Perbezaan ‘khouf’, ‘khosy-yah’
EII, takutnya! Kita biasa mendengar ayat ini, sama ada dari mulut kanak-kanak atau orang dewasa. “Aku takutlah...nasib baik aku tidak terlibat, kalau tidak, tidak tahulah apa akan jadi.”
Memang fitrah manusia ada perasaan takut, kerana takutlah manusia selamat daripada bahaya. Tidak berani berlumba haram, tidak berani ambil rasuah dan tidak berani menelan racun.
Berani tidak bertempat mengakibatkan nyawa melayang, anggota badan jadi cacat, diri diseret ke penjara, maruah tercalar, malah macam-macam risiko dan derita.
Berani kerana benar dan kerana betullah kita menikmati kejayaan. Berani melabur, berani mencuba, berani memimpin dan berani membangunkan negara menjadi maju.
Takut adalah satu perasaan yang timbul kerana kesan dan akibat yang diketahui atau tidak, sama ada melalui pe ngalaman sendiri ataupun orang lain. Takut adalah lawan bagi perkataan ‘aman’, digunakan sama ada berkaitan hal ehwal duniawi atau ukhrawi.
Apabila takut, perasaan menjadi bergetar , tak menentu gerakannya atau terkejut, malah badan boleh menjadi lesu dan lemah.
Kadang-kadang juga perasaan takut timbul kerana berbaur sesalan akibat daripada pelanggaran hukum dan peraturan. Fikiran akan tertumpu, apakah akibat yang akan menimpa kerana membuat salah.
Ada satu lagi punca timbulnya perasaan takut dan takut ini lebih dahsyat, malah bertahan lama serta sangat mendidik iaitu takut kerana kebesaran dan keagungan Allah.
Daripada perbincangan di atas ada dua jenis takut. Menurut ulama yang pertama ialah takut kerana pengalaman yang dilihat sendiri, seperti kemalangan, akibat penyakit, dihukum dan diusik jin jembalang. Takut jenis yang pertama ini dinamakan ‘khouf’ .
Takut yang kedua ialah takut kerana iman dan akidah. Walaupun tidak nampak dan tidak lihat tetapi gementar hati dan perasaan amat dirasai.
Seperti nabi dan sahabat, mereka menjadi pucat dan gementar apabila mendengar suara azan. Walaupun belum melihat api neraka, cara meninggalkan dosa seolah-olah mereka melihat dan merasai bakaran neraka. Takut ini dinamakan oleh al-Quran ialah ‘khosy-yah’.
Alim ulama takut kemurkaan Allah sekiranya tidak me nunaikan suruhan-Nya, mereka menjadi berani ketika me negaskan mengenai amar makruf dan nahi mungkar wa laupun sedar akan berhadapan dengan risiko undang-un dang, cercaan dan nista hina.
Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Se sunguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-ham ba-Nya ialah ulama.”
Dalam erti kata lain ‘khouf’ adalah perasaan takut di kalangan orang awam yang beriman manakala ‘khosy-yah’ ialah takut di kalangan ulama atau berasaskan iman dan akidah.
Pada hari ini ada orang sudah tidak takut dengan kesalahan rasuah, mencuri, ponteng kerja dan sebagainya sebab sudah tidak ada ‘khouf’ di dalam dirinya.
Sebenarnya ‘khouf’ saja tidak memadai untuk menghalang kita daripada berbuat jahat dan salah. Memang tidak cukup.
Hari ini bukan orang tidak tahu akibat rasuah, curi, bunuh dan rogol. Kadangkala yang buat perkara itu bukan orang yang jahil undang-undang, malah tahu dengan lebih men dalam dan faham selok-beloknya. Disebabkan tahu selok-be lok itulah dia jadi lebih culas dan banyak putar belit.
Ternyata yang hanya menyelamatkan kita ialah apabila kita memiliki ‘khasy-yah’, yang akan menjadikan seseorang itu bermoral dan berakhlak.
Selagi tidak ada perasaan takut dengan kebesaran Allah selagi itulah kita tidak akan selamat, tidak kira orang biasa ataupun yang bergelar ulama. Jika ulama kerana banyak ilmu tetapi tidak berasa kebesaran Allah, ulama itu pun tidak selamat.
Hukum takut kepada Allah adalah wajib. Dengan takut Allah seseorang itu akan mendapat:
1. Iman yang akan tertegak dalam bentuk tindakan.
2. Sentiasa bermuhasabah dan timbang (nilai) diri serta beramal (beribadat).
3. Berasa diperhati. Orang tidak tengok, ketua tidak ada tetapi ketua besar iaitu Allah maha melihat.
4. Melakukan sesuatu bukan untuk mencari pujian tetapi kerana reda Allah. Tidak menjadi pengampu dan tukang kipas.
5. Sentiasa ingat (waspada) musuh yang ingin memerangkap diri iaitu syaitan. Ingat, tidak akan sebulu aktiviti syaitan jin dan syaitan manusia.
6. Melakukan kerja dengan teliti dan berkualiti sebab segala tanggungjawab akan diadili di hari akhirat. Untuk men dapatkan rasa takut Allah akan bersambung di pertemuan akan datang insya-Allah.
src : http://www.hmetro.com.my/ (AdDin)

Comments