Posts

Showing posts with the label penyakit hati

Mencari Ketenangan Hati

Image
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?” Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketah...

Mencari Ketenangan Hati Atau Jiwa

Image
Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif. Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesunggu...

Ubat Hati

Image
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”. Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu. Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja seg...

12 TENTANG JIWA YANG KOTOR ( 37-44 )

Image
111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH - DRS KASMURI SELAMAT DI dalam kehidupan ini kita telah tahu bahawa ada dua macam penyakit yang telah mengganggu manusia. Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani, seperti deman, batuk, sakit perut dan sebagainya. Sedangkan yang kedua penyakit yang bersumberkan dan rohani atau bersifat kejiwaan. Adapun penyakit yang kedua itu, iaitu penyakit rohaniah, ubatnya hanya satu sahaja, iaitu dengan jalan mensucikan jiwa sendiri dan penyakit tersebut, dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama, baik Allah dan Rasul-Nya. Penyakit yang kedua ini jauh lebih berbahaya dan penyakit yang pertama, sebab kalau penyakit rohaniah itu tidak dapat segera di ubat, maka akhirnya tak ubahnya seperti api dalam sekam, yang lama kelamaan akan menimbulkan kebakaran yang sangat besar. Dan penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya dengan Tuhannya. Penyakit rohani itu banyak macamnya. Dalam satu hadis d...