Kebersihan itu sebahagian daripada iman

Ogos 12, 2008 — abyelsyam Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.” Riwayat al-lmam Muslim. Pokok Perbincangan Hadis : 1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’) a) pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman. b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’. c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki iman itu ialah solat. d) yang d...