Posts

Showing posts with the label sedekah

Keajaiban Sedekah Subuh.. Amalkan Setiap Hari Pasti Ada Ganjaran Rezeki Yang Tak Disangka

Image
AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan. Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak. Kerana itulah Allah di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlunya orang-orang yang berkemampuan menghulurkan bantuan atau sedekah kepada golongan kurang berkemampuan. Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian. Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah sedekah subuh. Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan. Untuk itu, mari kita cuba formula yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkifli ini. FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH 1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi. 2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan ...

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Image
Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa. Bahawa hadis Nabi menyebut: "Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga." Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya." Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir. Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang sosial, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan a...

Rezeki Allah

Image
Aku cuma nak kongsi cerita.. Alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai-pandai lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal.... RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak habis untuk 1 hari setengah... nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mau biasakan diri berhutang dan tak mau susahkan depa... so, aku pun pegi la bank BCB utk kuar duit seadanya... Tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu.... so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya... pun...

Rezeki melimpah ketika Ramadan

Image
More AIDILFITRI graphics JAM menunjukkan 6 petang di Kaherah dan setiap orang bergegas pulang berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga, menikmati hidangan enak selepas seharian menahan lapar dan dahaga di bulan yang mulia ini. Suasana di jalanan riuh rendah dengan bunyi hon kereta dan deruman motosikal berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing sebelum azan solat Maghrib bergema dari menara tinggi di ibu kota Mesir itu. Begitupun, suara qari mengalunkan ayat suci al-Quran menjelang Maghrib turut mengambil tempat dan setiap orang di jalanan mendengarnya, sama ada melalui pembesar suara atau radio, sekali gus dapat mengingatkan mereka puasa makin hampir berakhir. Di tengah kota Kaherah, terdapat sebuah pasar at-Tawfikkia di sebatang jalan, menjadi tumpuan orang ramai - tersedia meja dengan pinggan mangkuk berwarna warni tersusun bersama hidangan yang akan membuka selera orang berpuasa. Meja terbabit disediakan untuk kemudahan orang miskin dan kaya. Sesetengah mereka yang sudah ...