Posts

Showing posts with the label doa

Doa Selepas Solat 1

Image

Dua for Palestine

O Allah, we want Your help against them and seek Your protection against their atrocities. Oh Allah! Revealer of The Book, Controller and Dominator of the clouds, Defeater of the armies of Your enemies…defeat them and make the ground shake beneath their feet, and show us in them the wonders of Your Might, for they are weak before You, O Mighty, O Powerful. O Allaah, You are our Helper, and You are our Victor, and You are sufficient for us, and the best guardian. O Allaah, break free the shackles of our prisoners and the prisoners of the Muslims, O Allaah, break free the shackles of our prisoners and the prisoners of the Muslims, O Allaah, break free the shackles of our prisoners and the prisoners of the Muslims, and return them safely to their families. O Allaah, they are in urgent need of Your Mercies, O Allaah, they are in urgent need of Your Mercies, O Allaah, they are in urgent need of Your Mercies, so send upon them Your Mercies O Rahmaan, O Raheem, so send upon them Your Mercies ...

Kembali pada Mu…

Image
Kembali pada Mu… Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati... Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi... Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi... Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.. Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikanny...

Mengapa kita disuruh berdoa?

Image
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim] Sebaik-baik doa yang perlu engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa yang Allah perintahkan kepadamu. (Ibnu Athaillah) Doa yang perlu dipohonkan pada Allah adalah supaya minta di- kuatkan iman, diberi ketaatan pada semua perintah dan larangan, serta istigamah dalam pengabdian. Dan juga untuk meminta rahmat dan redha Allah. Inilah cita-cita tertinggi yang perlu dimiliki seorang Muslim. Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersama rezeki yang Allah curahkan kepada kita jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersama kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Cuma kerana, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyadari besarnya kurnia tersebut. Saat ki...

Jangan Jadikan Allah Taala Keperluan Bermusim

Image
Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah Taala, segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada kerana Allah Taala mengadakan. Kalau Dia tidak mengadakan, segala-galanya termasuk kita pasti tiada. Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi bukan sia-sia. Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersendiri. Malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan siste...

Doa Menghadapi Tekanan

Image
اللهُمَّ إِنِّي أَشْكُوْ إِلَيْكَ ضَعْفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيْلَتِي وَهَوَانِي عَلَى النَّاسِ Ya Allah! Sesungguhya daku mengadu padamu akan kelemahan upayaku, kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia يَا رَبَّ العَالَمَيْنَ ، أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ ،وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ ، وَأَنْتَ رَبِّي Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah, Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku إِلَى مَنْ تَكِلُنِي ، إِلَى بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِي ؟ Kepada siapa Engkau serahkan aku, di kejauhan aku disisihkanatau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya untuk menggagalkan urusanku? إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلا َ أُبَالِي ،غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعُ لِي Tidaklah mengapa jika Engkau tidak murka padaku,tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ ،وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الُّدُنْيَا وَالآخِرَةِ Aku mohon be...

Doa Khatam Quran - Mustika

Image
Doa Khatam Quran - Mustika Allahummarhamni Bil Quran Waj’alhu lii Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah Allahumma Dzakkirni Minhu maa Nasiitu Wa’allimni Minhu maa Jahiiltu Warzuqnii Tilaawatahu Aana Al Laili Wa Aana An Nahaari Waj’alhu lii Hujjatan Yaa Rabbal ‘Alamin Ya Allah Kasih Sayangilah daku dengan sebab AlQuran ini Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai pemimpin sebagai cahaya sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran yang telah Kau jelaskan dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui Dan karuniailah daku selalu sempat membaca AlQuran pada malam dan siang hari Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai hujjah bagiku Ya Allah Tuhan semesta alam "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa orang yg berdoa apabila dia berdoa kpdKu, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu, dan hendaklan mereka beriman kpdKu, agar mereka selalu dalam kebenaran." [Al...

Doa khatam al-Quran

Dimulai dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya. Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam. Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap ke...

Dua for Muslims in Palestine, Afghanistan, Iraq, Chechnya etc

Image
Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni... keep on fowarding to ur friend insyallah aminkan doa kita ini. we make a doa' for our suffering Muslims ummah in Palestine , Afghanistan , Iraq , Chechnya, Kashmir and anywhere else around the globe. If each of us makes a doa' and send this friendly reminder to other muslims, just imagine how much good deed we will receive (without realising so). "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka... src : fwd msg

Sembilan petua doa dimakbul

Image
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab. 1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak." 2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. 3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka." 4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu." 5. Hadis Abu ...

Cara elak mengantuk ketika memandu

Image
Kebanyakan kita, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi... "LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..." (maknanya : [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR") Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUH...

Ayat 129, surah al-Taubah - Doa mohon dicukupkan keperluan

Image
Menurut Ibnu Abi Hatim, perkataan Arasy dalam al-Quran merujuk kepada tempat yang tinggi dijadikan Allah. (Tafsir Ibnu Abi Hatim, tafsir ayat 129, surah al-Taubah) Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW sering berdoa menyeru Allah yang memiliki Arasy yang hebat ketika menghadapi keadaan kritikal. Abu Daud dan Ibnu al-Sunni meriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. secara mauquf bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membacakan ayat ini pada waktu pagi dan petang, sebanyak tujuh kali, maka Allah SWT akan mencukupkan semua urusan dunia dan akhiratnya.” (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 129 surah al-Taubah) Khasiat dan Kaifiat Beramal Amalan membaca ayat ini sudah lama dipraktikkan dalam masyarakat Melayu. Mudah-mudahan kita dapat mengamalkan ayat yang pendek ini untuk mendapat keselamatan daripada Allah SWT. src : http://intim.wordpress.com/

Besarnya Fadhilat Doa Haikal

Image
this article is copied from : http://kitalah.forumotion.com/islam-f6/besarnye-fadhilat-doa-haikal-t708.htm Assalamualaikum w.b.t, Semoga sidang pembaca dirahmati Allah s.w.t. Tentu saudara sidang pembaca pernah mendengar sebuah doa yang dikenali dengan nama Doa Haikal. Doa Haikal itu sebenarnya sejenis doa yang menggabungkan beberapa ayat-ayat daripada Al-Quran seperti di bawah; Haikal Pertama : Ayatul Kursi Haikal Kedua : Ali Imraan Ayat 35 dan Al Israa' Ayat 77-80 Haikal Ketiga : Al Baqarah Ayat 285 - 286 Haikal keempat : Al Israa Ayat 81-85 Haikal kelima : Al Fath Ayat 27 Haikal keenam : Al Jin Ayat 1-4 Haikal ketujuh : Al Kalam Ayat 51-52 Ketujuh-tujuh ayat Al-Quran itu dimulakan dengan frasa: U'iidzu nafsi bilaahil'aliyil 'azhim yang bermaksud 'Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Mahabesar. Mengikut versi yang saya pelajari, ada penambahan dua doa haikal lagi sehingga menjadikannya 9 kesemuanya. Penambahan itu ialah; Haikal Kelapan : Surah...

Luruskan Hatiku

Image
Ya ALLAH... dengan berkat NabiMu dan berkat guruku luruskanlah hatiku agar agamaku lurus betulkanlah hatiku agar aku ikhlas selalu tetapkanlah hatiku agar aku tidak tergugat dengan ujian yang menimpa Ya ALLAH... Tuhan yang mencipta hati bersihkanlah hatiku agar mazmummahku tidak merosakkan agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain Wahai TUHAN... yang membolak-balikkan hati kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak berubah supaya aku sentiasa tabah TUHAN... ENGKAU tetapkanlah imanku agar sentiasa mengingatiMU supaya aku sentiasa tenang kerana ENGKAU melindungiku di dalam hidupku Ya Allah... kuatkanlah imanku agar aku merasa malu menderhaka padaMU dengan melanggar perintahMU kuatkan aku agar sentiasa siap sedia melaksanakan perintahMU Ya Allah... Tuhan yang menjaga hati baikilah hatiku jauhkan lah hatiku dari segala penyakit hati agar seluruh hidupku menjadi baik supaya tidak khianat dan tidak berhasad juga tidak berdendam sesama manusia TUHAN... tumpahkanlah ke dalam hatiku ...

Kehebatan Do'a

Image
Do'a yang dikabulkan Ada tiga do'a yang dikabulkan dengan tidak ada keraguan lagi; 1. Do'a orang tua untuk anaknya 2. Do'a orang musafir 3. Do'a orang yang dianiaya Do'a orang teraniaya Diriwayatkan dari Nabi Saw. "Takutlah kamu kepada do'a orang yang dianiaya, karena sesungguhnya tidak ada penghalang antara do'a orang yang dianiaya dengan Allah Swt. Sebab do’a tidak diterima Ibrahim bin Adham ditanya, kenapa kami berdo'a tapi do'a kami belum diijabah oleh Allah Swt. Beliau menjawab ada 5 hal yang menyebabkan hal itu terjadi; 1. Kamu mengenal Allah namun tidak melaksanakan kewajiban kepada Nya. 2. Kamu membaca Al Qur'an namun tidak mengamalkan isinya. 3. Kamu berkata 'cinta kepada Rasulullah' namun meninggalkan sunnahnya. 4. Kamu berkata 'mengutuk syetan' namun mengikuti langkahnya. 5. Kamu melupakan aibmu namun menyibukkan diri dengan aib orang lain. Kekuatan Do’a * Do'a adalah sebab dan f...

Doa Yaasin dan Terjemahan

Image
* Click to enlarge the images. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Amin. src : forum.jiwang.org/ (edited here n there by me)

Doa-doa yang Makbul

Image
Doa-doa Yang Makbul: 1. Orang yang terdesak. 2. Orang yang teraniaya/dizalimi. 3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. 4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim. Tanda-tanda Doa Yang Makbul: 1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 2. Menangis tatkala berdoa. 3. Terasa menggeletar. Cara-cara Berdoa: 1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa". 2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka. 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, ist...

Bersolat, doa boleh atasi masalah tekanan

APABILA berdepan dengan masalah, lazimnya diri di selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi me ringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui: 1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la ranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan ber sabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Luqman:17) 2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang dike...

Doa (Akademi Islam Kota Bharu)

DOA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ MUHAMAD MUSTAFA DARI AKADEMI ISLAM KOTA BHARU(DARI BUKU AMALAN SEPANJANG HAYAT) Baca bismillah dan pembuka doa Baca : Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.w. dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah s.a.w. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka. Bacalah - Lahaulawala quwataillabillahia'liyilazim Ya Allah Ya Tuhan kami, engaku sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, ber...

Ibadat solat dikira doa

SAIDINA Umar r.a berkata, dalam kitab al-Muwatta', sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya, bererti dia memelihara agamanya dan mereka yang mensia-sia kannya, dia akan mensia-siakan kewajipan lain dalam aga ma. Menurut Sidi Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar kemuliaan, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.” Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab, maksudnya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.” Ibadat solat suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda dalam hadis bermaksud: “Sehampir-hampir se seorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud.” Solat dari segi bahasa ialah doa, istilahnya ialah ibadat yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dalam solat terhimpun berbagai-bagai jenis ibad...