Posts

Showing posts with the label tomboy

KAHWIN SESAMA JANTINA - Di Mana Letaknya Kemuliaan Hidup Manusia?

Image
Berita perkahwinan Jessie Chung telah menggemparkan orang ramai. Beliau yang dilahirkan sebagai seorang lelaki telah menjalani pembedahan menukar jantina dua tahun lalu dan melangsungkan perkahwinannya di Kuching, Sarawak, dengan seorang lelaki, Joshua Beh Soo Kiang pada 13 November 2005. 3 orang paderi telah menyempurnakan majlis perkahwinan mereka. Presiden Persatuan Kebajikan Sikh Malaysia, Harbans Singh Gill mengulas, "Perbuatan seperti ini yang tidak disusuli dengan tindakan tegas oleh kerajaan seakan menampakkan negara memandang mudah masalah ini." [Utusan Malaysia, 21/11/05] Hakikatnya, penukaran jantina adalah haram hukumnya sekiranya telah jelas jantina seseorang itu. Identiti seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan, tidak ditentukan oleh kehendak diri (nafsu) sendiri tetapi ditentukan oleh bentuk fizikal dan fungsi-fungsi fisiologi tubuhnya. Di dalam syariat Islam terdapat 2 perkara yang perlu ditekankan berkaitan dengan isu ini. Pertama, adalah yang bersangkut...