Posts

Showing posts with the label kiamat

Kerap Berlakunya Gerhana Antara Tanda Kiamat

Image
4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011 Gerhana Bulan Di Sydney 16 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Frankfurt 15 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011 Empat gerhana matahari sebahagian dan dua gerhana bulan total akan terjadi di 2011. Kombinasi empat dan dua gerhana dalam satu tahun ini adalah peristiwa yang jarang berlaku.Gerhana matahari sebahagian pada 2011 akan terjadi pada 4 Januari, 1 Jun, 1 Julai, dan 25 November. Sedangkan gerhana bulan total akan terjadi pada 15 Jun dan 10 Disember. Kombinasi empat gerhana matahari dan dua gerhana bulan dalam setahun hanya akan berlaku enam kali sepanjang abad ke-21, yakni pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094. Malangnya, seluruh gerhana matahari tidak akan dapat dilihat dari Indonesia, Malaysia. Tapi, dua gerhana bulan total akan dapat diamati di Nusantara. Seluruh fasa gerhana bulan total Jun akan dapat diamati di Indonesia bagian barat, sementara wilayah Indon...

Gambaran Hari Kiamat

Image
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg dise...

Tanda - tanda kecil kiamat berdasarkan hadith

Image
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari 2. Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 3. Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai 5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang...

Cuba kira...

Image
1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 Ramadhan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan iaitu hari jumaat 15 Ramadhan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, mengenai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang diberitahu NASA Amerika pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi ini). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu? ALLAH sahaja maha mengetahui.Cuba kita lihat hadis Nabi di bawah dan kenyataan mengenai kalender islam 2012 dan klik di home page di bawah ini untuk maklumat lanjut. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal...". ...

Keadaan di Hari Kebangkitan

Image
Ogos 13, 2008 — abyelsyam Setelah semua mahkluk yang bernyawa dialam nyata ini mati dan hancur binasa Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”. Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihad...