4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


SESUNGGUHNYA DIJADIKAN NEGERI AKHIRAT SEBAGAI TEMPAT PEMBALASAN BAGI HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERIMAN KERANA NEGERI INI (DUNIA) TIDAK CUKUP LUAS (BAGI MENAMPUNG) APA YANG ALLAH S.W.T HENDAK BERIKAN KEPADA MEREKA. BAHAWASANYA DIGANDAKAN SEGALA KADAR (PEMBALASAN) MEREKA, JAUH DARI PEMBALASAN TERHADAP MEREKA YANG DI DALAM NEGERI YANG TIDAK KEKAL INI.


Dunia dan manusia ditentukan dengan ajal. Ajal bagi manusia adalah maut, dan ajal bagi dunia adalah kiamat. Umat manusia yang terdahulu hidup sehingga melebihi seribu tahun. Umat Nabi Muhammad s.a.w hidup sekitar enam puluh tahun sahaja. Apabila maut datang berakhirlah kehidupannya di dunia. Apa sahaja yang dimilikinya berpisah daripadanya. Jasadnya dihantar ke dalam tanah, dan hartanya kepada waris-warisnya. Kemuliaan, kekuasaan, kesayangan, kebencian, kehinaan dan segala-galanya ditinggalkannya. Keluarlah roh dari dunia dan ditunggunya pula ketibaan ajal dunia. Berapa juta tahun dunia boleh hidup tiada sesiapa mengetahuinya melainkan Allah s.w.t, yang pasti dunia juga pasti ‘mati’ satu ketika nanti. Masa kematiannya mungkin sudah hampir. Nabi akhir zaman sudah diutuskan lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Nikmat Allah s.w.t telah disempurnakan. Agama Allah telah diperlengkapkan. Apa sahaja yang harus diberikan kepada dunia telah diberikan. Tidak ada lagi yang tinggal. Jika dunia diistilahkan sebagai bernafas, maka semua nafasnya telah pun digunakannya, hanya tinggal nafas yang di dalam simpanan yang digunakan sekarang.

Demi masa (waktu asar)! ( Ayat 1 : Surah al-‘Asr )

Waktu telah asar. Matahari telah condong ke barat, hanya beberapa ketika sahaja lagi ia akan terbenam. Sebentar lagi cahaya alam akan dicabut dan tinggallah dunia dalam kegelapan. Muazzin menyambut ketibaan waktu asar dengan memberikan peringatan kepada manusia:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
( Ayat 1 – 3 : Surah al-‘Asr )

Dunia mengasingkan manusia kepada dua golongan. Pertama adalah yang beriman dan beramal salih serta mengajak kepada kebenaran dan kesabaran. Kedua adalah yang kufur dan menolak kebenaran. Dunia menjadi penjara kepada yang beriman dan menjadi syurga kepada yang kufur. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dunia ini penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir."

Syurga adalah kelazatan dan kesenangan yang menjadi balasan kepada perbuatan baik. Orang kafir yang berbuat kebaikan menerima balasan kebaikan ketika mereka masih di dunia. Allah s.w.t memberi balasan lebih banyak dari kebaikan yang hamba-Nya lakukan agar mereka tidak boleh merungut tentang balasan yang mereka terima. Dunia ini tidak ada nilainya di sisi Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa dunia ini pada sisi Allah s.w.t nilainya tidak melebihi sebelah sayap nyamuk. Andainya dunia ini ada harga bagi Allah s.w.t nescaya tidak diizinkan orang kafir merasa walau seteguk air. Oleh sebab dunia ini tidak berharga maka ia dihamburkan kepada orang-orang kafir seluas-luasnya supaya mereka berasa puas menerima imbuhan bagi penat lelah dan usaha mereka, dan tidak ada lagi tanggungan balasan yang tinggal buat mereka apabila mereka meninggalkan dunia ini. Di akhirat kelak mereka tidak boleh lagi membuat tuntutan terhadap kebaikan yang mereka lakukan semasa di dunia. Segala hutang telah dibayar oleh Allah s.w.t ketika mereka masih hidup.

Orang yang tidak beriman berbuat kebaikan dengan menggunakan keupayaan jasmaninya, sementara orang yang beriman menggunakan keupayaan rohaninya. Kebaikan yang lahir dari keupayaan jasmani hanya mampu disebarkan kepada ruang yang sempit, oleh sebab itu ruang yang sempit juga diperlukan untuk diisi balasan untuknya. Ruang yang ada di alam dunia ini sudah cukup luas untuk diisikan dengan pembalasan terhadap kebaikan-kebaikan jasmani. Rohani pula mampu merentasi daerah yang lebih luas. Semakin kuat rohani seseorang semakin luas daerah yang boleh diterokainya. Manusia yang memiliki rohani yang paling kuat adalah Nabi Muhammad s.a.w dan keupayaan rohani baginda s.a.w diceritakan oleh Allah s.w.t dengan firman-Nya:
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
( Ayat 107 : Surah al-Anbiyaa’ )

Keupayaan rohani Rasulullah s.a.w mampu meliputi seluruh alam, menabur rahmat kepada semua zaman, semua ruang serta sekalian isi alam. Tidak ada satu juzuk pun dari alam yang tidak berteduh di bawah payung rahmat rohani Rasulullah s.a.w. Berbeza daripada keupayaan jasmani baginda s.a.w yang hanya berdakwah selama lebih kurang dua puluh dua tahun sahaja. Begitulah besarnya perbezaan antara keupayaan rohani dengan keupayaan jasmani. Oleh itu nilai kebaikan yang dilakukan masing-masing juga berbeza. Oleh sebab besarnya kebaikan yang bersangkutan dengan rohani maka ruang yang diperlukan untuk mengisi balasan baginya juga besar. Ruang yang ada di alam dunia ini tidak cukup luas untuk diisikan dengan balasan tersebut, lebih-lebih lagi balasan untuk kebaikan digandakan oleh Allah Yang Maha Pemurah.

Dunia ini selain ruangnya sempit ia juga hina di sisi Allah s.w.t, sedangkan balasan kebaikan untuk orang yang beriman sangat mulia dan tinggi nilainya. Jika balasan yang mulia itu diisi ke dalam bekas yang kotor, maka kekotoran bekas itu akan bercampur dengan kemuliaan balasan itu yang menyebabkan kecacatan pada balasan tersebut. Untuk mengelakkan sesuatu yang baik lagi mulia daripada terjejas, disediakan Allah s.w.t kepada orang yang beriman tempat yang mulia, dan orang Mukmin itu akan dijemput dengan penuh kemuliaan untuk mendapatkan bahagiannya yang mulia di tempat yang mulia. Apa yang akan diperolehinya nanti akan kekal bersama-samanya, tidak seperti balasan dunia yang bersifat sementara.

src : http://alhikam0.tripod.com/hikam081.html


Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahimi

MEREKA TULI, BISU DAN BUTA, MAKA TIDAKLAH MEREKA AKAN KEMBALI ( KE JALAN YANG BENAR). (Al-Baqarah ayat 18)

Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di mentafsirkan perkataan `mereka tuli' ialah tuli daripada mendengar kebaikan. `Bisu' daripada bercakap mengenai kebaikan. `Buta' daripada melihat kebenaran.

- `Tidaklah mereka akan kembali'. Ini kerana mereka meninggalkan kebenaran selepas mengetahuinya.

Berlainan dengan mereka yang meninggalkan kebenaran dengan sebab jahil dan sesat.

Iaitu kerana mereka tidak memahami dan mereka lebih mudah kembali kepada kebenaran daripada golongan munafik.

Al-Mawardi melalui tafsirnya menyebut empat pendapat yang dimaksudkan dengan perkataan bisu:

i. Rosak lidah sehingga tidak dapat mengeluarkan huruf dengan sebenarnya.

ii.Dilahirkan dalam keadaan bisu.

iii.Dicabut mata hati sehingga tidak memahami sesuatupun.

iv. Dihimpunkan antara bisu dan hilang akal fikiran.

Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: ``Terdapat tiga pendapat pada tafsiran `Tidaklah mereka akan kembali' :

i. Tidak kembali daripada kesesatan mereka, seperti pendapat Qatadah dan Muqatil.

ii. Tidak kembali kepada Islam, seperti pendapat as-Suddi.

iii. Tidak kembali daripada tuli, bisu dan buta kerana mereka memilih jalan mereka sendiri.''

An-Nasafi berkata: ``Mereka tidak kembali kepada petunjuk hidayah selepas mereka berada di dalam kesesatan. Dan mereka berada di dalam kehairanan yang kekal tanpa sebarang faedah kerana mereka tidak tahu akan ke depan atau berundur ke belakang.''

Syed Qutub berkata: ''Sebenarnya telinga-telinga, lidah-lidah, mata-mata untuk menerima gema bunyi dan cahaya serta mengambil manfaat dengan hidayah. Tetapi mereka mensia-siakan telinga mereka. Justeru itu mereka tuli.''

''Mereka mensia-siakan lidah mereka, kerana itu mereka kelu dan bisu. Juga mereka mensia-siakan mata mereka, sehingga mereka buta.''

``Sudah tentu amat sukar bagi mereka kembali mendapat kebenaran dan kembali kepada hidayah. Sebenarnya tiada cahaya hidayah bagi mereka.
''

Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya berkata: Al-Quran al-Karim menggunakan cara uslub orang Arab dalam mengumpamakan dengan mithalan-mithalan (contoh) yang menerangkan segala makna dengan sempurna.

Ia dapat meninggalkan kesan amat mendalam pada jiwa dan tidak mampu ditolak.

Ini kerana segala apa yang cuba dizahirkan daripada permasalahan akal yang tersembunyi kepada perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera, menzahirkan sesuatu yang tidak diketahui.

Dengan cara ini Allah mengumpamakan orang-orang munafik. Digambarkan keadaan mereka ketika memeluk Islam. Pertama, masuk cahaya iman pada hati-hati mereka kemudian dikuasai oleh syak yang mengakibatkan mereka kufur.

Ini kerana mereka tidak dapat memahami segala kelebihan dan keelokan Islam itu. Jadilah mereka tidak dapat melihat sebarang jalan hidayah, juga tidak dapat memahami sebarang wasilah yang membawa keselamatan.

Diterangkan cahaya tersebut pada hati-hati di kalangan orang-orang yang benar-benar beriman secara berjemaah (kumpulan).

Mereka nyalakan api untuk mendatangkan manfaat dan menjauhkan daripada bala mudarat. Tatkala api menerangi kawasan mereka, secara tiba- tiba datang perkara yang tidak disangka-sangka seperti hujan atau angin yang memadamkan api.

Jadilah keadaan mereka berada di dalam kegelapan sehingga tidak mampu melihat langsung.

Kemudian dijadikan mereka dalam keadaan buta, tuli dan bisu. Dengan perkataan lain, hilang segala pancaindera mereka sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengambil manfaat terhadap segala yang ada di dalam alam ini. Seolah-olah mereka telah kehilangan semuanya.

Apakah manfaatnya lidah tanpa dapat berbicara untuk mendapatkan hidayah, untuk meminta dalil dan bukti yang akan menjelaskan segala kemusykilan?

Apakah keistimewaan penglihatan sekiranya tidak dapat melihat dan mengambil iktibar untuk menambahkan hidayah?

Maka sesiapa yang tidak menggunakan semuanya itu, ia seolah-olah telah kehilangan semuanya dan cacatlah pancainderanya.

* "ATAU SEPERTI (ORANG-ORANG YANG DITIMPA) HUJAN LEBAT DARI LANGIT DISERTAI GELAP GELITA, GURUH DAN KILAT, MEREKA MENYUMBAT TELINGANYA DENGAN ANAK JARINYA KERANA ( MENDENGAR SUARA) PETIR, SEBAB TAKUT AKAN MATI. DAN aLLAH MELIPUTI ORANG-ORANG YANG KAFIR." (Al-Baqarah ayat 19)

Imam an-Nasafi melalui tafsirnya berkata: ``Allah menyebut bandingan kedua-dua perumpamaan orang munafik untuk menjelaskan dengan lebih terang lagi.

``Di sini dibandingkan agama Islam dengan hujan kerana hati itu hidup sama seperti tanah yang hidup subur dengan hujan.

Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: `atau' pada ayat ini ditafsirkan dengan enam pendapat:

i. Dengan maksud pilihan, seperti orang Arab berkata, duduklah dalam majlis ahli fikah atau ahli nahu. (Awak diberi dua pilihan untuk duduk dalam kedua-dua majlis).

ii. Termasuk dalam ibham (kesamaran) yang Allah sahaja tahu maksudnya. Orang Arab menggunakan ibham pada sesuatu yang tidak ada faedah untuk dijelaskannya.

iii. Dengan maksud, bahkan atau ya seperti syair al- Farra'.

iv. Datang dengan tafsil iaitu ada orang munafik yang diumpamakan dengan mencari api dan ada yang diumpamakan dengan hujan.

v. Dengan makna 'wau' iaitu `dan'.

vi. Dengan makna syak pada hak orang yang diucapkan.

- `Atau seperti orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit disertai gelap gelita, guruh dan kilat.'

Al-Mawardi mentafsirkan (sayyib-hujan lebat) dengan dua tafsiran :

i. Hujan lebat-Inilah pendapat Ibn Abbas dan Ibn Masu'd.

ii. Awan seperti pendapat `Alqamah bin `Abdah.

As-Samarqandi membuat perbandingan di dalam tafsirnya-hujan dengan al-Quran. Ini kerana pada hujan makhluk boleh hidup dan menyuburkan tanah. Begitu juga al-Quran dapat menghidupkan hati yang mendapat hidayah dan keterangan daripada kesesatan. Dengan makna ini dibandingkan al-Quran seperti hujan.

`Guruh' mengikut tafsiran ulama dibahagikan kepada tiga:

i. Suara malaikat yang memerintah hujan. Ia sebagaimana pendapat Ibn Abbas dan Mujahid.

ii. Angin yang berada antara langit dan bumi yang disempitkan laluannya. Ini pendapat Abi Jald (Jailan bin Abi Farwah al-Basri) yang diriwayatkan oleh Qatadah.

iii. Suara terjadi akibat berlaku pergeseran jirim-jirim.

As-Syanqiti di dalam Adwa al- Bayan berkata: ``Guruh diumpamakan dengan apa yang ada di dalam al-Quran mengenai ancaman yang mengetuk telinga dan menggoncangkan hati.''

`Kilat' ditafsirkan dengan tiga jenis:

i. Pukulan malaikat kepada awan daripada pemukul besi. Ini pendapat Ali bin Abi Talib. Ahli tahqiq menganggap pendapat ini paling rajih (kuat) bersandarkan hadis sahih daripada riwayat Imam Ahmad.

ii. Pukulan daripada tongkat cahaya seperti tafsiran Ibn abbas.

iii. Terjadi akibat geseran awan sesama sendiri, sebagaimana pendapat guru kepada Ibn al-Jauzi.

As-Syanqiti berkata: ``Kilat diumpamakan dengan apa yang ada di dalam al-Quran mengenai cahaya, iaitu dalil-dalil yang qatie' (putus) dan bukti- bukti yang terang. Allah menyatakan bahawa al-Quran dapat menerangkan segala kegelapan jahil, syak dan syirik.''

Melihat kepada banyak tafsiran yang asing dan ajaib ini, penulis amat berminat dengan pandangan yang dikemukakan oleh Al-Allamah Rashid Redha dalam tafsirnya Al- Manar. Katanya: ``Tanpa ragu-ragu di sisiku yang segala pendapat -pendapat ini dihebahkan oleh Kaab al-Ahbar, Wahb bin Munabbih kepada orang Islam di kalangan sahabat dan tabiin.

``Kalau sahih hadis marfu' dengan pendengaran yang sahih, yang tidak dipetik daripada bahan israiliyat, sudah tentu tidak ada khilaf di kalangan ulama. Sudah tentu memungkinkan diterima keadaan zahir alam yang berlaku dengan perbuatan malaikat yang menjaga awan. Tetapi tidak sahihnya pada masalah ini kerana malaikat dari alam ghaib yang tidak dilihat oleh manusia kecuali malaikat dirupakan dengan rupa manusia atau wali dengan jalan mukjizat atau irhas seperti rupa roh bagi Siti Maryam dan sahabat melihat malaikat Jibril berupa manusia bertanya Nabi tentang Islam, iman dan ihsan.

- `Dan Allah meliputi orang-orang yang kafir'.

Yang dimaksudkan dengan `meliputi' ialah kuasa, sesiapa yang tidak dimatikan dengan sebab panahan petir, akan dimatikan dengan sebab lain. Sebab-sebabnya berlainan tetapi hakikat mati itu tetap satu.

Orang kafir pada ayat ini dizahirkan tanpa digunakan ganti nama. Ini kerana untuk memberitahu mereka, sekalipun mereka kafir tetapi Allah berkuasa ke atas mereka.

src : http://cthurairah.blogspot.com/2005/02/tuli-bisu-dan-buta-tinggalkan.html

NOTES : This entry is related to my previous entry.

Warga Muslim dan kritikus film di Amerika mengkritik film produksi Hollywood yang dibintangi Adam Sandler. Mereka menilai, film itu tidak fair dalam mengekspos konflik di Timur Tengah, memuji-muji Israel tapi melecehkan bangsa Arab dan Palestina.

Film itu mengisahkan tokoh yang diberi gelar Zohan, seorang tokoh bekas agen Mossad Israel. Tokoh ini diceritakan sudah bosan dengan pekerjaan menggorok tenggorokan para "teroris" dan ingin beralih profesi menjadi seorang penata rambut.

Untuk itu, komando tertinggi tempat Zohan bekerja yang terkenal bengis membuat rekayasa cerita palsu bahwa Zohan telah tewas, padahal Zohan pergi ke New York, menjadi imigran di kota itu dan membuka sebuah toko di kawasan yang didiami banyak warga Israel dan Palestina.

Adam Sandler seorang Yahudi Amerika yang memerankan tokoh Zohan mengatakan, film itu membuatnya terkenang akan masa kecilnya di mana ia sering mendengar kisah tentang tentara-tentara Israel yang kuat.

Warga Muslim AS yang menamakan diri mereka MuslimBridges dalam pernyataannya mengkritik film "You don't Mess with the Zohan" yang dirilis pekan kemarin. Mereka menyebut film itu tidak lebih sebagai film propaganda.

"MuslimBridges kecewa dengan upaya Adam Sandler yang mengagung-agungkan gambaran tentang "tentara Israel, " kata organisasi yang berbasis di California itu.

Sebagian besar artikel yang meresensi film itu juga melontarkan kritikan tajam, karena film itu telah mengacaukan fakta yang sebenarnya terjadi tentang konflik Palestina-Israel. Di film tersebut, bangsa Arab dan Palestina digambarkan sebagai bangsa teroris yang haus darah. Padahal kenyataannya, Israel-lah yang setiap hari membunuh warga Palestina.

"Dalam 'You don't Mess with the Zohan' dia (Sandler) menampilkan stereotipe yang berlebihan pada setiap orang, antara Middle East dan Midwest, " tulis Washington Post dalam resensinya.

Dituliskan pula, "Bagi Adam, di dunia ini orang-orang Arab adalah orang-orang yang kekanak-kanakan, menyukai kekerasan, bodoh. Sedangkan orang-orang Israel adalah orang-orang yang agresif, senang berbohong dan doyan seks"

Los Angeles Times menyebut film itu sebagai film yang satir "frustasi" dan "tidak imbang" dalam menggambarkan konflik Arab-Israel. "Sandler tidak bisa disebut sebagai mediator perdamaian dunia, jelas ini adalah film terbarunya yang tidak bisa dibilang bagus, " tulis Los Angeles Times.

" 'Mess' adalah kata yang berpengaruh dalam 'You don't Mess with the Zohan', film terbaru Adam Sandler. Film itu, esensinya adalah film yang menunjukan stereotipe etnis berdurasi 100 menit, " kritik Seattle Times. (ln/iol)

src : http://www.eramuslim.com/

Notes : To my disappointment, our government released this film. This movie obviously insulted Islam. The category can also be doubted. It is NOT SUITABLE for kids. It is NOT 'UMUM', but it is '18SX'. :'-(

KEUPAYAAN lidah memang tidak dijangka. Ia anggota tubuh yang paling baik dan paling buruk selain hati.

Lidah hendaklah dikawal daripada berbicara mengenai hal orang lain seperti mengumpat dan membuat fitnah sesama manusia.

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.

Jagalah lidahmu kawan! Agar ia tidak menyengatmu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya. (Imam al-Syafie)

Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata:

“Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.”

Daripada Muaz, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu jika aku katakan kepadamu tentang sendi daripada semua kebaikan?

Jawab Muaz, “Ya, kami nak tahu.” Maka Rasulullah s.a.w menunjukkan sendi kebaikan itu pada lidahnya dan berkata, “Jagalah ini.”

Muaz berkata, “Wahai Rasulullah, adakah kami akan mendapat seksaan akhirat daripada ucapan kami?”

Rasulullah menjawab, “Betapa azabnya Muaz orang yang tersungkur di dalam neraka itu melainkan hasil daripada menabur fitnah melalui lidah mereka. Akhirnya mereka menerima seksaan daripada Allah.

src : http://www.hmetro.com.my/ (AdDin)

Video 1 :

Video 2 :

Oleh: Zulia Ilmawati
(Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga)
Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang shalih dan shalihah. Anak shalih-shalihah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran karena ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya):
"Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran karena orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci."
(HR ath-Thabrani).
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar."
(QS al-Isra’ [17]: 9)
Bermula bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa “hidup bersama” al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran

1. Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orangtua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut ditempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

2. Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insya Allah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan pikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologis janin yang ada dalam kandungan. Pasalnya, secara teoretis kondisi psikologis ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologisnya. Kondisi tertekan pada Ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya.

Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan kapan saja dan dimana saja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insya Allah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan aneh kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Lalu latihlah anak untuk menirukannya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa anak-anak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa. Orangtua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak.

Agar anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai upaya membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat. Nabi saw. bersabda:
"Demi Zat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya."
(HR al-Bukhari dan Muslim).

4. Membaca
"Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan bahwa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf."
(HR at-Tirmidzi).

Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Orangtua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, utamanya pada pagi hari usai shalat subuh atau usai shalat magrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengarkan kakak-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Orangtua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaidah-kaidah dan adab membaca al-Quran.
Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaidah-kaidahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orang tua untuk mahir membaca al-Quran.
Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyimaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkah.

5. Menulis
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Diktekan kepada anak kata-kata tertentu yang mem-punyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) artinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya. Sesekali di rumah, coba adakan lomba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling rapi menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, ia boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandung arti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata.

6. Mengkaji
Ajaklah anak mulai mengkaji isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah shalat magrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali kajian sekeluarga ini dilakukan. Tema yang dingkat boleh saja tema-tema yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Sekali waktu, tema yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak.

Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Orangtua boleh memberi arahan atau koreksi jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan
Al-Quran tentu tidak hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajipan mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. Insya Allah, hal ini akan memotivasi anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.

src : http://onesaiful.blogspot.com


Bersama Zaharuddin Abd Rahman

CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.

Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)

Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: “Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid.”

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.

Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.

Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam,” sedangkan dia lupa ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya.

Dahsyatnya aku, sibuk betul. Lagi detikan hati: “Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah... hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini.”

Ada yang berasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang daripada berasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa daripadanya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah dia terlupa dek keghairahan memuji dirinya, ada ramai lagi yang lebih sibuk daripadanya dalam hal dakwah, malah lima hingga enam ceramah setiap hari.

Malah, ada yang jauh lebih sibuk daripada berceramah seperti mereka yang berjuang dalam penulisan kitab selama 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, ramai yang berjuang, namun bukan sekadar memberi ceramah tapi sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti ceramah itu, sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan.

Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat umat daripada sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Inilah nasihat buat saya dan rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Sabda Nabi bermaksud: “Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.

“Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya.” (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: “ala, orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu.”

Paling alim

Selain daripada itu, ada yang terdetik: “Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam.” Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.

Sedangkan terleka daripada firman Allah SWT, ertinya: “...dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui.” (Yusuf: 76)

Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: “Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab.” (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)

Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: “Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah.” (Zad Al-Masir, 4/262)

Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.

src : http://www.hmetro.com.my (anNur)


Zikir Munajat - Hijjaz

Assalamualaikum..
Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya.

Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.

Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya.. Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu. Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu, kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.

a) Allah tidak mensia-siakan kebaikanmu dalam kesabaranmu“ Dan bersabarlah kerana Allah tidak mesia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115
b)Balasan syurga kepada as sabiruun “Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12
c) Keselamatan ke atas mereka “Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24

Maka bergembira dan bersabarlah. Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7

Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216

Janganlah lesu saudaraku fillah.. Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong. Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya.
Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka.
‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7

Maka sahabatku, usahlah bersedih lagi. Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara. Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah. Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk ku nukilkan semuanya dalam laman maya ini.

Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..

“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11

Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenangan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung.. Moga janjiNya menggembirakan hatimu…

Insya Allah

src : http://onesaiful.blogspot.com/2007/10/penawar-jiwa-yang-lesu.html


Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis
kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat
dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.
Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.

Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada
kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan
kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang
memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.

Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" . (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)

Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani" .

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada
Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.

Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

JUNHAIRI BIN ABD JALIL
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS


Petikan ini diambil dari bab 16 novel BangTam yang di bawa pulang semasa cuti pertengahan penggal pertama ini. Novel karangan gurunya di MTS Bustanul Ariffin di Tumpat Kelantan - Ust. A. Ubaidillah Alias Terbitan PTS Millenia. Ummi gazzettekan sebahagian bab 16 ini, mungkin ada yang terkait secara tidak langsung namun sebenarnya ia tiada kaitan langsung dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati hanya sekadar mengambil iktibar dari apa yang telah dan tidak dilaksanakan dalam fiksyen ini untuk diubah atau diikuti dalam situasi yang selayaknya.

Asssalamualaikum,

Wardah, apa khabar? Moga tabah menghadapi segala dugaan. Bagaimana dengan pengajianmu? Harapnya semakin baik. Kuyakin bahawa engkau sentiasa konsisten terhadap pengajianmu. Lantaran itu aku tidak gusar, cuma kulihat engkau dibelit tentang persoalan tentang hubungan kita bukan?

Matlamat kita sekarang bukan percintaan tetapi kejayaan dalam pengajian. Kenapa harus pecah kepala memikirkan tentang hubungan. Tambahan pula, dirimu memang disukai ramai orang. Siapa tidak sukakan gadis yang pandai, cantik dan penuh ketrampilan. Semua yang ada pada dirimu membuatkan orang tidak bosan memandang dan mendekatimu. Justeru apa dayaku? Mahu menyekat mereka?

Siapa aku? Kekasihmu?

Kebanyakan lelaki yang menginginkanmu tidak akan kenal apa itu halangan selagi dirimu belum menjadi isteri orang. Yang pasti, aku bukan suamimu, bukan ahli keluargamu yang akan memastikan apa-apa antara kita. Aku cuma saudara seagama. Aku hanya menyatakan apa yang wajar. Pahit bukan? Tetapi itulah realiti.

Aku mengerti engkau sendirian di sana, mempertahankan hubungan kita. Dan aku di sini, hanya memandang tanpa membuat apa-apa. Aku tahu engkau sedang berjuang sedangkan aku hanya tersenyum tanpa menghulurkan tangan. Pelik bukan? Aku tahu, engkau akan membenci sikapku. Adakah engkau mahu aku terbang ke sisimu dan memimpin tanganmu setiap waktu? Jika ada lelaki yang mendekati, aku akan tepis dan menghumbannya jauh2. Mustahil hal itu berlaku. Ini bukan drama fiksyen atau novel fantasi. Ini kehidupan dan kehidupan realiti tidak memungkinkan itu semua berlaku.

Hanya satu yang dapat kukatakan, jika benar ada jodoh antara kita. Pasti kita akan bertemu juga satu hari nanti. Tetapi, hanya itu yang aku percaya. Jadi, usah engkau bimbang soal cinta dan perasaan. Jika hubungan ini terputus sekali pun, percayalah bahawa semua itu sudah tercatat di dalam takdir. Maafkan aku.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

AM

Surat itu akan diposkan dalam masa terdekat.

Maafkan aku Wardah.

SEMENJAK hari itu, mereka putus hubungan. Hampir setahun mereka tidak berhubung. Rahim juga kerap bertanya kabar, mengapa perkara itu terjadi. Namun Amir telah tahu apa puncanya. Biarkanlah. Bila tiba di Cairo, jarak sudah cukup memisahkan mereka. Dia tidak mahu membebankan Wardah dengan terus mengunci hati perempuan itu dengan figuranya.

Dia tahu hatinya membuak2 ingin menghubungi gadis itu. Apatah lagi dia akan terbang jauh selepas ini, sepatutnya dia mengucapkan selamat jalan. Namun, jika dia menghubungi gadis itu, dibimbangi jiwanya tidak cukup kuat untuk menjaga prinsipnya. Dia takut ada tutur yang seolah-olah memberi beban sekali gus menjadi beban untuk ditanggung.

Dia kerap berbual dengan Kak Long Hafizah tentang perasaannnya terhadap Wardah. Entah kenapa, dia berasa tenang apabila dapat berbicara dengan kak longnya. Tambahan pula, kakaknya sedang bercuti sekarang kerana baharu melahirkan anak. Keluarga ini sudah bertambah seorang ahli keluarga. Setiap kali memandang wajah anak kecil itu, Amir berdoa, suatu hari nanti dia juga mempunyai anak sendiri, dia mahukan ibu kepada anaknya wanita yang solehah. Kalau boleh, Amir tidak mahu isterinya itu seorang yang pernah jatuh cinta pada mana2 lelaki sebelumnya. Amir mahu menjadi cinta pertama buat isterinya, kerana itu dia yakin suami Wardah juga begitu. Seandainya mereka bercinta dan akhirnya berpisah, lalu Wardah berkahwin dengan orang lain. Adakah suaminya akan gembira apabila mengetahui isterinya pernah bercinta dengan orang lain?

Telefon berdering. Nyaringnya menyentak lamunan Amir di kerusi. Jam di tangan menunjukkan waktu pukul lapan lima belas malam. Telefon rumah dicapai dan kedengaran melalui telefon suara Wardah tersekat-sekat, mungkin sukar untuk meluah gusar di dada.

Amir, maaf jika Wardah mengganggu.

Tidak adalah. Awak apa khabar? Amir benar2 teruja mendengar suara gadis itu. Namun, rasa itu tidak akan terzahir.

Kenapa begitu? Tidak sudikah? Wardah menyoal sangsi.

Saya tidak berniat mengecewakan sesiapa. Cuma masing2 perlu mengerti bahawa kita bukan penentu takdir. Amir mengetap bibir, dia tidak tahu bagaimana mahu memahamkan Wardah.

Wardah sebak. Jiwanya mendesak mahu mendengar kalam dari Amir. Amir terlalu egois sehingga tidak mahu melafazkan rasa kasih padanya. Sudah lama jiwa Wardah berteka-teki dan itu membuatkannya sering keletihan. Sehingga sekarang dia belum memperoleh keputusannya.

Wardah, perjalanan kita masih jauh. Jika dinyatakan keputusannya sekarang, belum pasti kita akan bersatu. Hati manusia berubah2 tidak sama hari ini dengan esoknya. Amir masih mencari kata2 yang sesuai. Dia tidak mahu kekeruhan terhambur daripada lidahnya. Dia tidak bersedia melukakan hati Wardah.

Amir, nyatakan apa sebenarnya awak sembunyikan daripada saya. Saya mahukan kebenaran. Wardah masih tidak puas dengan jawapan Amir. Amir akur, wanita memerlukan penjelasan atas setiap jawapan. Kadang2 mereka jauh lebih mengerti.

Wardah, saya rasa saya tidak asing lagi bagi wardah. Saya tidak akan menyatakan sesuatu melainkan untuk kebaikan kita. Kadang2 kebaikan itu pahit, bukan? Emosi mula menguasai jiwa. Amir cuba mengawal gelodak yang kian bergelora.

Cinta itu buta, ia menyubur tanpa batas dan sempadan, ia hadir tanpa suara. Adanya dapat dirasa. Amir akur dalam kepayahan itu. Biarpun kasih sayang itu anugerah Tuha. Tetapi manusia tidak lemah untuk menilai. M anusia mampu mengikut rasa hati dan perasaan. Apabila akal dan ilmu memandu hati, tiada lagi cinta buta.

Jadi, awak tidak akan membuat keputusan sekarang? Awak mahu saya terkapai2 dalam seribu pertanyaan? Bukankah itu satu penderaan? Dalam diam ombak cinta menghempas ganas dalam helus nafas yang pasang surut di dada. Saat itu, kebijaksanaan Amir bagai air beku di dalam sebuah vakum. Wardah masih mengharapkan terluahnya sesuatu.

Wardah, siapakah saya sebenarnya untuk mengatakan Wardah milik saya? Siapakah saya untuk mengisytiharkan bahawa kita akan bersatu dan kekal selamanya dalam ingatan? Siapakah saya untuk menyatakan jodoh sudah tetap antara kita? Adakah saya punya kuasa untuk menetapkan suatu yang belum pasti? Bukankah kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukannya?

Diam.

Wardah kelu.

Kata2 Amir menghiris kalbunya.

Wardah kita sudah dewasa dan masing2 ada tanggungjawab yang berbeza. Kita punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kawan juga sahabat. Kita juga seorang yang beragama, sekali gus pendokongnya. SEmua watak ini perlu kita sempurnakan berdasarkan ilmu yang kita ada. Lihatlah kedudukan kita sekarang. Bukankah kita kini mahasiswa, penuntut ilmu?

Adakah itu bermaksud awak tidak suka dengan hubungan ini?

Tidak! Saya bukan tidak suka malah…Amir cepat2 memotong.

Malah apa Amir? Suara Wardah menekan.

Wardah, saya bukan tidak suka tetapi saya mahu menjaga kesician hubungan ini. Saya tidak mahu hubungan ini tercemar dengan tindakan yang terkeluar daripada batasan sebenar. Jangan kerana cinta semuanya kita lupa. Jangan kerana kekasih tumpuan kita dan niat kita hilang. Utamakan apa yang lebih utama. Lihatlah jalan yang harus kita lalui dahulu, jalan seorang penuntut ilmu. Terlalu banyak kesungguhan yang perlu kita curahkan. Bahkan masih ada di sekitarnya tanggungjawab yang mengharapkan tumpuan dari kita. Saya bimbang, kita gagal menyempurnakan amanat itu dengan baik. Amir bersahaja namun kalam itu kuat sekali menusuk ke dada Wardah. Hatinya terpana dengan realiti yang hampir dirinya alpa.

Ingat Wardah, tidak berhubung bukan bererti putus. Berenggang tidak bererti benci. Kerana kasih yang sejati itu lahir daripada keimanan. Cintailah seseorang kerana Allah. Benci kerana Allah. Bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. Jangan jadi seperti mereka yang mabuk dengan cinta nafsu. Bertemu dan bermesra. Berpimpin tangan dan berpasang2. Itulah kebiasaan yang salah. Tiada bicara yang terpantul dari bibir Wardah. Hati Wardah lemah. dia terpaksa membenarkan setiap kalimah itu. Dia tahu, dia tidak mendapat apa2 keputusan dari lelaki itu. Egonya terlalu melangit. Sekarang akal warasnya memaksa diri sendiri menyatakan bahawa dirinya telah silap.

Amir, saya mungkin tersilap. Awak sudah banyak membuka kesamaran dalam hidup saya. Baiklah, saya mengerti mengapa awak tidak mahu berterus terang. Kerana kita tidak tahu adakah jodoh untuk kita bersama. Andai kita terpisah nanti, sekurang2nya kita tidak terlanjur dalam menyatakan sesuatu. Saya mengerti Amir, maafkan saya.

Wardah, ikatan dengan kata2 belum terjamin. Tetapi kalau hati telah tetap dan muafakat, berdoalah semoga esok masih ada hari untuk kita bersama. Akui bahawa kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Tidak lari gunung dikejar. Namun, selagi kita berdiri sebagai seorang pelajar, penuhilah tuntutan itu. Yakin dan pastilah masa untuk kita bersama pasti akan tiba…

Baiklah Amir. Sekiranya ada lelaki lain yang cuba hadir dalam hidup saya, adakah awak akan cuba menghalangnya? Atau awak akan mengatakan perkara yang sama? Awak akan bersikap pasif dan tidak akan cuba memenangi hati saya?

Saya tidak akan menghalang. Saya akan berserah kepada takdir.

Aduh! Hati Wardah dicengkap perit mendengar kata2 itu. Amir tetap bertegas dan pendirian itu tidak akan runtuh.

Baiklah. Biarkan bahtera hubugnan ini berdasarkan takdir nakhoda yang tercatat. Andai penghujung ini sampai ke pulau bahagia, kita akan bersyukur. Namun, jika bahtera itu karam di lautan. Saya tetap mengharap agar hati kita terselamat dari kelemasan. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sana, Wardah menutup kata.

Klik. Talian terputus. Amir berasa nafasnya bagai dicabut. Itukah ucapan perpisahan sebelum dia terbang ke Cairo? Hatinya mula meretak dan atmanya berasa longlai. Dia tidak tahu. Adakah hatinya kecewa dengan prinsip sendiri atau bagaimana. Mahu tidak mahu hanya itulah pilihan yang perlu dia lakukan. Demi kebaikan dirinya dan Wardah.

Adakah ini keputusan yang salah? Oh Tuhan, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang aku lakukan.

Barang2 yang mahu dibawa sudah siap semuanya? Mama membuka bicara. Wanita yang berumur 56 tahun itu nampak teguh. Dalam kedut usia melebihi separuh abad, dia tetap setia mengharungi kehidupan di sisi abah. Mama mendirikan rumahtangga semasa berusia 20 tahun. Dia banyak bersusah payah mendidik anak2. Abah sibuk mencari rezeki tidak mempunyai waktu yang luas untuk anak2, hanya mama yang banyak membina peribadi ketiga-tiga orang anaknya.

Mir, jangan lemah semangat semasa berada di sana. Ingat, kamu anak lelaki sulung dalam keluarga selepas kaklong. Walaupun kaklong anak sulung, tetapi sebagai anak lelaki tunggal kamu menanggung banyak tanggungjawab keluarga. Kaklong Hafizah n=mengingatkan Amir supaya menjadi lebih positif terhadap masa depan. Dia mahu adik lelaki tunggalnya itu menjadi kuat dan teguh.

Anak abah tidak boleh lemah semangat. Jangan kerana putus cinta segala2nya jadi kabur. Sebenarnya abah bersyukur dengan keadaan kamu sekarang. Abah meluahkan sesuatu yang belum pernah dinyatakan. Amir diserbu persoalan.

Kenapa abah cakap macam ni?

Sebenarnya abah dan mama mengharap kamu mencari pasangan hidup selepas tamat belajar.

Amir, kaklong harap selepas ini kamu buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Ini bukan satu persoalan yang mudah, jadi Amir kena banyak berdoa dan bersolat istikhorah, kaklong menambah.

Amir sekarang perlu habiskan pengajian sebaik mungkin. Kalau ada calon yang sesuai, maklumkan pada keluarga dan kita akan uruskan bersama, ok? Abang Hasan mencelah sambil tersenyum. Amir membalas senyuman tiu. Erma, adiknya tersengih. Mama dan abah juga tersenyum. Fikiran Amir masih tidak berpijak di bumi.

Rasanya selama ini Amir tidak pernah tanya sepatah pun apakah kriteria calon menantu yang diingini oleh mama dan abah. Mungkin Amir rasa perkara ini terlalu peribadi. Tetapi inilah masanya Amir minta pandangan mama dan abah.

Abah terpegun. Dia melipatkan akhbar dan memusingkan tubuh. Mama tersenyum kosong.

Amir, seorang ibu tidak mahu melihat anaknya kecewa. Malah mama sendiri tidak berharap agar hubungan Amir dan Wardah akan terhenti di tengah jalan. Cuma mama berdoa jika Amir memilih calon isteri biarlah yang memahami agama dengan baik.

Mama tidak akan tentukan siapa calon isteri Amir. Siapa calon isteri Amir, pilihan sepenuhnya di tangan Amir. Cuma…mama terhenti di situ.

Teruskan mama. Kalau ada apa2 beritahulah Amir. InsyaAllah Amir akan cuba fahami. Amir tahu mama agak keberatan berterus terang.

Begini sebenarnya Amir. Abah membuka suaranya yang tertahan. Amir kena fahambeberapa perkara. Selaku anak lelaki tunggal dalam keluarga Amir kena bersedia untuk ambil tanggungjawab menjaga ibu bapa di hari tua. Kak Long ada suami dan tidak boleh berkhidmat sepenuhnya untuk mama dan abah. Begitu juga Erma, dia juga akan mempunyai suami dan perlu berkhidmat untuk suaminya. Itu adalah aturan yang ditetapkan oleh agama. Tiada orang yang layak mengambil tanggunjawab ini kecuali anak lelaki abah seorang sahaja. Kami mahu Amir fikirkan hal ini dengan baik. Ia berkait rapat dengan pilihan isteri, kerana ia melibatkan hal masa depat. Abah yakin Amir faham.

Tidak ramai ibubapa yang berpeluang memberitahu perkara ni kepada anak lelakinya. Sebab itu ramai anak2 selepas berkahwin tidak mengendahkan wbubapa. Abah percaya Amir bukan begitu, garis di dahi abah bergalur terang. Amir diam. Seketika kemudian dia mengangguk.

Panjang umur Amir, Amir sempurnakan niat mama dan abah. Perbualan tamat di situ.

src : http://redpencel_123.blogs.friendster.com/ & http://www.umairah-sh.blogspot.com/


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dahmenganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelahmak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawarancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terustekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tudi gunakan untuk mengiringimak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumahbersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempatlain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau katmaner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju.....
mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak.....amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak kehospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..kiter jawab pula...
kalau tak cukup,mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar aya naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warningkakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kitercepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya maktak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergimak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan...ampon kankiter....
Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08/1999Bila tiba aja kat hospital....
nursetengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk dilantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi dijalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awaljadi jalan tu lengang..kosong....
sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....
Mak.....Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...
kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiterkawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembahyang subuh,
kiter baca yassinuntuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kaliterakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter takdaya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak nijadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar darirumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anakmak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...
Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
bolehkata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malamjumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakinsayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangisaje..doa lah untuk mak..
nanti kalau giniajer mak yang susah kat sana..
"Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekahal-fatihah kiter berikan.....
Mak....cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar manasurat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapalterbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

src : http://onesaiful.blogspot.com/


Soorat Al-Rahmaan - Shaikh: Mishary Rashid Al-Afasy

Sabda Rasulullah Saw., “Siapa yang ingin membaca Al Qur’an dengan baik seperti diturunkan Allah, bacalah seperti bacaan lbnu Ummi ‘Abd (‘Abdullab bin Mas’ud)
Pada suatu hari, seorang anak gembala yang hampir baligh menghalau domba-domba gembalaannya di jalan jalan kedil perbukitan kota Makkah, jauh dan keramaian. Dia mengembalakan domba-domba kepunyaan seorang bangsawan Quraisy, ‘Uqbah bin Mu’aith.Orang memanggil nama anak itu ‘Ibnu Ummi ‘Abd” Sesungguhnya namanya yang asli “ABDULLAH” dan nama bapaknya “MAS’UD”. Nama lengkapnya “ABDUL LAH BIN MAS’AD” -Anak gembala itu pernah juga mendengar berita berita mengenai Nabi yang baru diutus, serta da’wah yang dilancarkannya. Tetapi gembala kecil ini tidak mem pedulikannya. Mungkin karena usianya yang masih kecil, dan karena jauhnya dan masyarakat Makkah, tempat dirnulainya da’wah tersebut..Anak gembala ini rajin rnenggembalakan domba-domba majikannya. Pagi-pagi sekali dia sudah berangkat bersama domba ke tempat gembala, dan pulang setelah hri senja.Hari itu, anak tersebut melihat di kejauhan dua orang laki-laki menuju ke arahnya. Keduanya. kelihatan sangat letih dan kehausan. Bibir dan kerongkongan mereka tampak kering. Ketika keduanya telah sampai ke dekat anak gembala tersebut, mereka memberi salam dan berkata, “Hai, Bocah! Berilah kami susu dombamu sekedar untuk menghilangkan haus.”“Ma’af, Pak! Saya tidak dapat memberi Bapak karena domba-domba ini bukan kepunyaan saya. Saya hanya sebagai gembala”. jawabnya.Kedua laki-laki tersebut tidak membantah jawaban anak gernbala itu. Bahkan di wajah keduanya jelas kelihatan mereka menyukai jawabannya. Seorang di antara keduanya berkata, “Bawalah kemari seekor domba betina yang belum kawin!”Anak itu mengambil seekor anak domba, lalu dibawanya ke dekat mereka. Orang itu mernegang domba tersebut dan meraba-raba susunya dengan membaca “Basmallah “. Si anak gembala bingung, dan berkata kepada dirinya sendiri, “Mana mungkin anak domba dapat diperas air susunya!”Tetapi sebentar kemudian susu anak domba itu membengkak, dan setelah itu air susunya memancar berlimpah-limpah. Laki-laki yang seorang lagi mengambil sebuah batu cekung lalu diisinya dengan susu dan diminurnnya berdua dengan kawannya. Kemudian anak itu diberinya pula dan mereka ketiganya minum bersama-sama. Anak itu hampir tidak percaya kepada apa yang dilihatnya dan dialaminya. “Ajaib sungguh’” kata anak gembala.Setelah mereka minum sepuas-puasnya, orang yang penuh berkat itu berkata, “Berhenti!”Sebentar kemudian air susu domba berhenti mengalir, dan teteknya kempes kembali seperti semula. Si anak gernbala berkata kepada orang yang penuh berkat, “Ajar kanlah kepada saya bacaan yang Tuan baca tadi.”“Engkau anak pintar!” jawab orang luar biasa yang penuh berkat itu.

Kisah di atas adalah permulaan kisah “Abdullah bin Mas’ud dalam Islam. Orang yang penuh berkat itu tidak lain melainkan Rasulullah saw. Sedangkan kawannya ialah Abu Bakar Shiddiq Radhiyallahu ‘Anhu. Mereka pergi ke perbukitan Makkah pada hari itu, menghindari kemungkinan-kemungkinan yang tidak mereka ingini karena tindakan Kaum Quraisy yang keterlaluan dan sok kuasa.

Sejak peristiwa itu, ‘Abdullah bin Mas’ud (si anak gembala) jatuh cinta kepada Rasulullah dan sahabatnya. Dia merasa terikat kepada keduanya. Sebaliknya Rasulullah kagum kepada anak itu. Walaupun dia seorang anak gembala, sehari-harian terjauh dari masyarakat ramai, tetapi dia cerdas, jujur, bertanggung-jawab, bersungguh-sungquh dan teliti. Tidak berapa lama setelahnya, ‘Abdullah bin Mas’ud masuk Islam. Dia mendatangi Rasulullah dan memohon kepada beliau agar diterima menjadi pelayan beliau. Rasulullah menerimanya.

Sejak hari itu ‘Abdullah bin Mas’ud tinggal di rumah Rasulullah. Dia beralih pekerjaan dari gemba domba menjadi pelayan. Utusan Allah dan Pemimpin Ummat‘Abdullah bin Mas’ud senantiasa mendampingi Rasulullah bagaikan sebuah bayang-bayang dengan bendanya. Dia selalu menyertai beliau kemana pergi, di dalam rumah maupun di luar rumah. Dia membangunkan Rasulullah untuk shalat bila beliau tertidur, menyediakan air untuk beliau mandi, mengambilkan terompah apabila beliau hendak pergi, dan membenahinya apabila beliau pulang. Dia membawakan tongkat dan sikat gigi. Menutupkan pintu kamar apabila beliau masuk kamar hendak tidur…..Bahkan Rasulullah mengizinkan ‘Abduliah memasuki kamar beliau jika perlu. Beliau mempercayakan kepadanya hal-hal yang rahasia, tanpa kuatir rahasia tersebut akan terbuka. Karenanya, ‘Abdullah bin Mas’ud dijuluki orang dengan Shahibus Sirri Rasulullal, (pemegang rahasia Rasulullah).‘Abdullah bin Mas’ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah. Karena itu tidak heran kalau dia menjadi seorang yang sempurna terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasululiah kepadanya.

Pendidikan Rasulullah kepadanya, diterapkan ‘Abdullah dalam dirinya dengan disiplin kuat dalam segala situasi dan kondisi. Sampai-sampai orang mengatakan, “karakter dan akhlak ‘Abdullah bin Mas’ud paling mirip dengan akhlak Rasul ullah “.Di samping itu, dia belajar di Madrasah Rasulullah. Karena itu memang pantas dia menjadi sahabat yang sangat baik membaca Qur’án, sanqat paham maknanya, dan sangat ‘alim tentang syari’at Islam. Sebuah berita kami sajikan untuk membuktikan hal itu. Ketika Khalifah ‘Umar bin Khaththab berada di ‘Ara fah, tiba-tiba seorang laki-laki datang menghadap beliau seraya berkata, “Ya, Amirul Mu’minin! Saya datang dari Kufah sengaja untuk menghadap Anda. Di sana ada seorang yang mahir Al Qur’an seutuhnya di luar kepala. Bagaimana pendapat Anda tentang orang itu?”‘Umar marah mendengar pertanyaan itu. Belum pernah dia semarah itu, sehingga dia menarik nafas panjang panjang.“Siapa dia?” tanya ‘Umar.‘Abdullah bin Mas’ud,”jawab orang itu. Kemarahan ‘Umar mendadak padam. Seketika itu juga mukanya kembali cerah. Kata ‘Umar, “Demi Allah! Setahu saya tidak ada lagi orang yang lebih ‘alim daripadanya dalam urusan itu. Akan saya ceritakan kepada Anda satu kisah mengenai nya.

Pada suatu malam Rasulullah bercincang-bincang di rumah Abu Bakar membicarakan urusan kaum muslimin. Saya turut dalam pembicaraan tersebut. Selesai berbincang-bincang, Rasulullah pergi. Saya dan Abu Ba kar pergi pula mengikuti beliau. Tiba-tiba kami melihat seseorang — mula-mula tidak kami kenali — sedang shalat di masjid. Rasulullah berdiri mendengarkan bacaan orang itu. Kemudian beliau berpaling dan berkata kepada kami, “Siapa yang ingin membaca Qur’an dengari baik seperti diturunkan Allah, bacalah seperti bacaan Ibnu Ummi ‘Abd (‘Abdullah bin Mas’ud).”Kemudian ‘Abdullah duduk dan mendo‘a. Rasullullah rnengaminkan do’anya.“Saya berkata dalam hati,” kata ‘Umar selanjutnya, “Demi Allah! Besok pagi saya akan mendatangi ‘Abdullah bin Mas’ud memberi kabar gembira kepadanya bahwa Rasulullah mengaminkan do’anya. Ketika saya mendatanginya besok pagi, kiranya Abu Bakar telah lebih dahulu menyampaikan kabar gembira itu kepada ‘Abdullah. Abu Bakar memang selalu lebih cepat daripada saya dalam soal kebaikan.”‘Abdullah bin Mas’ud pernah berkata tentang pengetahuannya mengenai Kitabuflah (Al Qur’an) sebagai berikut:
“Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia! Tiada satu ayat pun dalam Al Qur’an, melainkan aku tahu di mana diturunkan dan dalam situasi bagaimana. Seandainya ada orang yang lebih tahu daripada saya, niscaya saya datang belajar kepadanya.”‘Abdullah bin Mas’ud tidak berlebihan dengan ucapannya itu. Cerita ‘Umar bin Khaththab di bawah ini memperkuat ucapan ‘Abdullah tersebut.

Pada suatu malam ketika Khalifah ‘Umar bin Khathab sedang dalam suatu perjalanan, beliau bertemu dengan sebuah kafilah. Malam sangat gelap bagaikan beratap kemah, menutup pandangan setiap pengendara. ‘Abdullah bin Mas’ud berada dalam kafilah tersebut. Khalifah ‘Umar memerintahkan seorang ajudan supaya menanya kafilah.“Hai, kafilah! Dari mana kalian?” teriaknya bertanya.“Min fajjil ‘amiq” (dari lembah nan dalam), jawab ‘Abdullah.“Hendak ke mana kalian?”“Ke Baitul ‘Atiq” (ke rumah tua =Baitullah), jawab ‘Abdullah. Kata ‘Umar, ‘Di antara mereka pasti ada orang yang sangat ‘alim.`

Kemudian diperintahkannya pula menanyakan, “Ayat Qur’an manakah yang paling agung?”Jawab ‘Abdullah,“(Allah, tiada Tuban selain Dia; Yang Maha Hidup Kekal, lagi terus menerus mengurus (rnakhluk-Nya): tidak mengantuk dan tidak pula tidur…). Al-Baqarah: 255).Tanyakan pula kepada mereka, ayat Qur’an manakah yang lebih kuat hukumnya?” kata ‘Umar memerintah.Jawab ‘Abdullah,.(Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi . kepada kaum kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran)” (An Nahl; 16:9)“Tanyakan kepada mereka, ayat Quran ma yang paling mencakup?” perintah ‘Umar. Jawab Abdullah,(“Barangsiapa mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula). (Al Zalzalah; 99:8).“Tanyakan, ayat Al Qur’añ manakah yang memberi kabar takut?” perintah ‘Umar.Jawab ‘Abdullah,(Pahala dari Allah bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong. dan tidak pula menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahaltn itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak pula penolong baginya selain Allah).” (An Nisa’; 4:123)“Tanyakan pula, ayat Qur’an manakah yang memberikan harapan?” perintah ‘Umar.(Katalahl Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah; sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).” (Az Zumar; 39:53), jawab ‘Abdullah.Kata ‘Umar, “Tanyakan! Adakah dalam kafilah kalian ‘Abdullah bin Mas’ud?”Jawab mereka, “Ya, ada!!”‘Abdullah bin Mas’ud bukan hanya sekedar Qari (ahli baca) terbaik, atau seorang yang sangat ‘alim, atau seorang ‘abid yang sangat zuhud, tetapi dia juga seorang pemberani, kuat dan teliti. Bahkan dia seorang pejuang (mujahid) terkemuka. Dia tercatat sebagai muslim pertama yang mengumandangkan Al Qur’an dengan suara merdu dan lantang.Pada suatu han para sahabat Rasulullah berkumpul di Makkah: Kata mereka, ‘Demi Allah! Kaum Quraisy belum pernah mendengar ayat-ayat Qur’an kita baca di hadapan mereka dengan suara keras. Siapa kira-kira yang dapat membacakannya kepada mereka?”Jawab ‘Abdullah,”Saya sanggup membacakannya di hadapan mereka dengan suara keras.”Kata mereka, “Tidak Jangan karnu! Kami kuatir kalau kamu yang membacakannya. Hendaknya seorang yang mempunyai famili, yang dapat mernbela dan melindunginya dari penganiayaan kaum Quraisy“Biarlah saya saja Allah pasti melindungi saya!” jawab ‘Abdullah tak gentar.Besok pagi kira-kira waktu dhuha, ketika kaum Quraisy sedang duduk-duduk sekitar Ka’bah, ‘Abdullah bin Mas’ud berdiri di Maqarn Ibrahim, la1u dengan suara lantang dan merdu dibacanya Al Qur ‘an:Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Tuhan yang Maha PernurahYang mengajarkan Al Qur’an..Yang nienciptakan manusiaYang mengajarkannya pandai berbicara ) (Ar Rah man: 1 — 4).Bacaan ‘Abdullah yang merdu dan lantang itu kedengaran oleh kaum Quraisy di sekitar Ka’bah. Mereka terkesima merenungkannya. Kemudian mereka bertanya sesamanya, “Apakah yang dibaca Ibnu Ummi ‘Abd (‘Abdullah bin Mas’ud)?”“Sialan dia! Dia membaca ayat-ayat yang dibawa Si Muhammad!” kata mereka setelah sadar.Lalu mereka berdiri serentak dan memukuli ‘Abdullah. Tetapi ‘Abdullah terus saja membaca sampai habis. Kemudian ‘Abdullah pulang menemui para sahabat dengan muka babak beIur dan berdarah.“Inilah yang kami kuatirkan terhadapmu!” kata para sahabat kepada ‘Abdullah.Jawab ‘Abdullah “Demi Allah! Bahkan sekarang musuh-musuh Allah itu tarnbah kecil di mata saya. Jika Anda menghendaki: besok pagi akan saya baca pula di hadapan mereka.“Jangan! sudah cukup dahulu! Bukankah engkau sudah memperdengarkan kepada mereka ayat-ayat yang sangat mereka benci?” jawab mereka.‘Abdullah bin Mas’ud hidup sampai zaman Khalifah ‘Utsman bin Affan memerintah. Ketika ‘Abdulah hampir meninggal, Khalifah ‘Utsman datang menjenguknya.“Sakit yang engkau rasakan, hai ‘Abdullah?” tanya Khalifah“Dosa-dosaku,” jawab ‘Abdullah.“Apa yang engkau inginkan?” tanya ‘Utsman.“Rahmat tuhanku,” jawab Abdullah. “Tidalkkah engkau ingin supaya kusuruh orang membawakan gaji-gajimu yang tidak pernah engkau ambil selama beberapa tahun?” tanya ‘Utsman.“Saya tidak membutuhkannya,” jawab ‘Abdullah.“Bukankah engkau mempunyai anak-anak yang harus hidup layak sepeninggal engkau?” kata ‘Utsman.“Saya tidak kuatir anak-anak saya akan hidup miskin. Saya menyuruh mereka membaca surat Al Waqi ‘ah setiap malam. Karana saya mendengar Rasulullah bersabda, “sesiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”Pada suatu malam, ‘Abdullah bin Mas’ud pergi menemui Tuhannya dengan tenang. Lidahnya basah dengan dzikruilah, membaca ayat-ayat suci Al Qur’an. Dia telah berpulang ke rahmatullah. Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!* **

src : http://onesaiful.blogspot.com/2007_10_01_archive.html


[ Image is for display purpose only ]

Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”
Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:
‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.
Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:
‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:
‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’
‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”
Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.
Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:
‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.
Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’
‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.
Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’
‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.
Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.
Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.

Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

src : http://onesaiful.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites