Penawar jiwa yang lesu
Assalamualaikum..
Kadang-kala, dalam keghairahan mencari redha Allah, jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu diberiNya hati mula keluh kesah. Lagi kuat ujian lagi mula tersasar kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup kasihi keranaNya.
Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu, garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan Dialah Pemelihara.
Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya.. Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi kepadaMu. Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu, kerana janjiNya kepadamu terlalu banyak andai kau bersabar.
a) Allah tidak mensia-siakan kebaikanmu dalam kesabaranmu“ Dan bersabarlah kerana Allah tidak mesia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115
b)Balasan syurga kepada as sabiruun “Dan Dia memberikan balasan kepada mereka atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12
c) Keselamatan ke atas mereka “Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24
Maka bergembira dan bersabarlah. Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan. Itulah janji Allah.“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, Kelak Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7
Sedarlah dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu, janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak mengetahui. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al baqarah:216
Janganlah lesu saudaraku fillah.. Kerana kita ada Allah, dan Dialah sebaik-baik Penolong. Allah lah jua yang akan membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya.
Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka.
‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7
Maka sahabatku, usahlah bersedih lagi. Janganlah lesu dan layu dibiarkan terus membara. Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah. Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah, yang tidak mampu utk ku nukilkan semuanya dalam laman maya ini.
Berwudhu’, dan solatlah, dan berzikirlah, krn hanya dengan itu hatimu kan tenang, resah kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..
“Maka aku katakan kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian” Nuh:10-11
Akhirul kalam , moga dirimu kan sentiasa diberi ketenangan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung.. Moga janjiNya menggembirakan hatimu…
Insya Allah
src : http://onesaiful.blogspot.com/2007/10/penawar-jiwa-yang-lesu.html
Comments