Posts

Showing posts with the label taubat

Taubat

Image
" Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. ( Taubat Nasuha) mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan dosa-dosa kamu dan akan memasukkan kamu didalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya…" AT-Tahrim ayat 8. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Azawajala membuka lebar tangan untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan di waktu malam hingga kesiang hari, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat waktu siang hingga malamnya, sehingga sampai terbit matahari di sebelah barat (yakni apabila pintu taubat telah tertutup). 1. Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. 2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : ” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”. ( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 ) 3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut : Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut. ...

Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur

Image
oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan. "Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu." "Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu." "Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah ...

Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa

Image
SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi. Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa. "Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20) Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah: # Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan. # Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan. # Berazam tidak akan mengulanginya lagi. # Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi. # Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa. Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebih...

Tanda Orang Yang Telah Diterima Taubatnya

Image
Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba: "Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?" Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:- Yang bermaksud:- 1. (hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya, masih belum suci dari dosa. 2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih. 3. Dia suka mendekati oang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat. 4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi dia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi dia tetap melihatnya masih sedikit. 5. Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajibannya terhadap Allah S.W.T. dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah S.W.T. 6. Dia sentiasa menjaga lidah, selalu taf...

Taubat boleh hapus catatan dosa manusia

DUNIA diumpamakan seperti ladang untuk mencari bekalan kehidupan di akhirat yang kekal abdi. Bekalan yang perlu dikumpulkan adalah amalan kebaikan atau pahala serta mengelak amalan buruk atau dosa. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah masa sampainya ajal. Apabila tiba masa ajal, tidak ada siapa pun dapat menangguhnya. Kita tetap menghadap Allah biarpun bekalan kebaikan masih belum mencukupi, dosa pula belum sempat bertaubat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi setiap umat ada tempoh masanya (yang ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.” (Surah al-Araf, ayat 34) Oleh itu, kita perlu sentiasa menyegerakan melakukan kebaikan. Anggaplah masa yang ada adalah peluang terakhir. Beribadatlah seperti akan mati esok, dilakukan dengan tekun dan ikhlas. Rasulullah SAW menjelaskan supaya ‘rebut’ beberapa perkara sebelum tiba perkara lain. Perkataan rebut menunjukkan perkara itu perlu dilakukan ...

Taubat - Opick

Wahai Tuhan jauh sudah Lelah kaki melangkah Aku hilang tanpa arah Rindu hati sinarmu Wahai Tuhan aku lemah Hina berlumur noda Hapuskanlah terangilah Jiwa di hitam jalanku Ampunkanlah aku Terimalah taubatku Sesungguhnya engkau Sang Maha Pengampun Dosa Ya Rabbi ijinkanlah Aku kembali padaMu Meski mungkin takkan sempurna Aku sebagai hambaMu Ampunkanlah aku Terimalah taubatku Sesungguhnya engkau Sang Maha Pengampun Dosa Berikanlah aku kesempatan waktu Aku ingin kembali Kembali kepadaMu Dan mungkin tak layak Sujud padaMu Dan sungguh tak layak aku

Nasyid Taubat - Hadad Alwi

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA Ilaahi lastu lilfirdausi ahla walaa aqwaa 'alannaaril jahimi fahabli taubatan waghfir dzunuubi fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali fahablii taubatan yaa dzaljalaali wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi wa dzambii zaa-idum kaifahtimali Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka muqirron biddzunuubi waqod da'aaka fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tadrud faman narjuu siwaka

KISAH SI PEMBUNUH 99 ORANG

Image
Dalam sebuah Hadits yang diketengahkan oleh Bukhari dan Muslim secara sepakat disebutkan bahwa: dahulu di kalangan orang-orang yang sebelum kalian -yakni kaum Bani Israil- ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Lelaki ini telah berlumuran darah. Jari-jemarinya, pakaiannya, tangan, dan pedangnya, semuanya basah oleh darah, karena telah membunuh 99 orang dari kalangan orang-orang yang jiwanya terpelihara. Padahal seandainya semua penduduk bumi dan penduduk langit bersatu-padu untuk membunuh seorang lelaki muslim, tentulah Allah akan mencampakkan mereka semuanya dengan muka di bawah ke dalam neraka. Maka terlebih lagi dengan seseorang yang datang dengan pedang yang terhunus, sikap yang kejam, jahat, lagi emosi, akhirnya dia membunuh 99 orang. Lelaki pelaku kejahatan ini telah melumuri dirinya dengan darah banyak orang dan membinasakan banyak jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya serta mencabut nyawa mereka. Sesudah dirinya berlumuran dengan kejahatan dan dosa besar ini, ia...

Bertaubat Sebelum Terlambat

Manusia di manapun, baik mereka yang lebih dulu hadir ke dunia maupun yang akan datang kemudian, tidak pernah terlepas dari penyakit lalai (alpa). Bagai peristiwa sambung-menyambung, sifat alpa per-tama telah dilakukan oleh Nabiyullah Adam as dan Siti Hawa dengan memakan buah Khuldi. Maka tepatlah sebuah ung-kapan yang berkata: “insan ashluhu nisyan”, asal kata insan adalah `an-nisyan (alpa). Ungkapan lain mengatakan: “insan mahallul khato wan nisyan”, pada diri manusia itu tempatnya salah dan lupa. Akibat kealpaan itu, manusia dapat terperangkap melakukan kesalahan, pelanggaran, sampai kepada kejahatan. Tingkat pelanggaran dalam Islam dikenal dengan istilah `maksiat'. Setiap orang dengan kealpaannya itu dapat setiap saat terperangkap pada jurang kemaksiatan. Hanya para Nabi dan Rasul saja yang terpelihara dari sifat tercela itu,lantaran mereka adalah utusan Allah yang dikenal memiliki sifat makshum (terpelihara dari kemaksiatan). Satu hal yang juga fitrah dalam diri manusia adalah...