Posts

Showing posts with the label tekanan

Bagaimana Menghadapi Tension: Tegangan dan Tekanan

Image
Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa. Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah: 1. Mengenali diri ki...

Bersolat, doa boleh atasi masalah tekanan

APABILA berdepan dengan masalah, lazimnya diri di selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi me ringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui: 1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la ranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan ber sabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Luqman:17) 2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang dike...