Posts

Showing posts with the label sifat 20

Menyingkap Tsunami Melalui Pengajaran Sifat 20

oleh: Abdullah Zaidi Hassan Peristiwa 26 Disember yang lalu merupakan suatu kejadian alam yang seakan memudarkan tahap kemusnahan yang berlaku pada peristiwa 11 September di New York atau akibat bom atom yang digugurkan di Jepun dulu. Sehebat manapun pekerjaan manusia, ianya tiada terbanding dengan penzahiran dari sifat Qudrat Pencipta. Kesedaran ini sepatutnya membimbing manusia supaya lebih bimbang kepada kemurkaan Pencipta daripada kemarahan kuasa-kuasa besar di dunia. Kesedaran ini membawa manusia supaya mengutamakan keredaan Pencipta daripada keredaan kuasa-kuasa besar di dunia. Kemusnahan yang ‘partial’ ini mengingatkan kita kepada kemusnahan yang ‘absolute’ yang akan berlaku menjelang hari Qiyamat nanti. Gegaran bumi pada bacaan sembilan skala Ritcher adalah sebahagian bayangan kepada kedahsyatan yang akan berlaku pada gempa yang hebat itu. Kita sebagai muslim, menilai seluruh peristiwa yang berlaku dengan ungkapan kesedaran “ Wahai Tuhan, tiadalah Engkau jadikan perkara ini ...