Rezeki melimpah ketika Ramadan

More AIDILFITRI graphics
JAM menunjukkan 6 petang di Kaherah dan setiap orang bergegas pulang berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga, menikmati hidangan enak selepas seharian menahan lapar dan dahaga di bulan yang mulia ini.

Suasana di jalanan riuh rendah dengan bunyi hon kereta dan deruman motosikal berlumba-lumba menuju ke destinasi masing-masing sebelum azan solat Maghrib bergema dari menara tinggi di ibu kota Mesir itu.

Begitupun, suara qari mengalunkan ayat suci al-Quran menjelang Maghrib turut mengambil tempat dan setiap orang di jalanan mendengarnya, sama ada melalui pembesar suara atau radio, sekali gus dapat mengingatkan mereka puasa makin hampir berakhir.

Di tengah kota Kaherah, terdapat sebuah pasar at-Tawfikkia di sebatang jalan, menjadi tumpuan orang ramai - tersedia meja dengan pinggan mangkuk berwarna warni tersusun bersama hidangan yang akan membuka selera orang berpuasa.

Meja terbabit disediakan untuk kemudahan orang miskin dan kaya. Sesetengah mereka yang sudah mendapat tempat duduk sabar menunggu waktu azan Maghrib dikumandangkan, sambil menggosok-gosok bahu.

Di penjuru jalan, beberapa lelaki berdiri, menjemput orang yang lalu lalang ke meja disediakan, menggunakan pelbagai cara mengajak dan menarik mereka.

“Datanglah berkongsi makanan dengan kami. Di sini atau di rumah, semuanya sama saja.”

Amalan kebajikan satu amalan biasa bagi masyarakat muslim Mesir, malah pada Ramadan ia suatu senario yang sangat menonjol bagi setiap orang di negara Arab Muslim itu.

Pada bulan yang mulia dalam kalendar Islam ini, kebanyakan jalan di Mesir menjadi medan selera terbuka, di mana setiap orang berpeluang mendapatkan makanan dan minuman menghilangkan lapar dan dahaga selepas seharian berpuasa.

“Kami menyediakan meja ini ikhlas kerana Tuhan,” kata penaja meja terbabit, sambil mendesak supaya namanya tidak digunakan.

“Ramadan waktu bagi kami bersyukur kepada Yang Maha Agung sebagai satu terma amalan,” katanya.

Pada Ramadan, orang Islam kecuali yang sakit dan musafir menahan diri daripada makan, minum, merokok dan hubungan seksual, bermula dari fajar hingga matahari terbenam.

Muslim memperuntukkan masa mereka sepanjang bulan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai ibadat, seperti solat dan membaca al-Quran, menahan diri daripada menuruti nafsu dan mempamerkan akhlak baik lagi terpuji.

Kitaran hidup harian masyarakat Islam Mesir, seperti juga orang Islam di seluruh dunia, puasa mereka dari fajar hingga matahari terbenam berlegar dengan pemupukan dan penekanan kuat terhadap spritual diri dan kemurahan hati sepanjang Ramadan.

Setiap muslim mendapat motivasi sepanjang bulan yang mulia ini memperteguhkan lagi kepercayaan mereka pada agama.

Meja disediakan atas dasar kebajikan dan belas ihsan di Mesir terdapat di mana-mana sepanjang Ramadan, menunjukkan muslim di negara terbabit bertambah faham terhadap ajaran agama mereka.

“Ini satu daripada aspek terbesar pada bulan puasa di negara ini,” kata Hajji Ramadan Mukhtar, yang duduk bersama yang lain di sebuah meja.

“Saya harap Ramadan menjadi 365 hari, bukan hanya 30 hari,” katanya.

Walaupun meja terbabit memberikan kemudahan kepada golongan miskin, masih terdapat polemik mengenainya, kerana ada yang berpendapat pemberian sumbangan secara terus kepada golongan yang memerlukan lebih baik.

Baru-baru ini, sekumpulan ulama menyatakan suara menentang penyediaan meja terbabit, kerana ia membabitkan golongan yang miskin dan kaya.

“Meja ini tidak perlu,” kata seorang ulama terkemuka di Mesir, Sheikh Youssef el-Badri.

“Meja ini membabitkan semua orang, kerana itu mereka tidak membantu golongan miskin dengan lebih baik,” katanya.

>Info

MESIR di utara benua Afrika itu yang bersempadan dengan Laut Mediterranean, Semenanjung Gaza dan Israel, Laut Merah, Sudan dan Libya mempunyai kira-kira 81 juta penduduk dan menurut Bank Dunia, 30 peratus daripadanya di bawah garis kemiskinan.

Bantahan terhadap penyediaan meja kebajikan dibangkitkan untuk menentukan kaedah terbaik menyalurkan sumbangan kepada golongan miskin di Mesir.

Menurut laporan kerajaan baru-baru ini, inflasi mencecah 26 peratus. Ini melonjakkan harga barang makanan dan boleh mencetuskan bantahan di seluruh negara.

Sepatutnya, kerajaan mendaftarkan golongan yang sangat memerlukan bantuan.

Apabila orang miskin didaftarkan, wang dibelanjakan untuk meja seperti ini dapat disalurkan terus kepada mereka, sama ada dalam bentuk makanan atau wang.

src : http://www.hmetro.com.my/ (AdDin)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah