Orang Mukmin Yang Baik Itu Unik

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa Unik dan berbeda sangat dengan manusia yang lain Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya Berhadapan dengan ujian dia tenang Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah Walau di dalam keadaan susah dan senang Bermesra dengan orang Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya Merendah diri adalah budaya hidupnya Setiap orang yang meminta pertolongan jarang tidak ditunaikannya Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya Nampak sangat bahawa Tu...