Kucing harus disayangi bukan dizalimi - Tanggungjawab terhadap haiwan

1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam) SOALAN: Saya seorang wanita yang sangat sukakan haiwan jinak. Saya memelihara enam ekor kucing dan mengambil berat tentang penjagaan mereka. Beberapa minggu lalu, saya terpaksa menyerahkan kucing-kucing saya kepada jiran di sebelah rumah, kerana saya ke luar negara, malangnya jiran saya tidak begitu mengambil berat tentang kucing-kucing itu, menyebabkan ia mati dilanggar kereta dan ada juga yang sakit kerana dikhianati orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya ialah: 1. Adakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan disoal di akhirat nanti, kerana kezaliman yang dilakukan terhadap kucing-kucing peliharaan? 2. Adakah saya akan bertemu kembali dengan kucing-kucing kesayangan saya itu ketika ia menuntut bela ke atas pihak-pihak yang berlaku zalim terhadapnya. 3. Di manakah letaknya roh-roh kucing, selepas mati. - NORIFAH, Triang, Pahang. JAWAPAN: Sebelum menjawab soalan puan, lebih dahulu saya me...