Takbur & Sombong Maksiat Hati...


Sombong, bongkak, angkuh dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu salah satu sifat2 mazmumah ( sifat tercela atau terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, namun ia menjadi penghalang daripada memasuki syurga.

Rasullah bersabda SAW bersabda yang bermaksud :

Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarah dari perasaan takbur atau sombong.


Ini diperkuatkan lagi menerusi firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba - Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina - dina".
( Al- Mukmin :60 ).

Imam Ghazali juga pernah berkata :

"Orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar".

src : http://izarshad21.blogspot.com/2008/08/takbur-sombong-maksiat-hati_17.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT