Posts

Showing posts with the label surah Al-Ikhlas

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... Bismilla hirrahmannirrahim' Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang...