Posts

Showing posts from August, 2021

Keajaiban Sedekah Subuh.. Amalkan Setiap Hari Pasti Ada Ganjaran Rezeki Yang Tak Disangka

Image
AMALAN sedekah boleh eratkan silaturrahim sesama insan. Semakin banyak seseorang itu bersedekah, semakin luaslah rezeki untuknya kelak. Kerana itulah Allah di dalam al-Quran amat menekankan betapa perlunya orang-orang yang berkemampuan menghulurkan bantuan atau sedekah kepada golongan kurang berkemampuan. Mungkin ramai yang telah ada niat untuk membuatnya, namun masih berat untuk menjadikannya amalan harian. Yang paling mudah untuk kita lakukan adalah sedekah subuh. Sedekah subuh ini banyak ganjaran asalkan kita ikhlas dan istiqamah. Sambil bersedekah, pasanglah niat apa saja di hati, InsyaAllah pasti Yang Esa kabulkan. Untuk itu, mari kita cuba formula yang dikongsikan oleh Dzuriasikim Dzulkifli ini. FORMULA REZEKI INFINITI DENGAN TABUNG SEDEKAH SUBUH 1. Masukkan derma seikhlas walaupun 50 sen setiap hari pada waktu Subuh. Jangan miss walau sekali pun. Ingat, Allah tak pandang nilai wang, tetapi keikhlasan tika kita memberi. 2. Cukup sebulan, dermakan ke masjid atau beri makan