Posts

Showing posts with the label wanita solehah

Antara 9 SITI yang patut dicontohi

Image
1) Siti Khadijah Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti A'ishah Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam Wanita su...

WANITA SHALIHAH

Image
I. Keutamaan Wanita Shalihah. Bersabda Rasulullah S.a.w : "Dunia adalah kesenangan sementara, dan sebaik-baiknya kesenangan dunia ialah wanita (istri) yang shalihah." (Muslim) Wanita shalihah adalah pilihan Allah S.w.t di dunia ini. Sifat-sifat mereka pun telah dipuji oleh Allah S.w.t di dalam firman-Nya: "Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta`atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu`, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Q.S. Al-Ahzab 33 : 35) Sabda Rasulullah S.a.w, "Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik di antara kalian akan memasuki surga sebelum o...

Nilai Seorang Wanita Solehah

Image
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insyaallah. "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani. "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah. ...

Coretan Buat Semua

Image
renunglah wahai kaumku..!! Wanita solehah itu aurat dijaga, Pergaulan dipagari, Sifat malu pengikat diri, Seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya, Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya, Daya penarik wanita solehah itu, Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, Bukan dan tidak sama sekali, Kepetahan wanita solehah, Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan ...

Wanita Solehah : Elak Hidang Nasi Bungkus

WANITA solehah perlu sabar mengerjakan perintah Allah dan melayan kerenah suami, menjauhi segala prasangka, tidak berhias berlebihan ketika keluar rumah sebaliknya menghiasi diri bagi memikat hati pasangan demi kerukunan rumah tangga. Mereka jangan memandang remeh tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak serta menghormati jiran tetangga. Penceramah bebas, Datuk Dr Fatimah El-Zahrah, berkata wanita solehah tidak sepatutnya menghidangkan mi segera atau nasi bungkus kepada suami jika mahukan keharmonian berpanjangan walaupun sibuk sekalipun. “Wanita solehah mesti menunaikan amanah Allah dan Rasul-Nya, taat kepada suami, ibu penyayang kepada anak dan jiran beretika, selain menunaikan tanggungjawab sebagai Muslimah,” katanya di majlis ceramah sempena Hari Ibu, baru-baru ini. Ceramah itu bertemakan ‘Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni' dianjurkan Biro Muslimah Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, dekat Rawang, Selangor. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sempena m...