Posts

Showing posts with the label istiqamah

Akibat Tidak Dapat Perlindungan Allah

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Inilah keadaan yg berlaku apabila seseoang itu meninggalkan petunjuk Allah SWT, maka jadilah dia mengikut hawa nafsunya. Kita minta perlindungan kepada Allah daripada semuanya itu.. Firman Allah dlm ayat 20 surah al-Baqarah yg bermaksud: "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya ( wahyu yg memberi ) pengetahuan kepadamu ( tentang kebenaran ), maka tadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." Kita hendaklah sedar bahawa penolong yg sebenarnya adalah Allah SWT. Adapun penolong atas dunia ini yg bersifat sementara sahaja. Sesetengah daripada mereka itu berkata bijaksana ttapi tdk mndapat perlindungan daripada Allah. Maka barang siapa yg tidak mndapat perlindungan daripada Allah, maka susahlah dia hidup diatas dunia ini. Walaupun kita melihat mereka itu hidup senang di dunia tetapi mereka akan menerima akibat di hari akhirat. Dengan sebab itu...

ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA

Image
Istiqamah dan pengalaman masa muda Dollah : Salim, belajar belajar juga, solat solat juga, tetapi enjoy mesti enjoy, jangan lepas peluang masa muda, nanti tua menyesal. Salim : Dollah! Enjoy cara engkau itu tak betul. Engkau campur adukkan ibadah dengan maksiat, ini tak betul. Dollah : Engkau janganlah kolot, janganlah lebih sangat. Engkau akan jadi kera sumbang, mana ada orang muda macam engkau sekarang. Salim : Englau jangan salah faham tentang moden dan kolot. Aku akan tetap dengan prinsip hidup aku. Biarpun aku tinggal seorang demi mempertahankan kebenaran dan memnuhi cita-citaku menjadi anak yang soleh. Dialog di atas menunjukkan perkara-perkara yang berikut: 1.Cita-cita yang murni iaitu mahu menjadi anak yang soleh (orang yang berjaya). 2.Cabaran yang di hadapi iaitu pengaruh hawa nafsu masa muda dan pengaruh rakan-rakan. 3.Prinsip yang menjadi pegangan iaitu kebenaran (ajaran Islam berteraskan ilmu, ibadah, solat, iman dan akhlak mulia). 4.Berjihad melawan pengaruh hawa nafsu da...

Beza hamba Ramadan, hamba Allah

Image
ALHAMDULILLAH, kita sudah merayakan Aidilfitri yang mulia dengan penuh gembira dalam suasana harmonis dan aman. Segalanya baru, baju baru, pakaian baru rumah baru tetapi harus diingat yang baru bukan sekadar baju, pakaian dan makanan tetapi amat penting ialah jiwa baru selepas ditarbiyah dan ditempa oleh madrasah Ramadan. Semoga puasa kita dan Tarawih kita diterima, bacaan al-Quran kita berjaya menggugah hati yang degil dan keras ini, manakala sedekah kita menjadi perisai daripada bahaya dan musibah. Sebagai muhasabah, dalam kita merayakan lebaran, jangan lupa sesungguhnya ukuran kejayaan kita bukannya diukur ketika dalam puasa. Walaupun banyak kita baca al-Quran, itu belum tanda kita sudah berjaya. Bulan Ramadan memang kita kerap ke masjid untuk solat Tarawih, itu bukan tanda kita sudah berjaya, sedekah banyak pada bulan Ramadan, itu bukan tandanya kita sudah jadi pemurah. Kenapa saya kata begitu? Pembaca pun boleh agak jawapan saya. Malah, kerap kali kita dengar jawapan yang akan say...