Ditipu ilmu dan amal sendiri
"Engkau ingin mengenal Allah?" Aku mengangguk. "Perbanyakkan membuat ihsan!" Aku tidak mengerti kata-kata itu sepenuhnya. Menurut pengertianku, kata-kata itu dimaksudkan untuk banyak membantu sesama makhluk. Sekian lama aku mencarimu ya Rabb, namun tidak aku temui. Aku sangka aku telah menemuiMu di puncak gunung Stong. Aku sangka aku telah menemuiMu di sisi amal-amal kebajikan yang telah aku kerjakan terhadap manusia. Aku sangka aku telah menemuiMu dalam ilmu yang aku pelajari. Namun jiwa ini tetap belum mencapai martabat muthmainnah yang telah Engkau khabarkan di dalam Kalam-Mu. Jiwa ini gelap. Jiwa ini kosong. Mengapa? Ternyata ada kesilapanku dalam mentafsirkan kata-kata yang menggalakkan jiwa ini berbuat ihsan! Wahai jiwa! Engkau sangka dirimu banyak membuat kebajikan demi mencari keredhaan Allah! Engkau sibuk dalam aktiviti-aktiviti Persatuan Islam. Engkau sibuk memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar madrasah. Engkau sibuk memberi pertolongan kepada rakan-r...