Posts

Showing posts with the label makhluk

Awal Makhluk Yang Diciptakan Oleh Allah

Image
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menjawab ketika diajukan soalan mengenai bagaimanakah bermulanya alam ini dengan sabdanya yang bermaksud : “ Adalah Allah Azali dan tiadalah sesuatupun selainNya (di azali), (selepas itu) Allah (menciptakan) Arasnya di atas air, dan telah dicatatkan di Lauh al-Mahfuz setiap sesuatu, kemudian (Allah) menciptakan langit-langit dan bumi ”. (Riwayat al-Bukhari). Dalam jawapan dari hadis di atas, Rasulullah menjawab dan menerangkan dahulu perkara yang lebih penting dan utama dari persoalan yang diajukan dengan menerangkan mengenai ilmu tauhid bahawa Allah wujudNya tidak ada mula iaitu Azali dan tiada yang lain Azali sepertiNya. Dalam erti kata yang lain, di Azali hanya Allah sahaja yang ada. Kemudian Allah telah menciptakan segala kejadian iaitu mengadakannya atau mewujudkannya dari tidak ada kepada ada. Allah tidak menciptakan segala alam ini sekaligus dan jika Dia kehendaki demikian Dia akan lakukan. Allah jadikan langit-langit dan bumi serta segala ...