Posts

Showing posts with the label korban

Menghayati makna korban sebenar

Image
Oleh KETUA EDITOR Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah bena...