Posts

Showing posts with the label pesanan penting

Cara Menghadapi Tension

Image
Petikan: " Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan." Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi ka...

5 perkara penting dlm hidup...

Image
5 perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya: 1:wajah yang cantik 2:duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan ..senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari. sabda nabi saw, "siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya; dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat; dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan; dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanafaat; dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak." Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat. src : Taman2Syurga at yahoogroups dot com

Takbur & Sombong Maksiat Hati...

Image
Sombong, bongkak, angkuh dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu salah satu sifat2 mazmumah ( sifat tercela atau terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, namun ia menjadi penghalang daripada memasuki syurga. Rasullah bersabda SAW bersabda yang bermaksud : Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong. Ini diperkuatkan lagi menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba - Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina - dina". ( Al- Mukmin :60 ). Imam Ghazali juga pernah berkata : "Orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar ". src : http://izarshad21.blogspot.com/2008/08/takbur-sombong-maksiat-hati_17.html

Pesan Imam As-Syafiee

Image
Assalamualaikum… SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iai...

Pesanan yang Baik

Image
Dr.Fadhilah Kamsah menulis Assalammualaikum...... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat k...

Hidup di Dunia Hanya Sementara

Image
Manusia tinggal di dunia hanya untuk waktu yang singkat. Di sini, ia akan diuji, dilatih, kemudian meninggalkan dunia menuju kehidupan akhirat di mana ia akan tinggal selamanya. Harta benda serta kesenangan di dunia, walaupun diciptakan serupa dengan yang ada di akhirat, sebenarnya memiliki banyak kekurangan dan kelemahan karena harta benda dan kesenangan tersebut ditujukan hanya agar manusia mengingat hari akhirat. Akan tetapi, orang yang ingkar tidak akan mampu memahami kenyataan ini sehingga mereka berperilaku seakan-akan segala sesuatu di dunia ini miliknya. Hal ini memperdaya mereka karena semua kesenangan di dunia ini bersifat sementara dan tidak sempurna, tidak mampu memuaskan manusia yang diciptakan untuk keindahan kesempurnaan abadi, yaitu Allah. Allah menjelaskan betapa dunia merupakan tempat sementara yang penuh dengan kekurangan. Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta ber...

Pesanan Penting

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquataillabillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillahiwainnailaihirajiun : jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. src : http://qamariah_89.blogs.friendster.com/lavender_85/