Bahagian 2 - Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Menurut Imam Ahmad
http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com Dari imam Ahmad bin Hanbal (katanya): Dasar ahlus sunnah menurut kami adalah, ke-3 – Meninggalkan bid’ah-bid’ah. (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, Prinsip ke-3) Penjelasan/Syarah: Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu dan Janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin seIain-Nya.” (Surah al-A’raaf, 7: 3) Dan Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam bersabda: “Berwaspadalah kamu terhadap perkara-perkara baru (dalam agama), kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid’ah.” Dalam sabdanya yang lain pula: “Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami perkara baru yang bukan darinya maka perkara itu tertolak.” (Hadis Riwayat Bukhari, no.2697 dan Muslim no. 1718 dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu) Ibnu Mas’oud berkata: “Janganlah kamu melakukan bid’ah dan berlebih-lebihan dalam beragama. Wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan perkara agama yang dahulu kala (ajaran Rasulullah ya...