Posts

Showing posts with the label syukur

Indahnya Hujan

Image
Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud: "Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma,anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10-11) Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan. Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kit...

Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'

Image
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh... Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki ter...

Tiga Cara Bersyukur

Image
''Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'' (QS Alnahl [16]: 18). Bersyukur merupakan salah satu kewajiban setiap orang kepada Allah. Begitu wajibnya bersyukur, Nabi Muhammad yang jelas-jelas dijamin masuk surga, masih menyempatkan diri bersyukur kepada Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan, Nabi selalu menunaikan shalat tahajud, memohon maghfirah dan bermunajat kepada-Nya. Seusai shalat, Nabi berdoa kepada Allah hingga shalat Subuh. Bersyukur merupakan salah satu ibadah mulia kepada Allah yang mudah dilaksanakan, tidak banyak memerlukan tenaga dan pikiran. Bersyukur atas nikmat Allah berarti berterima kasih kepada Allah karena kemurahan-Nya. Dengan kata lain, bersyukur berarti mengingat Allah yang Mahakaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun. Para ulama mengemukakan tiga cara bersyukur kepada Allah. Pertama, bersyukur dengan hati nurani. K...

Bagaimana Cara Untuk Melahirkan Rasa Kesyukuran Terhadap Allah

Image
Di sepanjang sebulan bulan Ramadhan yang sudah, kita telah dapat menjalani latihan pembangunan insaniah. Seperti yang kita tahu bahawa terbangunnya insaniah seseorang itu melalui tiga faktor penting iaitu faktor akal (mental), faktor jiwa dan faktor fizikal. Melalui faktor akal, kita telah bangunkan atau tajamkan akal kita melalui ilmu pengetahuan Al Quran yang kita pelajari dan baca sepanjang Ramadhan. Melalui faktor jiwa, insaniah kita telah kita bangunkan dengan menanamkan iman. Untuk tujuan meningkatkan iman ini, kita telah memperbanyakkan sembahyang sunat yang bermacam-macam jenisnya, antaranya solat Terawih, Tahajud, Witir, Dhuha dan lain-lain, membaca Al Quran sebanyak-banyak mungkin, juga memperbanyakkan zikir-zikir. Sekaligus dalam waktu yang sama, kita telah tanamkan dalam hati kita rasa cinta serta hebat kepada ALLAH melalui apa yang digambarkan oleh ALLAH SWT dalam firmanNya Terjemahannya: " (laitu) orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk, dalam keadaan...

Sangat kurang orang bersyukur

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. “Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit.” Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Malah, kita sendiri hendakkan ramai kawan di sekeliling kita. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan: “Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud: “...sedikit saja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berharap dan berdoa supaya menjadi orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, Allah memberitahu sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Sangat sedikit manusia berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa y...