MAYAT JADI HITAM LEGAM

Kejadian itu berlaku kira-kira setahun lalu. Pada suatu hari, kira-kira jam 4 pagi, saya mendapat panggilan telefon daripada pentadbir berkenaan meminta saya menuruskan mayat seorang pemuda. Saya dimaklumkan pemuda itu sudah lebih seminggu meninggal dunia namun tidak ada sesiapa yang menuntut mayatnya. Saya pun bergegas ke sana (hospital). Sampai di sana saya terus ke bilik mayat dan membuka laci (peti) yang menempatkan mayat pemuda tersebut. Ini bukan kali pertama saya menguruskan mayat di situ. Saya masih ingaat, laci yang menempatkan mayat itu bernombor 313. Saya agak usianya awal 20-an. Saya renung mayat itu. Pada mulanya wajah pemuda itu nampak biasa sahaja, agak pucat sama seperti mayat-mayat lain juga. Bagaimanapun selepas kira-kira 5 minit saya begitu terkejut apabila mendapati mukanya tiba - tiba berubah menjadi hitam legam.

Saya panik dan terus berlari keluar. Pada masa itu saya seorang diri. Jaga berketurunan India yang memang selalu bertugas di situ sudah menghilang entah ke mana. Sewaktu saya termangu seorang diri di luar bilik mayat itu, tiba-tiba muncul seorang wanita tua. Usianya saya gak sekitar 60-an. Saya bertanya kepada wanita itu: Kemana makcik hendak pergi subuh -subuh begini? Dia menjawab "Makcik dapat tahu anak makcik sudah mati. Kata orang sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Mendengar jawapan orang tua itu saya pun terfikir rupa-rupanya mayat anak makcik itulah yang saya diarah oleh pihak hospital menguruskannya. Saya pun terus mengajak wanita itu masuk ke dalam bilik mayat yang menempatkan mayat pemuda yang wajahnya sudah bertukar warna itu. Makcik itu mengikut. Sebaik sahaja saya membuka laci yang menempatkan mayat pemuda tersebut wanita itu mengaku mayat itu memang mayat anaknya. Dia bagaimanpun berkata semasa hidup anaknya memang berkulit cerah apatah lagi setelah menjadi mayatnya, sudah tentu wajahnya pucat. Mengapa pula tiba-tiba wajah anaknya bertukar menjadi hitam legam setelah menghembuskan nafas akhirnya?

Saya mengajak wanita itu keluar dari bilik tersebut. Di luar saya bertanya kepadanya apa yang dia agak mungkin punca yang menyebabkan mayat anaknya berkeadaan sedemikian. Wanita itu tidak menjawab. Dia sebaliknya menangis tersedu-sedu. Saya kata saya bukan berniat tidak baik. Saya cuma nak tahu saja. Kalau dia tak boleh beritahu, tidak mengapa tapi saya tak akan uruskan mayat anaknya itu. Apapun saya cuma cakap sahaja. Tidaklah sampai ke situ maksud saya. Tugas saya tetap saya kena buat. Saya cuma nak dia bercakap. Setelah keadaan agak reda, wanita itu memberitahhu anaknya semasa hidup memang baik . Pendek kata, kalau kejut tengah malam suruh dia beli ubat nyamukpun dia patuh. Dia bukan jenis anak yang suka membantah cakap orang tua.

Tapi, kata makcik itu lagi kepantangan anaknya ialah kalau kejut suruh sembahyang. Itu dia pantang sangat-sangat. Mendengarkan itu fahamlah saya. Saya pun tak mahu makcik itu bercerita panjang lagi. Kesimpulan yang saya dapat pemuda itu jadi begitu mungkin kerana dia tidak pernah sembahyang. Apa pun semuanya takdir allah yang mengkehendaki demikian. Saya suruh makcik itu balik dan beri jaminan kepadanya saya akan uruskan mayat anaknya itu dengan sebaik mungkin. Menjelang subuh, urusan pengebumian mayat tersebut pun selesai. Pun begitu cerita itu tidak habis di situ sahaja.

Selang beberapa hari kemudian, tergerak hati saya saya hendak menghubungi semula pihak hospital berhubung kes mayat tersebut. Pihak berkenaan kemudiannya memberi saya nombor seseorang yang ada pertalian darah dengan pemuda itu. Saya menghubungi orang tersebut dan menceritakan kepadanya bagaimana saya telah berjumpa dengan wanita yang mendakwa dirinya ibu pemuda itu. Dari cerita saya, lelaki yang mengaku waris pemuda itu mengaku gambaran yang saya berikan tentang wanita tua itu memang tepat tetapi yang mengejutkannya, ibu pemuda itu telah meninggal dunia lebih lima tahun. Masya-Allah. Sekali lagi saya terkejut.

Jadi dengan siapakah saya bebual subuh tempoh hari, yang saya tunjukkan mayat anaknya? Siapakah wanita tua itu yang sebenarnya? Persoalan itu memang tak dapat saya jawab. Sama ada dia roh, jelmaan atau apa, itu di luar pengetahuan saya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Selepas kejadian itu saya terfikir itu semua gerak daripada Allah yang menginsafkan diri saya. Apa tidaknya, bagaimana pengalaman saya berhadapan dengan mayat pemuda itu jelmaan ibunya untuk k menghubung dengan waris pemuda itu yang tidak pernah saya lakukan terhadap mayat-mayat yang saya uruskan sebelum ini. Itu semua takdir Allah supaya apa yang saya alami itu tidak 'mati' di situ sahaja Kalau tidak sudah pasti sampai sekarang saya tidak tahu sebab wajah mayat pemuda itu bertukar menjadi hitam atau siapa sebenarnya wanita tua itu. Apapun yang perlu kita ingat sembahyang fardu jangan di buat ringan. Satu waktu yang kita tertinggal balasanya 80,000 tahun dalam neraka dan satu hari di akhirat sama dengan 1,000 tahun di dunia. Fikirkanlah.

src : http://www.geocities.com/Athens/Ithaca/7651/mayat.htm

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT