Posts

Showing posts with the label ibu bapa

Mempersiapkan diri menghayati Ramadan

Oleh Nik Salida Suhaila Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terdekat kepada anak RAMADAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus. Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama. Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bert...

I LOVE YOU MOM

Image
My mom only had one eye. I hated her... She was such an embarrassment.. She cooked for students & teachers to support the family. There was this one day during elementary school where my mom came to Say hello to me. I was so embarrassed. How could she do this to me? I ignored her, threw her a hateful look and ran out. The next day at school one of my classmates said, "EEEE, your mom only has one eye!" I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear.. I confronted her that day and said, " If you're only gonna make me a Laughing stock, why don't you just die?" My mom did not respond.... I didn't even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feelings. I wanted out of that house, and have nothing to do with her. So I studied real hard, got a chance to go abroad to study. Then, I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life, my kids and ...

Doa untuk ibu dan bapa

Image
Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. Ibu kita mengandung selama 9 bulan kemudian melahirkan kita dengan resiko nyawa melayang. Ketika kita masih bayi tak berdaya, mereka beri kita minum dan makanan. Ketika kita buang air, tanpa jijik mereka membersihkan kita dengan penuh cinta. Kita diberi pakaian dan juga pendidikan. Segala-galanya diberikan. Adakah kita mampu membalasnya? Bahkan seandainya orang tua kita tak berdaya sehingga untuk buang air kita yang membersihkannya, itu tidak akan sama. Orang tua membersihkan kita dengan penuh cinta dan harapan agar kita selamat dan panjang umur. Sementara si anak ketika melakukan hal yang sama mungkin akan merengut dan bertanya bilakah "ujian" itu akan berakhir. Begitulah. Seperti kata pepatah, "Kasih anak sepanjang badan, kasih ibu sepanjang jalan" Tidak boleh dibandingkan. Oleh kerana itu hendaknya kita berbakti pada orang tua kita. Minimal kita mendoakan mereka: Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya...

Kepada yang masih ada ibu

Image
Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya… untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, Seketika ketidaksabaran ...

Sayangilah ibu anda sementara dia masih ada lagi

Image
Renungkanlah … Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku …ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!” Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dul...

WARKAH BUAT IBU...

Image
Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni..... mak macam dan sedia..... Seminggu sebelum tu..... mak dahmenganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelahmak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawarancangan radio tu siaran siam..... kengkadang siaran indonesia...mak terustekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tudi gunakan untuk mengiringimak ke kuburan... Pastu mak sapu sampah sekeliling rumahbersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet...

Derhaka kepada ibu bapa punca hidup berkemelut

Syurga Di Telapak Kaki Ibu - Aishah Oleh Lokman Ismail ISLAM meletakkan kewajipan terhadap setiap anak agar mentaati ibu dan bapa. Perintah itu bukan setakat meletakkan seseorang anak melakukan kebaikan, tetapi sebagai bukti keimanan dan ketakwaan. AdRevolver Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15) Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36) Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi. Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghor...

Bakti anak soleh

Image
“DAN di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (ar-Ruum:21) Manusia dijadikan berpasangan, ada perempuan dan lelaki, masing-masing saling berkeinginan antara satu sama lain kerana melalui fitrah ini dapat meneruskan kesinambungan keturunan manusia, sekali gus membawa kemakmuran se jagat. Tetapi, kehidupan berpasangan tanpa aturan akan me nimbulkan kepincangan. Kerana itu, manusia perlu melalui ikatan perkahwinan yang sah mengikut syariat bagi me mastikan hubungan berpasangan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya kebahagiaan yang dicari ber kekalan. Bagi suami, sebagai nakhoda keluarga tentu tanggung jawabnya amat berat, lebih-lebih lagi berde...

Bagaimana Isi Hati Ibu Ayah Kita?

Image
asalamualaikum Saya tertarik dgn tulisan saudara. Saya adalah salah seorang perantau yg merantau di luar negara utk mencari rezeki. Hasil dari titik peluh saya ini mampu saya menghantar ibubapa saya mengerjakan haji. Kalau ditunggu pemberian dari anak2 yang lain mereka semua lepas tangan pentingkan keluarga sendiri. Saya masih bujang dan belum bekeluarga. Hasil rezeki yang diperolehi saya gunakan untuk membantu adik beradik dan anak2 buah saya melajutkan pelajaran dan memberikan kelesaan dan kemewahan pada keluarga. Tahun demi tahun sudah 17 tahun saya berada diluar negara. Saya pulang ketanah air setahun sekali. Kepulangan saya dianggap beban kerana umur saya yang dah lanjut dan masih bujang memberi aib dan beban kepada keluarga. Saya kecewa dgn sikap keluarga saya dan berazam akan terus menetap diluar negara krn keluarga saya malu untuk menerima saya yang dah dianggap anak dara tua. Malu pada jiran2 dan masyarakat sekeliling. Sayakah yang bersalah. Saya dah berkorban untuk keluarg...

Pengorbanan Seorang Ibu...

Image
Baca dengan nada penghayatan... Coretan Pengorbanan seorang ibu.... Orang kata aku lahir dari perut mak.. Bila dahaga, yang susukan aku.. mak Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. mak Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak Bila nak bermanja... aku dekati mak Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak Bila nakal, yang memarahi aku... mak Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak Bila takut... yang tenangkan aku.. mak Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak Aku selalu teringatkan ..mak Bila sedih, aku mesti talipon... Mak Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak Bila bengang.. aku suka luah pada ..Mak Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah ..Mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga M...

Sembahlah Allah dan jauhi sifat sombong

DAN hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaaʼ: 36) Huraian Dalam ayat ini termaktub perintah untuk beribadat kepada Allah dan melarang beribadat selain daripada Allah sama ada benda, manusia, haiwan, malaikat atau pun syaitan. Kemudian suruhan agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa secara khusus dan juga agar berbuat baik kepada kaum keluarga secara umum. Galakan berbuat baik kepada ibu bapa kerana fitrah manusia mudah lupa kepada orang yang banyak berjasa, memelihara dan mendidiknya sedari kecil. Apabila mereka telah uzur mereka sangat memerlukan pembelaan dan jagaan an...

Ditipu ilmu dan amal sendiri

"Engkau ingin mengenal Allah?" Aku mengangguk. "Perbanyakkan membuat ihsan!" Aku tidak mengerti kata-kata itu sepenuhnya. Menurut pengertianku, kata-kata itu dimaksudkan untuk banyak membantu sesama makhluk. Sekian lama aku mencarimu ya Rabb, namun tidak aku temui. Aku sangka aku telah menemuiMu di puncak gunung Stong. Aku sangka aku telah menemuiMu di sisi amal-amal kebajikan yang telah aku kerjakan terhadap manusia. Aku sangka aku telah menemuiMu dalam ilmu yang aku pelajari. Namun jiwa ini tetap belum mencapai martabat muthmainnah yang telah Engkau khabarkan di dalam Kalam-Mu. Jiwa ini gelap. Jiwa ini kosong. Mengapa? Ternyata ada kesilapanku dalam mentafsirkan kata-kata yang menggalakkan jiwa ini berbuat ihsan! Wahai jiwa! Engkau sangka dirimu banyak membuat kebajikan demi mencari keredhaan Allah! Engkau sibuk dalam aktiviti-aktiviti Persatuan Islam. Engkau sibuk memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar madrasah. Engkau sibuk memberi pertolongan kepada rakan-r...