Posts

Showing posts with the label syaitan

Maksud Syaitan Dirantai dan Dibelenggu Dalam Bulan Ramadhan

Image
Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda: Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa ya...

Was-was bisikan syaitan seru kejahatan

MENURUT Yahya bin Muaz ar-Razi, syaitan tidak bekerja, sedangkan manusia sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Malah, syaitan sentiasa melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Manusia juga selalu lalai dan lupa perangkap syaitan, tetapi ia tidak melupakan manusia. Imam al-Ghazali menjelaskan tiga cara dicadangkan bagi memerangi serangan syaitan, iaitu: # Mempelajari taktik tipu daya syaitan atau strategi serangannya. # Tidak memberi perhatian atau layanan kepada hasutan syaitan. Anggap hasutan dan seruan syaitan itu seperti salakan anjing. Anjing kian garang dan galak menyalak apabila ia diberi perhatian atau maklum balas, sebaliknya ia lebih cepat memberhentikan salakan apabila kita tidak menghiraukan nya. # Lidah dan hati sentiasa menyebut Allah. Bagi mempelajari taktik dan tipu daya syaitan, kita hen daklah memahami dan mengenal pasti perbezaan antara was-was, ilham, bisikan hati dan seruan nafsu daripada sifat semula jadi kejadian manusia. Was-was adalah an...

Ulasan Buku: Paparan lengkap rahsia kehidupan syaitan

Tajuk: Syaitan Musuh Kita Penulis: Badrulhisham Shaari dan Zakaria Sungib Tebal: 110 halaman Harga: RM21.90 Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd Cetakan Pertama: April 2008 KEWUJUDANNYA dikatakan dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Satu ketika diberikan kedudukan, tetapi apabila diciptakan Nabi Adam a.s, ia menjadi makhluk yang bongkak dan derhaka, lalu disisihkan dari sisi Allah. Itulah iblis, kerana dengki dan jahatnya, tidak sudah-sudah mahu menyesatkan umat manusia. Ada saja tipu dayanya terhadap manusia, supaya sama-sama dimurkai Tuhan. Buku ini memaparkan fakta dan riwayat hidup makhluk terlaknat itu yang diberi 'lesen besar' untuk menyesatkan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat. Menariknya, buku ini bukan saja memaparkan gaya penyampaian yang begitu santai dan ringkas, malah keseluruhan buku dihiasi ilustrasi memikat dan gambar foto yang relevan. Penampilannya dalam warna-warni, dengan jenis kertas yang berkualiti. Inilah satu-satunya buku yang membo...