4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


“DAN di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir. (ar-Ruum:21)

Manusia dijadikan berpasangan, ada perempuan dan lelaki, masing-masing saling berkeinginan antara satu sama lain kerana melalui fitrah ini dapat meneruskan kesinambungan keturunan manusia, sekali gus membawa kemakmuran se jagat.

Tetapi, kehidupan berpasangan tanpa aturan akan me nimbulkan kepincangan. Kerana itu, manusia perlu melalui ikatan perkahwinan yang sah mengikut syariat bagi me mastikan hubungan berpasangan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang.

Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya kebahagiaan yang dicari ber kekalan.

Bagi suami, sebagai nakhoda keluarga tentu tanggung jawabnya amat berat, lebih-lebih lagi berdepan dengan pel bagai rintangan.

Sementara isteri, kena tahu peranannya di sisi suami seperti mentaati suami, memelihara maruah diri dan suami kerana jika gagal akan mengundang keretakan rumah tangga.

“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang mem biakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisa’:1)

Tetapi apabila berkahwin, kesibukan dengan kerenah anak-anak, kadangkala membuatkan pasangan terbabit lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa.

Apakah apabila mempunyai rumah tangga sendiri, mereka boleh bersikap lepas tangan terhadap ibu bapa?

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Ke manusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata anak dan menantu perlu menyedari bahawa di antara asas utama Islam ialah suruhan Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa sama ada Islam atau bukan Islam.

“Berbuat baik kepada ibu bapa menjadi kewajipan kepada anak-anak sepanjang masa selain menjaga mereka sepe nuhnya apabila tua,” katanya.

Islam menitikberatkan supaya memberi perhatian kepada ibu sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, yang bermak sud:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada

keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka per kataan yang mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

“Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.” (al-Isra':23-25)

Beliau menegaskan, setiap suami dan isteri yang mempunyai ibu bapa mesti menunaikan suruhan Allah untuk berbuat baik kepada ibu bapa.

“Ia adalah nilai akhlak terbaik yang akan dicontohi oleh anak. Anak akan mendapat contoh yang baik daripada ibu bapa.

“Kita hendaklah memberikan contoh ini kepada anak-anak agar apabila mereka dewasa, mereka akan berbuat perkara yang sama kepada kita nanti.

“Kepada anak-anak, berbuat baiklah kepada ibu bapa se mentara mereka masih hidup dan jangan pula apabila mereka sudah meninggal baru hendak berbuat sedemikian,” ka tanya.

Bagi sesetengah pasangan, terutama yang baru berkahwin, ibu lelaki mungkin berfikiran yang menantu perempuannya cuba merampas hak eksklusif daripada anak lelakinya, ma nakala isteri pula mungkin berfikiran yang ibu mentuanya terlalu sayang terhadap suaminya.

Jika situasi ini berlaku pasti hubungan di antara anak menantu dan mentua wujud masalah, malah menimbul bibit pertikaian dalam banyak hal. bagaimana pula peranan se orang suami dalam mewujudkan keseimbangan perhatian dan kasih sayang di antara ibu dan isterinya?

Cendekiawan terkenal al-Azhar, Sheikh Abdul Majeed Subh, berkata suami sepatutnya berusaha mewujudkan keseim bangan dalam mengekal hubungan (harmoni) di antara kedua-dua pihak, isteri dan ibu dengan baik.

“Ibu sepatutnya diberikan layanan baik dan isteri diberikan penghormatan. Suami isteri patut mempunyai rumah sendiri jika berkongsi rumah, mungkin menyebabkan perselisihan di antara isteri dan ibu,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak pertikaian, suami sepatutnya menasihati isteri memberikan layanan baik kepada ibunya, walaupun ibunya tidak berpuas hati dengan menantunya itu.

Beliau berkata, suami patut menunjukkan contoh baik. Jika semua usaha gagal atau seorang daripada mereka tidak mesra dengan isteri, anak lelaki itu itu sepatutnya setia dan berbuat baik kepada ibu bapanya,.

“Dan, jika mereka mendesakmu supaya engkau mem persekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak me ngetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku. Kemudian kepada Akulah tempat kem bali kamu, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Luqman: 15)

src : http://www.hmetro.com.my/ (AdDin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites