Tempah bilik ke Neraka?
(Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir “MANAR ISLAM”)
Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini.. untuk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yg terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg Dipenuhi uban menegurnya. Wahai pemudi, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yang sesuai dgn ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. “Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinikal/mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
“Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn
lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar
dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s. a. w. dengan mempersendakan atau ejekkan.
Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingat-ingat lah teman, kita boleh melupakan kematian tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita…… hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Jangan lah menjadi orang yang bodoh… siapakah orang yang bodoh itu ? Mereka-mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang yang di lakar oleh majikan anda di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut-takut melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini setiap Sultan ada taman larangannya begitu juga Allah s.w.t taman larangan-Nya adalah perkara-perkara yang telah di haramkan bagi hamba-hamba-Nya di muka bumi ini.
src : http://nuriman.wordpress.com/2007/08/page/2/
Comments