Doa (Akademi Islam Kota Bharu)

DOA YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ HJ MUHAMAD MUSTAFA DARI AKADEMI ISLAM KOTA BHARU(DARI BUKU AMALAN SEPANJANG HAYAT)

Baca bismillah dan pembuka doa

Baca :

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maaflah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa keseluruh umat Islam yang telah mati dan yang masih hidup.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.w. dan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah s.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.

Bacalah - Lahaulawala quwataillabillahia'liyilazim

Ya Allah Ya Tuhan kami, engaku sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal, hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami pohonkan kepada engkau iman yang sempurna, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku di hati kami, hidupkan hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkan hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.

Bacalah - Lahaulawala quwataillabillahia'liyilazim

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang senantiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan kerajaan engkau dan masa depan kami diakhirat nanti.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambamu yang mengabdi diri kepada engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kami kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat lakukan segala yang diperintah oleh engkau dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini hati yang senantiasa menyedari masa depan kami diakhirat nanti dan jadikanlah kami hamba Mu yang senantiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkan iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas terakhir.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar, selamatkan kami Ya Allah semasa berada di Mahsyar dan masukkan kami kedalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan Arsy Engkau.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami ya Allah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syufaat nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hamba mu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami Al Kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.

Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam syurga engkau bersama-sama dengan
orang yang memasuki ke dalamnya.

Bacalah - Lahaulawala quwataillabillahia'liyilazim

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Bacalah - Robbana atina...... sampai habis

Dan Doa Penutup.

Amin.

src : http://groups.yahoo.com/group/Iqrak/message/304

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah