 1) Adakah jodoh kita telah ditaqdirkan? Maka kita hanya menerima sahaja siapa sahaja jodoh kita? Jika begitu adakah menjejaskan kita dengan "Aqidah hanya menerima taqdir"? 2) Begitu pula sebaliknya dengan orang yang tidak dapat menerima jodohnya adakah menjejaskan aqidahnya dengan "Aqidah menolak Taqdir?" 3)Adakah sahih dari Nabi saw yang menyuruh kita Ikhtiarkan jodoh? Bagaimana dengan perempuan? Adakah mereka disuruh Nabi ikhtiarkan jodoh suami mereka? 4)Apakah pendapat ulama' Saudi dan negara teluk lain seperti Abdul Aziz Baz yang negaranya agak terbatas pergerakan perempuan mereka? Bagaimana pula dengan keadaan sekarang serta pendapat ulama kontemporari mereka seperti Salman 'Awdah? Adakah selari dengan fatwa masa dulu atau dah berubah sekarang? Jawapan : 1- Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perka...

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

Image
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti : 1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak. 2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua. 3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua. 4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Ke...

Salahkah Wanita Memilih Yang Lebih Kacak?

Image
[the image above is for display purpose only ] Kita sering mendengar ada pihak yang mengeluh terdapat segelintir wanita yang hanya memberi tumpuan kepada mereka yang kacak dan bergaya sebagai calon suami. Mereka menyelar golongan wanita ini kerana membelakangi golongan lelaki yang beragama dan mengutamakan rupa. Salahkah wanita mengutamakan rupa? Berhubung dengan rupa, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, di dalam bukunya Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab menceritakan Umar pernah berkata, “jangan kamu kahwinkan puteri-puteri kamu dengan laki-laki yang hodoh rupanya, kerana rupa dapat mengakibatkan mereka tertarik, seperti lelaki tertarik kepada wanita.” Justeru, adalah tidak menjadi satu kesalahan seorang wanita menilai seorang lelaki berdasarkan rupa dan penampilanya. Hanyasanya biarlah ‘outlook’ tersebut diiringi dengan kemantapan beragama. Wallahu’alam. Rujukan Fatawa wa Aqhidyah Amiril Mu’minin Umar ibn Al-Khattab, Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi. src : http://webblog....

Taktik Lazim Untuk Menipu Wanita

Image
Secara fitrah, semua wanita di dunia mencari lelaki sebagai pelindung. Justeru, wanita amat tertarik kepada lelaki yang dapat menjamin keselamatan mereka di dunia dan di akhirat. Wanita akan merasa selamat apabila bersama dengan lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ada beberapa golongan lelaki yang selalu mempamerkan kekayaan untuk menonjolkan faktor ini bagi menarik perhatian golongan wanita. Itu adalah perkara normal. Yang tidak normalnya ialah apabila “terlalu” mempamerkan faktor ini. Juga terdapat segolongan lelaki yang berbohong dengan kemampuannya. “I ada sebuah firma,” “I akan belikan U sebuah kereta,” “I dah ada rumah dua tingkat untuk U,” “I kenal datok ini dan datok itu” dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara yang disebut tidak benar. Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. ...

Jika aku jatuh cinta

Image
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui keka...

Doa Cari Jodoh

Image
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan dia akan mejadi teman menapaki hidup Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan diantara kami Agar kemesraan itu abadi Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Pengasih Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ke tepian yang sejahtera dan abadi Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku Dan peliharalah aku dari kekecewaan Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya Dan ya Allah yang tercinta... Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau Maha Mengetahui ...

Petua Mendapat Pasangan

oleh : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah Mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta tetapi mencari teman pengubat jiwa. 1. Semua org ada jodoh ataupun pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 2. Jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh berserta tawakal, dgn izin Tuhan akan menemukan anda dengan pasangan anda. 3. Ramai org masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna supaya diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 5. Daya tarikan yang sebenar berpusat dihati yang murni. Berusahalah mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Supaya mudah disayangi, cuci hati dengan menjaga ibadat, solat taubat, beristighfar, baca Quran, memaafkan orang lain, meminta m...

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Image
Posted by azrul.alwi June 23, 2007 Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita. Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ” Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuru...

Doa Jodoh

Image
Carilah jodoh yang baik ilmu dien-nya(agama).Agama akan membentuk akhlak seseorang menjadi indah.Mari kita berdoa bersama,silakan pilih doa yang kita suka. Allahumma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak Ya Alloh, sesungguhnya aku memohon kepada-MU agar tetap mencintai-MU dan mencintai orang yang cinta kepada-MU serta cinta yang mengatakan diriku mencintai-MU... Rabbi la tadzarni fardan wa anta khairul waritsin Ya Tuhanku,janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri,dan Engkaulah waris yang paling baik... Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyiban innaka sami ud du'a Ya Tuhanku,berilah aku dari sisi-MU seorang anak yang baik.Sungguh Engaku Maha Mendengar doa... src : http://mailcantik.blogspot.com/

Doa dipercepatkan Jodoh - Insya Allah

Image
Assalammu'alaikum, Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari : " Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa......." bererti "Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa" Juga ada doa yang bole...

Doa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG YA ALLAH..SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN DIA MILIKKU…TERCIPTA BUATKU… SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU… TITIPKANLAH KEBAHAGIAAN ANTARA KAMI… AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI. YA ALLAH …YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI… SEIRINGKANLAH KAMI MELAYARI HIDUP INI… KETEPIAN SEJAHTERA DAN ABADI… MAKA JODOHKANLAH KAMI… TETAPI SEANDAINYA TELAH ENGKAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU… BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU… LUPUTKANLAH DIA DARI INGATANKU … DAN PELIHARALAH AKU DARI KEKECEWAAN. YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI… BERIKANLAH AKU KEKUATAN MENOLAK BAYANGANNYA JAUH KEDADA LANGIT… HILANG BERSAMA SENJA NAN MERAH… AGAR AKU SENTIASA TENANG … WALAUPUN TANPA BERSAMA DENGANNYA. YA ALLAH YANG TERCINTA… PASRAHKANLAH AKU DENGAN TAKDIR-MU… SESUNGGUHNYA APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU… SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU INI. YA ALLAH CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA YANG MENJADI PEMELIHARAANKU DIDUNIA DAN ...