Posts

Showing posts with the label kisah dan iktibar

Kisah Budak Penjual Kuih

Image

Kisah Pemuda Malas Solat

Image
Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah. Bagaimana? Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat. Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkal...

Kembali pada Mu…

Image
Kembali pada Mu… Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati... Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi... Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi... Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.. Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikanny...

Dance Floor Collapsed @ Wedding Party

Original Report from 2001: At least 20 people have been killed and hundreds have been injured at a wedding party in Jerusalem after the dance floor collapsed. Guests were left clinging to the sides of the Versailles wedding hall when the third floor suddenly gave way at about 2245 local time and crashed through two storeys below. There were nearly 700 guests in the building, which is in the indu More..strial Talpiot area of Jerusalem. Many were left trapped by the falling rubble which left a gaping hole through the centre of the building. Reports say about 250 people have been taken to hospital but rescuers say there are signs of life beneath the debris. A special Israeli army rescue unit is at the scene.The father of the groom, Zion Dror, said: "We were dancing, and all of a sudden three storeys collapsed. My family is fine, thank God." The bride, Keren Dror, who was standing with the groom in the centre of a circle of dancers fell with him when the floor collapsed. She is r...

Al-Quran Sebagai Hantaran

Image
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.. “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran. “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin. “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an. “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.. “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab...

Tutup aurat tak boleh masuk kolam

Image
Mualaf Perancis cabar di mahkamah PARIS: Pengendali sebuah kolam renang di Paris enggan membenarkan seorang wanita muda Muslim yang memakai 'burqini' daripada memasuki kolam itu kerana pakaian mandi yang dipakainya menutup hampir keseluruhan tubuh. Larangan itu dilakukan ketika ahli Parlimen Perancis berdebat sama ada akan melarang burqa selepas Presiden Nicolas Sarkozy menyifatkan pakaian yang menutup bahagian kepala hingga kaki 'tidak dialu-alukan' di negara sekular seperti Perancis. Pegawai di Emerainville, sebuah kawasan luar bandar Paris, berkata mereka membenarkan wanita berkenaan memasuki kolam renang itu bulan lalu dengan memakai 'burqini' yang direka khusus bagi wanita Muslim yang ingin ke kolam renang tanpa mendedahkan tubuh mereka. Namun, apabila dia kembali bulan ini, mereka memberitahunya dia tidak boleh memasuki kolam jika berpakaian sedemikian atas alasan mereka memutuskan untuk menguat kuasakan peraturan kebersihan. Kakitangan kolam renang 'm...

From homeless to Harvard: Graduate sets sight on success

Image
LOS ANGELES — Khadijah Williams stepped into chemistry class and instantly tuned out the commotion. She walked past students laughing, gossiping, napping and combing one another's hair. Past a cellphone blaring rap songs. And past a substitute teacher sitting in a near daze. The 18-year-old settled into an empty table, flipped open her physics book and focused. Nothing mattered except homework. "No wonder you're going to Harvard," a girl teased her. Williams is known as "Harvard girl," the "smart girl" and the girl with the contagious smile who landed at Jefferson High School 18 months ago. What students don't know is that she is also a homeless girl. As long as she can remember, Williams has floated from shelters to motels to armories along the West Coast with her mother. She has attended 12 schools in 12 years; lived out of garbage bags among pimps, prostitutes and drug dealers. Every morning, she made sure she didn't smell or look dishev...

Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

Email Oleh : Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli Oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli (Semoga Allah menempatkan Marwa alSharbini di kalangan Syuhada') Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung. Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang per...

Jangan Berputus Asa

Image
Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita. Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada har...

Kisah Anak Derhaka

Image
" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya." Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". ...

Tempah bilik ke Neraka?

Image
(Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir “MANAR ISLAM”) Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini.. untuk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg Dipenuhi uban menegurnya. Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yang sesuai dgn ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. “Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…” nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinikal/mengejek. “Siapalah kamu ha...

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Image
SEHEBAT-HEBAT MANUSIA, HEBAT LAGI ALLAH... Renung-renungkan lah... Assalaamualaikum… Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. 1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.” 5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki 7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 9. Satu ucapan beliau di ban...

Baju Buruk Abu Bakar

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Abu Bakar adalah salah seorang daripada empat sahabat Nabi Muhammad yg paling akrab. Pada suatu hari, beliau jatuh sakit dan merasakan saat kematiannya hampir tiba. Aisyah, anak perempuannya sentiasa menemaninya dan menjaganya. "Ayah, biar saya panggilkan tabib, ya?" tanya Aisyah kebimbangan. Abu Bakar senyum sahaja mendengar kata2 anak kesayangannya itu. "Tidak payahlah, ayah sudah berjumpa doktor," jawab Abu Bakar. "Apa katanya, ayah?" tanya Aisyah. Abu Bakar menjawab, "Kata doktor itu: 'Aku akn lakukan apa sahaja yg aku inginkan.'" Aisyah mengangguk tanda mengerti 'doktor' yg dimaksudkan oleh ayahnya itu adalah tuhan. Aisyah juga mengerti ayahnya pasti akan pergi buat selamanya. Aisyah berasa begitu sedih. "Ayah, dengan kain apa harus saya balut tubuh ayah nanti?" tanya Aisyah tersekat2 menahan sebak.. Abu Bakar merenung lemah kearah anaknya dengan matanya berkaca berlinang air mata. ...

Allah Maha Adil

Image
Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli, anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan HAFIZ. Semalam dia mengimamkan solat tarawih. Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum. Mereka yang lebih mengenali, lebih kagum. Saya adalah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya. "Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula.." "Hebat betul." "Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum." "Ayah tahu?" Saya mengangguk. "Dah tentu. kan ayah anak jati kampung ni." ****** Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai di kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang...

Puteriku Siti Hajar - Permata Hati Ayah dalam Kenangan

www.iLuvislam.com oleh:everjihad Dalam kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi, marilah kita fikir dan renungkan sejenak kisah ini yang saya petik dari sebuah blog seorang bapa dimana anaknya telah pergi menghadap Ilahi pada saat-saat kita menyambut bulan yang mulia. Tujuan artikel ini saya siarkan, untuk anda merenung, penamatan hidup seorang insan yang mungkin seusia kita namun lihatlah penamatan hidupnya yang saya kira husnul khatimah melalui petanda-petanda yang Allah tunjukkan. Renungkan, bagaimana agaknya penamatan hidup kita? Apakah nasib akhir kita kelak? ********************************************* Hati mana tak akan pilu apabila anak tersayang diambil di kala kasih sayang sedia terbelai. Perasaan mana tidak hiba apabila permata hati dirampas ketika dalam dakapan mesra. Emosi mana yang tidak terganggu apabila insan harapan ghaib dalam sekelip mata. Mungkin rintihan ini dek kerana “emotional outburst” yang me...

MAYAT JADI HITAM LEGAM

Kejadian itu berlaku kira-kira setahun lalu. Pada suatu hari, kira-kira jam 4 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada pentadbir berkenaan meminta saya menuruskan mayat seorang pemuda. Saya dimaklumkan pemuda itu sudah lebih seminggu meninggal dunia namun tidak ada sesiapa yang menuntut mayatnya. Saya pun bergegas ke sana (hospital). Sampai di sana saya terus ke bilik mayat dan membuka laci (peti) yang menempatkan mayat pemuda tersebut. Ini bukan kali pertama saya menguruskan mayat di situ. Saya masih ingaat, laci yang menempatkan mayat itu bernombor 313. Saya agak usianya awal 20-an. Saya renung mayat itu. Pada mulanya wajah pemuda itu nampak biasa sahaja, agak pucat sama seperti mayat-mayat lain juga. Bagaimanapun selepas kira-kira 5 minit saya begitu terkejut apabila mendapati mukanya tiba - tiba berubah menjadi hitam legam. Saya panik dan terus berlari keluar. Pada masa itu saya seorang diri. Jaga berketurunan India yang memang selalu bertugas di situ sudah menghilang entah ...