Ulasan Buku: Paparan lengkap rahsia kehidupan syaitan
Tajuk: Syaitan Musuh Kita
Penulis: Badrulhisham Shaari dan Zakaria Sungib
Tebal: 110 halaman
Harga: RM21.90
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Cetakan Pertama: April 2008
KEWUJUDANNYA dikatakan dua ribu tahun sebelum Allah mencipta manusia. Satu ketika diberikan kedudukan, tetapi apabila diciptakan Nabi Adam a.s, ia menjadi makhluk yang bongkak dan derhaka, lalu disisihkan dari sisi Allah.
Itulah iblis, kerana dengki dan jahatnya, tidak sudah-sudah mahu menyesatkan umat manusia. Ada saja tipu dayanya terhadap manusia, supaya sama-sama dimurkai Tuhan.
Buku ini memaparkan fakta dan riwayat hidup makhluk terlaknat itu yang diberi 'lesen besar' untuk menyesatkan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat.
Menariknya, buku ini bukan saja memaparkan gaya penyampaian yang begitu santai dan ringkas, malah keseluruhan buku dihiasi ilustrasi memikat dan gambar foto yang relevan.
Penampilannya dalam warna-warni, dengan jenis kertas yang berkualiti. Inilah satu-satunya buku yang membongkarkan rahsia kehidupan syaitan, dipersembahkan dengan lakaran karikatur dan ilustrasi menarik, namun ia berdasarkan imaginasi pelukis semata-mata.
Melihat pada senarai bahan rujukannya, buku ini mengandungi fakta, maklumat dan tip daripada sumber yang autentik.
Ini bermakna, fakta yang dimuatkan adalah ilmiah dan boleh dipertanggungjawabkan. Satu sumber rujukannya ialah tulisan Datuk Dr Amran Kasimin, seorang penulis cukup dikenali dengan penulisan berkaitan alam jin dan syaitan.
Malah, Dr Amran menulis kata pengantar untuk buku ini, turut menyemak dan memperbetulkan isi kandungannya.
Melalui buku ini, kisah iblis dan syaitan dibongkar, membolehkan pembaca mengetahui persoalan berkaitan makhluk terkutuk itu.
Pembaca dapat mengetahui perbezaan antara iblis dan syaitan, kaitan syaitan dan jin, asal usulnya, kegemaran syaitan, sekutu iblis dan perilaku syaitan, baik tidur, makan minum, kegemaran dan modus operandi mereka.
Buku ini bukan saja mengajak pembaca membongkar kehidupan syaitan dan iblis, malah memberikan kekuatan motivasi untuk menentang kedurjanaan makhluk terbabit, sekali gus tidak mengikut telunjuk mereka melalui kisah yang dimuatkan.
Misalnya, dalam kisah kegagalan syaitan memperdayakan Syeikh Abdul Kadir Jailani, dengan suara penyamaran sebagai Tuhan dan pujian terhadap keilmuan tokoh terbabit.
Kisah seperti itu sudah pasti memberikan kekuatan semangat, keyakinan diri dan panduan berguna kepada pembaca untuk menghindari diri daripada terperangkap dengan tipu daya makhluk dilaknat Tuhan.
src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)

Comments