Perbezaan ‘khouf’, ‘khosy-yah’
EII, takutnya! Kita biasa mendengar ayat ini, sama ada dari mulut kanak-kanak atau orang dewasa. “Aku takutlah...nasib baik aku tidak terlibat, kalau tidak, tidak tahulah apa akan jadi.” Memang fitrah manusia ada perasaan takut, kerana takutlah manusia selamat daripada bahaya. Tidak berani berlumba haram, tidak berani ambil rasuah dan tidak berani menelan racun. Berani tidak bertempat mengakibatkan nyawa melayang, anggota badan jadi cacat, diri diseret ke penjara, maruah tercalar, malah macam-macam risiko dan derita. Berani kerana benar dan kerana betullah kita menikmati kejayaan. Berani melabur, berani mencuba, berani memimpin dan berani membangunkan negara menjadi maju. Takut adalah satu perasaan yang timbul kerana kesan dan akibat yang diketahui atau tidak, sama ada melalui pe ngalaman sendiri ataupun orang lain. Takut adalah lawan bagi perkataan ‘aman’, digunakan sama ada berkaitan hal ehwal duniawi atau ukhrawi. Apabila takut, perasaan menjadi bergetar , tak menentu gerakannya ata...