Posts
Showing posts with the label Mishary b. Rashid Al Afasy
MUQADDIMAH SURAH AL-FURQAAN
- Get link
- X
- Other Apps
By
@ayesha
-
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 77 ayat. Dinamakan surah "Al-Furqaan" (Al-Quran) kerana Allah Taala menerangkan tujuan diturunkan Al-Quran kepada hambanya Nabi Muhammad (s.a.w.) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi penduduk seluruh alam, sebagaimana yang tersebut pada ayat yang pertama. Intisari kandungannya: Menerangkan dalil-dalil tauhid yang membuktikan keesaan Allah Taala dan kekuasaanNya. Menerangkan kebenaran RasulNya dan kesesatan kaum kafir musyrik. Menegaskan bahawa orang yang bertuankan hawa nafsu, akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dengan tidak tersekat-sekat lagi, dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran. Kemudian Allah (s.w.t.) menujukan firmanNya kepada Nabi (s.a.w.), dengan menegaskan bahawa kalau la mahu mengutuskan kepada: penduduk tiap-tiap sebuah negeri seorang Rasul, tentulah la akan melakukannya dan akan ringanlah tugas Nabi Muhammad (s.a.w), tetapi la telah mengutus Baginda kepada seluruh penduduk dunia, lalu diperintahk...