Posts

Showing posts with the label mati

21 Minit!

Image
"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap... ALLAH TAHU " Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati." Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan ...

Suara yang didengar Mayat

Image
Assalamu'alaikum, Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini. SUARA YANG DIDENGAR MAYAT Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu · Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu · Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu · Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.' Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... · Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa ...

Sesudah Asar...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaat...

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur?

Image
Apa perasaan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Bagaimana Bentuk Pusara Kita ? Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar ? Suka saya membawakan se...

TEMUDUGA TERBUKA

Image
TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN: A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi. TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini. LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh). KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir. ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2...

Sign of Allah: Torture in a tomb

Image
On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman .The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death. Relatives and his friends shocked when they saw the corpse.He was completely different within 3 hours. He turned grey as the very old man, with traces of obvious tortures and the most severe beating, and with the broken bones of hands and legs, with the edges broken a, nd pressed into a body. All His body and face were full of bruise. The open eyes-showed hopeless fear and pain .The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture. Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequi...

Insaflah Wahai Teman

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair. Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang yang dibanggakan aka...

Cara Mati Orang Beriman..

Image
Ibnu Majah r.a dan beberapa Ahli Hadith lainnya meriwayatkan,bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Orang yang beriman (Mukmin) akan mati dengan keringat di dahi." Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik. Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara: 1) bila dahinya berkeringat. 2) air matanya berlinang. 3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat. sebaliknya, bila.. 1) mendengkur seperti dengkuran lembu yang disenbelih. 2) merah padam warnanya. 3) gerahamnya berbunyi gemertuk, Maka itulah petanda datang azab dari Allah SWT. Para 'Abid (ahlul Ibadah) berkata bahawa kadang-kadang ada di antara orang Mukmin masih ada kesalahan, maka daripada saat-saat itu berkeringat di dahinya (jari). Sebahagian lagi yang berkata bahawa hal itu kerana rasa malunya kepada Allah SWT...

Malaikat Maut Depan Mata

Image
Di kisahkan............ Nabi Ibrahim a.s mempunyai sebuah rumah kecil uang khas digunakan untuk beribadat kepada Allah swt. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tida siapa yang boleh masuk dan merosakkan rumah peribadatannya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik measuki rumahnya itu, dia mendapati ada seorang lelaki di dalamnya. "Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku ?" tanya Nabi Ibrahim. "Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu, ringkas. Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. "Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?" "Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya...dan akulah malaikat maut !" Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjuka padaku akan keadaan wajahmu apabila hendak mencabut nyawa orang lain?" Berkata malaikat maut, " Berpalinglah kamu dariku buat seketika." Nabi Ibrahim pun memalingkan m...

Pesan Roh Kepada Manusia

Image
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin ...

KHUSNUL KHOTIMAH

Image
Tanda -Tanda Khusnul Khotimah Setiap hamba Allah yang berjalan diatas manhajnya yang lurus yang berusaha meneladani kehidupan Rasulullah dan para sahabatnya ajmain tentu sangat mengharapkan akhir kesudahan yang baik. Allah telah menetapkan tanda-tandanya dintara tanda-tanda husnul khatimah itu adalah: 1. mengucapkan kalimah syahadat ketika wafat Rasulullah bersabda :”barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka ia dimasukkan kedalam surga” (HR. Hakim) 2. ketika wafat dahinya berkeringat Ini berdasarkan hadits dari Buraidah Ibnul Khasib adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, menengok saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia telah wafat, dan terlihat pada jidatnya berkeringat, kemudian ia berkata,”Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya” (HR. Ahmad, AN-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu MAjah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud) 3. wafat pada m...

Orang Beriman Sentiasa Mengingati Mati

Image
KEMATIAN pasti dihadapi oleh setiap orang. Ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: Setiap yang bernyawa pasti akan mati.? (Surah al-Anbia, ayat 34). Dalam ayat lain pula, Allah menjelaskan bahawa apabila tiba masa ajalnya, maka ia tidak dapat dipercepat atau diperlambatkan walaupun sesaat. Setiap hari di sekeliling kita ada saudara, kawan dan jiran diketahui meninggal dunia. Akan tiba masanya kita pula meninggal dunia. Justeru, manusia tidak selama-lamanya akan hidup di dunia ini. Buktinya, perhatikan sekeliling kita. Sekarang ini kita tidak dapat lagi menemui orang berumur lebih 150 tahun. Semuanya meninggal dunia sebelum mencapai umur itu. Perlu diingatkan, saat kematian sebenarnya tidak mengira usia. Bukan hanya apabila melepasi usia tua saja, baru kematian akan berlaku. Kematian boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia, bayi dalam kandungan, kanak-kanak, remaja dan tambah-tambah lagi orang tua. Sebab itu setiap orang perlu sentiasa mengingati kematian. Pesanan supaya me...

Khusnul Khotimah (kematian menjemput ketika berceramah)

Meninggal secara Khusnul KHOTIMAH " Perhatikan pada dahi seorang Ustadz, perlahan-lahan proses pencabutan nyawa sedang berlangsung oleh "Malaikat Izroil", semoga kita slalu Ingat Mati setiap saat agar kembali kepadanya secara Khusnul Kotimah,, amien ya Rabbal Alamin... Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung air matamu. Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersamamu. Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT sudah punya jawabannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon... Allah SWT selalu berada disampi...

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah dalam Kenangan

www.iLuvislam.com oleh:everjihad Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi, marilah kita fikir dan renungkan sejenak kisah ini yang saya petik dari sebuah blog seorang bapa dimana anaknya telah pergi menghadap Ilahi pada saat-saat kita menyambut bulan yang mulia. Tujuan artikel ini saya siarkan, untuk anda merenung, penamatan hidup seorang insan yang mungkin seusia kita namun lihatlah penamatan hidupnya yang saya kira husnul khatimah melalui petanda-petanda yang Allah tunjukkan. Renungkan, bagaimana agaknya penamatan hidup kita? Apakah nasib akhir kita kelak? ********************************************* Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang me...

7 Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya. 1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a. berkata, Ra...

MAKNA KEMATIAN DALAM ISLAM

Image
Umat manusia hidup di dunia ini sangat terbatas dan tidak bertahan lama, bila dibandingkan dengan eksistensi alam semesta ini. Rata-rata kehidupan di dunia ini selama 63 tahun, sebagaimana usia Rasulullah Saw. Apabila ada orang yang dianugerahi usia lebih dari itu, maka itu merupakan bonus dari Allah Swt. Setiap manusia mesti mengalami akhir kehidupan itu, yang sering disebut dengan kematian. Hal ini dinyatakan secara tegas di dalam al-Quranul Karim pada S. Ali 'Imran: 185; "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." Kematian ini merupakan salah satu bahasan ilmu Eskatologi yang termasuk cabang Teologi. Menurut Eliade, Eskatalogi termasuk bagian dari agama dan filsafat yang menguraikan secara runtut semua persoalan dan pengetahuan tentang akhir zama...