Posts

Showing posts with the label rezeki

Keajaiban Sedekah Subuh.. Amalkan Setiap Hari Pasti Ada Ganjaran Rezeki Yang Tak Disangka

Image
AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan. Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak. Kerana itulah Allah di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlunya orang-orang yang berkemampuan menghulurkan bantuan atau sedekah kepada golongan kurang berkemampuan. Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian. Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah sedekah subuh. Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan. Untuk itu, mari kita cuba formula yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkifli ini. FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH 1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi. 2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan ...

Rezeki

Image
“Segala yang dapat diambil manfaatnya” adalah rezeki. Makna itu diambil berdasarkan kata “rezeki“ yang terdapat dalam terjemahan surah al-Baqarah ayat 3, “… membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki…” Rezeki merupakan salah satu kata kunci dalam ajaran Islam kerana berkait rapat dengan konsep tauhid. Dalam surah al-Baqarah ayat 22 dan 57, konsep rezeki itu dikaitkan secara langsung dengan masalah keimanan. Dalam ayat 22, Allah s.w.t membicarakan tentang hujan yang menyirami pohon-pohon dan menghasilkan buah-buahan “yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu…” Dalam ayat 57 pula Allah s.w.t menyuruh, “Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya diri sendiri.” Kedua- dua ayat itu menunjukkan bahawa masalah rezeki dapat menjadikan manusia menjadi musyrik dan zalim, apabila mereka yakin bahawa rezeki itu dapat diperoleh dari sumber lain selain Allah s.w.t. HALAL HARAM Ka...

Maksiat lemahkan hati, hilang berkat

Image
2010/03/26 DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya. Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya: 1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu. 2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad). Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat. 3. Maksiat membuat kita jauh daripada ...

Membuka Pintu Rezeki

Image
1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat 2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur 3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pul...

20 Amalan Murah Rezeki

Image
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya : 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanya...

Soal Jawab : MENCARI REZKI MELALUI NYANYIAN

Image
Soalan : Assalamu'alaikum wr. wb. Ustaz. Apakah hukum menyanyi dalam Islam dengan tujuan utk mencari rezeki? Jawapan : Hukum nyanyian telah menjadi khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengharamkannya secara keseluruhannya dan ada yang mengharuskannya dengan bersyarat. Tidak ada ulamak yang mengharuskan nyanyian secara mutlak tanpa bersyarat. Jumhur ulamak silam mengharamkan nyanyian atau memakruhkannya. Namun tidak sedikit juga ulamak silam yang mengharuskannya –dengan syarat tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram-, antara mereka Sa’id bin al-Musayyab, Qadhi Syuraih, Imam ‘Atho bin Abi Rabah, Umar bin Abdil-Aziz, az-Zuhri, Imam al-Ghazali, Imam Daud dan Ibnu Hazm. Di kalangan ulamak-ulamak semasa hari ini, ulamak-ulamak aliran Salafiyyah amat keras menentang nyanyian, antara mereka ialah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Hujah mereka –antaranya- ialah; 1. Firman Allah (bermaksud); “Dan ada di ant...