4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

DAN hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaaʼ: 36)

Huraian

Dalam ayat ini termaktub perintah untuk beribadat kepada Allah dan melarang beribadat selain daripada Allah sama ada benda, manusia, haiwan, malaikat atau pun syaitan.

Kemudian suruhan agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa secara khusus dan juga agar berbuat baik kepada kaum keluarga secara umum.

Galakan berbuat baik kepada ibu bapa kerana fitrah manusia mudah lupa kepada orang yang banyak berjasa, memelihara dan mendidiknya sedari kecil. Apabila mereka telah uzur mereka sangat memerlukan pembelaan dan jagaan anak-anak mereka.

Sesungguhnya perintah Allah agar berbuat baik kepada kerabat yang memerlukan pertolongan seperti jiran tetangga, anak-anak yatim dan orang miskin. Semua ini adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang, suasana mesra dan saling bertimbang rasa supaya manusia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik.

Seterusnya suruhan berbuat baik dengan cara meninggalkan sifat-sifat buruk seperti sifat sombong, riak, kedekut dan seumpamanya. Menjauhi sifat-sifat mazmumah sebegini mampu memantapkan kejernihan jiwa dan menepis sikap membangga-banggakan diri dalam kehidupan.

Kesimpulan

Al-Quran mengungkapkan bahawa Allah SWT mengasihi orang yang bersih dari melakukan syirik kepada-Nya, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, orang miskin, anak-anak yatim serta menjauhi sifat sombong, riak dan kedekut.

Apabila semua perintah ini ditaati nescaya akan lahirlah masyarakat yang baik dan harmoni.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

src : abumeow at yahoogroups.com

1 comments:

Ramai yg bila mendapat nikmat dunia yg sedikit lupa kepadaNYA dan sombong sesama umat.

Mereka mudah memandang rendah kepada org lain tetapi menyanjung org yg lebih berharta dan berjaya dari mereka demi mendapatkan habuan.

Mereka lupa roda itu berpusing, hari ini mungkin kita di atas tetapi jgn lupa satu hari nanti kita akan turun juga ke bawah.

Begitu juga kepada pemimpin-pemimpin yg lupa diri dan zalim, ingatlah doa org teranaya itu makbul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites