12 TENTANG JIWA YANG KOTOR ( 37-44 )


111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH - DRS KASMURI SELAMAT

DI dalam kehidupan ini kita telah tahu bahawa ada dua macam penyakit yang telah
mengganggu manusia. Pertama, penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani,
seperti deman, batuk, sakit perut dan sebagainya. Sedangkan yang kedua penyakit
yang bersumberkan dan rohani atau bersifat kejiwaan.

Adapun penyakit yang kedua itu, iaitu penyakit rohaniah, ubatnya hanya satu
sahaja, iaitu dengan jalan mensucikan jiwa sendiri dan penyakit tersebut,
dengan mengamalkan dan menghayati petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh agama,
baik Allah dan Rasul-Nya.

Penyakit yang kedua ini jauh lebih berbahaya dan penyakit yang pertama, sebab
kalau penyakit rohaniah itu tidak dapat segera di ubat, maka akhirnya tak
ubahnya seperti api dalam sekam, yang lama kelamaan akan menimbulkan kebakaran
yang sangat besar. Dan penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya
dengan Tuhannya.
Penyakit rohani itu banyak macamnya. Dalam satu hadis di jelaskan Rasulullah
SAW sebagai berikut:

“Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat
bertanya: “Apakah pen yakit umat itu? Nabi menjawab:

“1. Kufur nikmat. 2. Sombong. 3. Tamak. 4. Berlumba-lumba. 5. Benci-membenci.
6. Dengki-mendengki sehingga melarnpaui batas (berlaku kejarn) dan kemudian
bunuh mernbunuh.”

(HR. Ibnu Abid Dunya).

Rasulullah menyebutkan penyakit itu dengan sebutan penyakit umat, sebab
sifatnya umum, berlaku kepada kaum perempuan dan kaum lelaki. Cuma penyakit itu
ada yang masih ringan dan ada pula yang sudah berat.

1. Kufur nikmat.

Kufur nikmat. Secara garis besarnya ada dua macam nikmat yang dikurniakan Allah
SWT kepada makhluk-Nya, terutama makhluk manusia. Pertama nikmat yang dibawa
sejak manusia lahir ke dunia, yang dapat disebut dengan nikmat fitri. Nikmat
itu ialah seluruh anggota jasmani yang menjadi alat hidup secara lengkap,
seperti: Kaki, tangan, perut, mata, hidung, tangan, telinga dan lain-lain.

Alat untuk hidup tersebut sangat mengagumkan, berfungsi melebihi mesin yang
sangat canggih yang ada di dunia ini, ianya dapat bergerak secara serentak dan
pada waktu yang sama. Sambil melihat, orang dapat bercakap, mendengar, mencium
berjalan dan lain-lain.

Kedua, nikmat yang sifatnya datang kemudian yang dikurniakan Allah dalam
perjalanan hidup manusia, seperti: tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan,
harta benda dan lain-lain.

Nikmat yang melimpah ruah itu tidaklah terbatas, seperti diterangkan oleh Allah
dalam firman-Nya.

Ertinya:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya tidak sanggup kamu
menghitung jumlahnya.”
(An-NahI: 18)

Apabila ada seseorang yang memberikan sesuatu kepada kita, maka hati nurani
kita sendiri akan mendesak untuk segera mengucapkan terima kasih kepada orang
yang berkenaan. Apa lagi terhadap Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat
yang tidak putusputusnya, sejak manusia ada dalam rahim ibunya sampai ia masuk
ke dalam lubang kubur.

Untuk menghindari penyakit kufur nikmat ini harus sentiasa bersyukur dengan
jalan berbakti kepada-Nya, mengerjakan suruhan-Nya dan menghentikan segala
larangan-Nya. Firman Allah:

Ertinya:

“Dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu men yembah.”
(An-Nahi: 114)

Orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah itu, lebih-lebih lagi yang
mempergunakan nikmat yang diterimanya untuk mendurhakai Allah, mengerjakan
perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, maka sikap yang demikian itu
di namakan kufur nikmat.

Akibat dan sikap kufur nikmat itu, pada suatu ketika nanti Allah akan
menimpakan bencana terhadap pelakunya, kadang-kadang dalam bentuk kesengsaraan,
mala petaka, selalu ditimpa penyakit dan sebagainya. Apalagi kalau yang kufur
nikmat itu banyak jumlahnya sampai satu negeri, maka kaum dan negeri tersebut
pada suatu ketika akan dihancurkan oleh Allah.

2. Sombong.

Penyakit sombong yang menimpa umat adalah:

suatu gejala emosi yang merasa din lebih dan orang lain, kerana seseorang itu
merasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan lain-lain. Malah kalau
sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu
akan menjadi takbur.

Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahupun
dalam perkataan. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dan manusia (kerana sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang sombong dan membangga- * ban ggakan din.”
(Luqman: 28)

“Dan sederhanakanlah kamu dalarn berjalan dan lembutkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”
(Luqman: 19)

Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan
timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya.

3. Tamak

Penyakit tamak ini ialah suatu sifat ingin menguasai atau mendapatkan bahagian
lebth banyak dan orang lain. Nama yang lain dan sifat tamak ini ialah loba atau
serakah.
Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan
hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta
benda dan kekayaan dengan sebanyakbanyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara
yang halal mahupun dengan cara yang haram, merampas hak orang lain, inerugikan
kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.

Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu
tak ubahnya seperti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin
di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Baharulah mereka akan
berhenti minum, kalau sudah mabuk atau tidak sedar din.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak
terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir
pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan
dan kemanusiaan.

Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan
batasan. laitu di bolehkan mengejar harta benda, tapi harus melalui jalanjalan
yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang
tertentu, maka harus dikeluarkan zakatnya, infak, sedekah dan lain-lain.


4. Berlumba-lumba.
Penyakit berlumba-lumba ini dapat juga dikatakan sebagai kelanjutan dan sifat
tamak. Jika berlumbalumba itu masih dalam batas-batas yang dibolehkan oleh
agama tidaklah mengapa, tetapi kalau berlumbalumba itu sudah sampai kepada
perkara saling buruk-memburukkan, jatuh-menjatuhkan, maka akan sampailah
manusia itu pada tingkat permusuhan.
Dalam pada itu, Islam memang menganjurkan supaya orang-orang berlumba-lumba
dalam segala bidang kehidupan, baik untuk kemajuan peribadi mahupun untuk
kemajuan bersama. Akan tetapi berlumbalumba yang dianjurkan oleh Islam adalah
berlumbalumba yang akan membawa kepada kebaikan.

5. Benci membenci.

Penyakit benci membenci ini adalah suatu sifat yang biasanya ada dalam
pergaulan masyarakat, penyakit ini jika di biarkan akan meningkat kepada
permusuhan. Sebab timbulnya sifat benci membenci itu kadangkala disebab oleh
masalah kecil, seperti kerana pembawaan seseorang, sikap, ucapan, tidak
bertimbang rasa dan sebagainya. Oleh kerana itu dalam pergaulan seharihan
hendaklah di jaga dan dipelihara sebab-sebab yang dapat menimbulkan perasaan
benci.
Biasanya kebencian itu tidak datang sepihak sahaja, tapi pada kedua belah
pihak. Umpamanya antara keluarga sesama keluarga atau antara tetangga sesama
tetangga. Apabila sifat ini sudah mulai dirasakan dalam hidup bertetangga, maka
hidup akan terasa seakanakan duduk di atas bara api.

6. Hasad.

Hasad adalah suatu sifat atau sikap dengki dan iri hati terhadap nikmat yang
diperoleh oleh orang lain.
Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat
tersebut hilang dan tangan orang yang berkenaan.

Pada hakikatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia hendaknya dapat pula
memperoleh nikmat seperti itu, tapi tidak ada kemampuan untuk mendapatkannya,
maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa
orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Qur’an:

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu
mendapat bencana, mereka bergembira kerananya.”
(A1-Imran: 120).

Akibat dan sifat hasad ini bukan sahaja merosak din orang lain, tetapi juga
akan merosak din sendiri. Oleh sebab itu, Allah SWT memerintahkan supaya
orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan selalu memohon
perlindungan din dan penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam
al-Qur’an:

“Dan aku berlindung kepada Tuhan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia
dengki.”
(A1-Falaq: 5)

Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan:
“Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak tenlepas daripadanya, iaitu:
Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan
keluar dan tiga perkara itu? laitu apabila engkau berburuk sangka, janganlah
engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan
apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti.”
(HR. Abu Daud).

Keenam sifat diatas itu, kebanyakannya terdapat pada kaum wanita, oleh kerana
itu, untuk menghilangkan sifat-sifat tersebut hendaknya selalu melakukan
musahadah (berjuang melawan hawa nafsu) serta hendaknya melatih din dalam
membiasakan mengerjakan amalan-amalan yang sifatnya untuk mendekatkan din
kepada Allah.

src : http://www.mail-archive.com/ahli_sunnah_vs_anti_hadith@yahoogroups.com/msg00649.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT